S.29

26.9K 567 27
                                    

Faris telah lama ke pejabat. Aku? Duduk rumah sebab hari ini hari pertama aku jadi penganggur setelah aku letak jawatan sebagai seorang peguam di sebuah syarikat yang agak popular. Tiba masanya aku bekerja di syarikat guaman milik walid.

Tempat kerja baru aku bangunan bersebelahan syarikat Faris. Boleh la jumpa dia selalu. Aku belum maklumkan dekat Faris yang aku akan berkerja berdekatan dengannya.

" Assalamualaikum walid. . Bila Sephia boleh start kerja? "

" Waalaikumussalam. Anak walid mula esoklah. Hari ini rehat dulu kesian cucu walid penat. Walid ada kerja ni nanti call lain okay. " kata lelaki yang berusia 50an itu. Suara ini yang membesarkan aku.

" Okay! " aku matikan talian.

Apa kata kalau pergi pejabat Faris? Ajak dia lunch ka apa ka, lagipun tadi dah tanya dia kata harini tak busy sangat. Mesti dia terkejut sebab selama ni kami hanya akan makan bersama samaada Sabtu atau Ahad sahaja. Aku mula tersenyum sendiri.

💎💎💎

" Good morning Sephia. " sapa Kak Indah yang tersenyum manis.

" Good morning Kak Indah. Faris ada tak? "

" Encik Vampire ada dalam bilik. "

Aku hanya tergelak kecil, beraninya buat nama dekat boss. Sebut depan wife boss pula tu. Tapi aku tak anggap itu sebagai satu benda yang berat. Logiklah kan gelar boss apa-apa. Because I did too.

Pintu bilik Faris aku kuak luas. Jantung aku ibarat terkeluar dan masuk semula. Faris duduk di atas kerusinya manakala Zoey membukakan kakinya berada di atas ribaan Faris. Itu sepatutnya aku bukan Zoey.

" Syed Faris Idraki. " aku masuk dan menutup pintu tersebut.

Terus sahaja dua ekor bangsat tu bangun daripada kedudukkan tersebut. Faris sudah mula mengelabah, Zoey masih dengan mukanya yang gedik itu.

" Sayang. . I can explain it to you. " Faris terus meraih lenganku.

Ego aku sebagai peguam kembali, aku menunjukkan riak yang aku tak terjejas langsung dengan semua itu. Malah aku terus memeluk lengan Faris. " Kita pergi lunch! "

" Sure! "

Zoey menghentakkan kakinya. " What about me? "

" Go to hell! " kata Faris.

Depan aku dingin semacam ja dengan Zoey tu. Belakang aku buat benda yang tak sepatutnya. Perlukah aku gelar dia syaitan?

Sepanjang kitorang berdua berjalan ke kereta. Faris tak henti-henti memohon maaf dan pandangan dia cukup redup. Hati aku terasa hendak berlembut tapi entahlah.

" Sayang. . I'm sorry. Apa yang jadi tadi bukan macam mana yang you fikir. I'm sorry. . " sepasang mata kelabu itu sudah tidak setenang sebelumnya.

Faris membukakan aku pintu kereta Jaguar XE miliknya itu. " Jom! "

" Ke mana? I tak nak keluar dengan you. Macam mana I datang macam itulah I balik. Sorry Faris I permainkan you. "

Aku terus tinggalkan dia dekat situ. Beredar menuju Hyundai Sonata milikku. Kalau ikutkan hati nak ja aku sepak kedua-dua ekor bangsat tu. Nasib aku mengandung ja.

💎💎💎

Sampai saja dekat rumah aku hempas beg tangan aku sekuat hati di atas katil. Tudung aku buka, rambut aku yang paras bahu yang aku ikat kecil itu juga aku bukakan. Now naked.

Terus saja aku ke bilik air, mandi sepuas hati. Menurunkan suhu badan dan hati yang naik mendadak.

" Sayang. . Open the door. "

" Eh lahanat tu dah baliklah. " sambil aku tersenyum sinis.

Aku berkembam dan keluar daripada bilik air. " Apa you nak? "

" I risaukan you. Situasi sebenar bukan macam mana yang you nak nampak. Zoey dengan I tak ada apa-apa pun. Tadi dia cuba goda I tu ja. Please forgive me. ."

" I yang patut minta maaf. " sambil aku menyentuh dadanya yang masih berbaju.

" Kenapa pula sayang? " dia memegang kedua-dua belah bahuku.

" Sebab I tak mampu puaskan you. Sebab I tak ada body yang hot macam Zoey. I dah kahwin dan I tengah mengandung. I tak pandai nak goda you. I tak halang hak you sebagai seorang lelaki. You layak kahwin lagi 3. Silakan. " aku menolak dia sekuat hati keluar daripada bilik. Pintu itu aku kunci.

" Sephia. No I nak you ja. Sephiaaaa! "

Aku bersandar pada pintu, saat itu hanya air mata yang menemani aku.


💎💎💎

Faris's POV

Aku masuk ke dalam mini library di rumah ini. Satu buku aku capai, buku yang aku benci sangat-sangat satu ketika dulu. Aku duduk di kerusi dan membuka buku itu di atas meja.

Ada satu sebab aku berjaya juga diploma dalam perubatan. Ada satu sebab aku terus baca aku ni. Buku itu sudah sampai betul-betul di halaman tengah. . kerana ada gambar Sephia Az-Zahra.

Tangan aku memegang gambar itu dan air mata aku terus mengalir.

" Sayang. . I berjaya sebab you. Semua benda yang sukar akan menjadi mudah dengan hanya tengok gambar you. Tak kisah samaada dekat Malaysia, Russia, UK atau mana saja. . gambar you ada dengan I. "

Buku itu aku tutup, gambar Sephia aku letakkan di atas buku itu. Aku tenung lama, gadis yang berkemeja merah hitam itu. Waktu itu rambutnya mencecah paras pinggang. Mukanya yang manis lagi menawan itulah peneman susah senang aku. Aku menyembamkan muka di atas meja.

Dengan nada seolah berbisik aku lepaskan luahan hati aku. " I tak nak Zoey. . I nak Sephia yang buat tidur malam I tak lena dengan pelukkan dia. Ciuman dia yang membuatkan semakin hari semakin I ketagihan. Suaranya yang mampu membuatkan I ghairah habis-habisan. Sentuhan dia walaupun hanya di pipi I sahaja dah mampu membuatkan nafsu dan jantung I membuak-buak inginkan dia. I nak Sephia. "

Aku mengalihkan pandangan daripada meja ke atas gambar itu. Aku sentuh segenap inchi gambar itu, air mata aku masih lagi membasahi. Aku terlalu lemah, dan kini aku sudah merindui Sephia. Mana mungkin aku curang dengan dia.

Tak lama selepas itu, aku dapat rasakan mata aku sudah mula hendak berubah. Gigi aku semakin menajam. Aku tak tahu nak terkam siapa. Aku kena kawal diri daripada terus membayangkan aku dan Sephia. . di ranjang.

💎💎💎

Bonjour!
Vote and comment!
" Ada sebab I jadi macam ini, I nak hidup bukan suka-suka. Kalau I tak wujud kebenaran takkan muncul. "
-Zoey-

Takziah ke atas typo. 😂😂

S E P H I AWhere stories live. Discover now