Bab 7

6.5K 197 12
                                    

       Irfan,Hayqal, Tok Mah,Siti dan Fahmi sudah berada di meja makan menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa.

       "Irfan,mana Sya?" soal Fahmi.

       "Ada dalam bilik kot," balas Irfan sambil bermain telefon.

       "Kot? Hang ni pasaipa? Aku tengok hang macam dah banyak berubah sejak hang rapat ngan Rita tu. Hang ada apa-apa ka dengan Rita tu?" soal Fahmi.

       Irfan memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar.

       "Saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan Rita tu. Kami cuma berkawan. Saya cintakan isteri saya. Tak mungkin saya dua kan orang yang saya sayang," balas Irfan.

       "Fahmi,Irfan. Tak baik gaduh depan rezeki ni," tegur Tok Mah.

       "Sorry lambat. Sya tertidur tadi," ujar Alisya yang baru sahaja tiba di meja makan.

       "Tak pa. Lagipun tak azan lagi," balas Siti.

        Tiba-tiba azan berkumandang. "Ha, azan dah. Baca doa," ujar Siti.

        Mereka membaca doa sebelum berbuka puasa.

       "Alhamdulillah. Kenyangnya," ujar Tok Mah.

       Baru sahaja Tok Mah ingin mengangkat pinggan, Alisya menghalang.

       "Letak je pinggan dekat sini. Biar Sya yang cuci," ujar Alisya.

        Tok Mah tersenyum. Dia hanya mengikut arahan Alisya.

       Semua sudah pergi meninggalkan ruangan dapur. Hanya tinggal Alisya di dapur itu.

       Alisya mula mencuci pinggan. Tiba-tiba dia terasa ada tangan merangkul pinggangnya.

      "Abang minta maaf," ujar Irfan. Irfan meletakkan dagunya di bahu Alisya.

       "Kenapa minta maaf?" soal Alisya. Dia masih fokus membasuh pinggan.

       "Abang minta maaf kalau abang ada sakitkan hati sayang," jawab Irfan.

       Alisya hanya mendiamkan diri.

       "Sayang?" panggil Irfan. Alisya mengeringkan tangannya dengan menggunakan kain yang berada di sinki itu. Dia menoleh ke arah Irfan. Irfan meleraikan pelukannya.

       "Sudah lah abang. Sya sayangkan abang. Walau bagaimana sekali pun abang sakitkan hati Sya, Sya tak dapat benci kan abang," ujar Alisya.

       "Terima kasih sayang," ujar Irfan sambil memeluk tubuh Alisya. Dia mengucup dahi Alisya.

       "Kasih diterima," balas Alisya. Mereka berdua ketawa.

                           ***

       "Sya, ni bahulu sapa ni? Pasaipa hangit?" soal Tok Mah sambil memegang bahulu yang berwarna hitam.

       Semua yang berada di ruang tamu memandang ke arah tangan Tok Mah.

      Mata Alisya membulat. "Aduh, macam mana aku boleh lupa nak buang bahulu tu?" soal Alisya di dalam hati.

      "Ermm.. Tu bahulu yang... Sya... buat petang tadi," jawab Alisya. Dia menundukkan mukanya ke bawah.

       Semua memandang ke arah Alisya. Termasuk Irfan yang berada di sebelah Alisya. Jelas muka mereka kelihatan terkejut.

      "Hahahahahahaha!" semua orang ketawa. Irfan menutup mulutnya akibat menahan tawa.

       Muka Alisya sudah merah akibat malu.

      "Pasaipa bahulu hang warna hitam? Hangit ka?" usik Fahmi.

       "Haah. Hangit. Mama tertidur tadi. Sebab tu lah hangit," sampuk Hayqal. Hayqal ketawa.

       "Sayang buat ke bahulu tu? Hahahaha! Lawak lah bahulu sayang. Warna hitam. Hahahahaha! " ujar Irfan.

       Alisya berlari menuju ke arah bilik. Dia mengunci pintu bilik dari dalam. Air matanya mengalir.

       "Semua orang ketawa kan aku. Aku tahu lah aku tak pandai buat bahulu. Tapi sekurang-kurangnya, bagi lah aku semangat. Ni tak. Lagi bagi aku down adalah," ujar Alisya.

       "Takpe. Aku akan pastikan bahulu aku lagi sedap dari si Rita tu. Tunggulah," ujar Alisya. Dia menyeka air matanya kasar. Satu semangat terbit di dalam dirinya. Ya, dia akan buktikan bahawa dia juga pandai membuat bahulu.

      Alisya menuju ke meja solek. Dia mengambil telefonnya. Dia mendail nombor Asma. Iaitu sepupu nya.

       "Hello? Assalamualaikum," ujar Asma di hujung talian.

       "Waalaikumussalam, Asma. Sya nak minta tolong dekat Asma boleh?" soal Alisya.

       "Minta tolong apa?" soalan di balas dengan soalan.

       "Macam mana nak buat bahulu?" soal Alisya.

       Kedengaran suara Asma ketawa di hujung talian.

      "Tak lawak lah Asma. Sya tanya elok-elok ni," ujar Alisya.

       "Okey. Sorry, sorry. Tapi kenapa tiba-tiba je Sya tanya ni? " soal Asma.

       "Petang tadi, Sya dah cuba buat bahulu. Tapi malangnya.... Sya tertidur. Dan bahulu tu pun hangit," Alisya menceritakan perkara sebenar kepada Asma. Suaranya kedengaran sayu sahaja.

        "Oh macam tu rupanya. Okey, Asma akan bantu Sya," ujar Asma.

        Asma menerangkan satu persatu cara-cara membuat bahulu. Alisya mendengar dengan begitu tekun.

         "Tok!!Tok!!Tok!!"

        "Sayang, buka pintu bilik ni. Kenapa kunci dari dalam? Abang nak masuk ni," Irfan mengetuk pintu dari luar.

         Alisya yang baru sahaja menamatkan panggilan terus menghampiri pintu bilik.

        Alisya membuka pintu bilik. Irfan masuk ke dalam bilik.

          "Sayang marah ke pasal tadi?" soal Irfan sebaik sahaja membaringkan tubuhnya di atas katil.

          "Tak lah. Tak marah pun," balas Alisya. Alisya mengunci pintu bilik lalu membaringkan tubuhnya di sebelah Irfan.

           "Sayang, kita tak beli lagi baju raya. Bila kita nak beli?" soal Irfan.

         "Sya ikut abang je," balas Alisya.

           "Esok kita beli nak?" soal Irfan.

          "Okey," balas Alisya.

           "Nak warna apa?" soal Irfan lagi.

          Alisya hanya mendiamkan diri. Irfan menoleh ke sebelah kanan untuk melihat wajah isterinya.

          "Lah, dah tidur rupanya. Patut lah diam je," bisik Irfan perlahan.

          Irfan memeluk tubuh Alisya. Sebelum tidur, dia mengucup ubun-ubun Alisya. Bibirnya mengukir senyuman.

           "I love you red rose," ucap Irfan perlahan.

                         

Abangku,Suamiku! (Raya) Where stories live. Discover now