"It's pretty busy at this hour, isn't it?"
Anak mata mereka bertemu. Tanpa sedar, Irina bagaikan terpaku. Tidak berkedip memandang lelaki tersebut. Tinggi dengan dada lebar dan sedikit berotot. Bukan mata birunya yang buatkan Irina terpaku tetapi auranya yang punyai rasa yang lembut dan mendamaikan. Senyumannya manis sekali dan pandangan matanya buatkan hatinya tenang memerhati. Damai.
"Maybe because it's Friday night? It just 4.30 pm..."
Gugup Irina bersuara. Entah kenapa dadanya berdebar sakan.
"Yeah. It's after office hour..."
Si jejaka memandang seisi restoran. Masih lagi penuh.
"I think that couple are going to go soon."
Irina teruja apabila sepasang kekasih mat salih memanggil pelayan restoran untuk mendapatkan bil.
"Do you want to share the table with me? That's quicker for you?"
Melihatkan Irina pula yang bagaikan teruja, James menawarkan untuk berkongsi meja. Kalau nak ditunggu lagi, kesian juga dia pada gadis tersebut. Dia sendiri pun sudah hampir 20 minit menunggu. Kawannya, Lim yang menyarankan restoran ini kepadanya. Lim warganegara Malaysia, pelajar master dan juga pelanggan tetapnya di kedai.
"Oh, thank you... That is very nice of you."
"Not a biggie. At least we don't have to eat alone. Anyway, I'm James. You?"
James ketawa. Tangannya dihulurkan untuk bersalam.
Irina menyambut dalam senyuman. Manis.
"Wan Suziliana Irina but call me Irina."
"Irina..." James menyebut nama Irina. Cantik nama itu... Secantik tuannya. Walaupun dia tidak nampak rambut Irina, tetapi berdasarkan alisnya yang hitam terbentuk, dia dapat mengagak rambutnya juga pasti hitam. Irina tidak mengenakan mekap tetapi kulitnya halus dan licin. Kuning langsat dan dalam keadaan sejuk begini pipinya kemerahan. Irina agak rendah dan kecil orangnya. Bulu mata Irina yang lebat dan panjang nampak memukau, kena dengan anak matanya yang gelap pekat. Makan berseorangan begitu, pastilah Irina jenis perempuan yang independent. Apabila James yang lebih tinggi tunduk memandangnya begitu, Irina terasa kerdil. Susuk James yang tegak dan sasa bagaikan seorang perwira yang dihantar untuk menjaganya.
Perwira? Untuk jaga aku? Ah, jauh sangat aku melalut ni... bisik Irina dalam hatinya. Orang baru tawarkan kongsi meja. Bukan ajak bercinta pun.
"Hi, you can follow me. The table is ready."
Pelayan restoran datang mengajak James ke mejanya. James berpaling pada gadis Cina yang masih muda itu.
"I'll be sharing it with her."
"Yes, sure."
Irina dan James berjalan membuntuti si gadis pelayan restoran. Mereka sama-sama duduk. Gambar bangunan KLCC yang dilukis di dinding restoran membuatkan Irina berasa bangga dengan rakyat Malaysia yang berjaya berniaga di negara asing seperti ini. Apabila dia perhatikan sekeliling, jumlah pelanggan dari Malaysia dan orang tempatan sama banyak. Sebuah televisyen besar dipasang di dinding belakang seperti gaya mamak. Mengembalikan kenangan pada kedai mamak di Malaysia.
"Ni menunya. Saya datang balik nanti untuk dapatkan order."
Dua set menu dihulurkan oleh gadis pelayan restoran. Irina tidak membukanya. James perasan. Telahnya, mungkin Irina sudah biasa dengan makanan di sini.

KAMU SEDANG MEMBACA
SUAMIKU SI MATA BIRU
Fiksi UmumTajuk: Suamiku Si Mata Biru Penulis: Evelyn Rose Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-053-3 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2017 DAPATKAN SEGERA MELALUI APLIKASI KARYASENI DI GOOGLE PLAY ATAU APP STORE AN...