S.42

22.6K 475 11
                                    

" Puan Sephia baby awak selamat tetapi boleh saya bertanya 1 soalan kepada puan? " ujar seorang doktor wanita yang segak berbaju kurung. Aku rasa umur dia lingkungan 30an.

" Soalan apa doktor? " wajahnya aku pandang tepat. Manis sangat orangnya.

" Puan mangsa penderaan seksual ka? Maaf kalau saya terlalu lancang. Sebab saya temui kesan lebam di badan puan. Kita boleh report hal ini kepada pihak berkuasa. Kalau puan nak tahu kerajaan kita ada undang-undang jenayah macam ni. " fuhh hebat dia berkata-kata.

" It's okay doctor. I'm a lawyer. " balasku sambil tersenyum manis.

" You're a lawyer. . ? " terbuntang nata dia. " Mesti Puan lagi tahu banyak dari saya. Maafkan saya. Tapi apapun jangan biarkan diri dalam bahaya. "

" Thank you doctor. "

" I have to go. Take care of yourself and your baby. " dia pandang jam dia sekilas.

Aku masih teringat waktu doktor tu kata aku ni mangsa dera. Tak dapat aku bayangkan kalau Faris dera aku. Bagaimanakah rupa dia erk? Kalau aku report manusia di alam mana nak percaya tentang Alif. Ain pun sukar nak faham.

Hari ini cukup 3 hari kami tinggalkan Malaysia. Rupa-rupanya ini bukan sahaja rancangan Faris malah rancangan ibu. Sudah lama mereka rancang tapi masih mencari waktu yang sesuai. Perut ini beberapa kali aku usap dari atas ke bawah. Mata dilemparkan keluar tingkap.

Kelihatan pasangan kekasih 50an sedang berjogging. Ada yang bawa family makan bersama-sama di taman depan rumah aku ini. Mata aku juga terpandang seorang lelaki sebaya dengan Faris sedang mengajar anak perempuannya berjalan.

Beberapa kali anak perempuannya jatuh, setiap kalu jatuh dia akan kiss anak dia. Aku anggap itu sebagai tanda sokongan yang tak berbelah bahagi oleh si bapa. Aku tersenyum sendiri. .

" Sayang macam manalah kalau papa ajar awak berjalan nanti? Mama yakin papa seorang yang penyabar. Melayan kerenah mama pun dia tak pernah merungut apatah lagi layan awak. Jadi anak yang baik untuk mama dengan papa. Mama dah berjuang habis-habisan demi selamatkan awak. Papa pula sampai sanggup tinggalkan kerja dia demi nak jaga kita berdua. Moga Allah merahmati kita sekeluarga. " perut aku usap perlahan lagi.

Ain dengan Faris keluar ke mana entah naik basikal. Dekat taman ni diorang tak ada pun. Dah la suruh aku bersiap lawa-lawa nak ajak keluar kononnya. Dinner katanya.

Sudah 20 minit aku menghabiskan masa melihat manusia yang lalu-lalang di sekitar taman itu. Seronok pula macam-macam ragam ada. Dekat sini aku hanya nampak kebahagian terasa macam tiada masalah untuk difikir.

Bahu aku dipegang, " Sep. . ikut aku. " kata Ain dengan nada yang lembut.

Aku toleh ke arah dia. " Ke mana? Faris mana? "

" Nanti kau akan tahu. " air mata dia mengalir.

" Kenapa ni Ain? Jangan buat aku susah hati. "

" Jomlah ikut aku. "

Ain berjalan beriringan dengan aku, lengan aku diraih oleh dia. Dia membawa aku ke kereta Bugatti Veyron 16.4 milik Faris. Otak aku mula berfikir mana pula kereta BMW 6 Series.

" Korang pergi mana tadi? Apa dah jadi? Mana kereta lagi 1? "

" Sampai nanti kau akan tahu. " balas Ain tegas.

Dalam hati aku hanya mampu berdoa supaya tiada apa yang terjadi. Aku berdebar sangat-sangat ni.

💎💎💎

Perjalanan kami agak jauh dari rumah kami masa yang diambil juga panjang. Aku mula rasa pelik ke mana halu tuju aku dengan Ain ini. Aku cuba call Faris dia tak angkat, mesej tak dibalas. Ain beberapa kali cakap " Jangan risau. . dia okay. "

" Macam mana aku tak risau? Aku dah la tak tahu sangat jalan dekat sini then kau nak bawa aku kemana pun aku tak tahu. "

" I'm not going to harm you. "

" Yes! I know it. "

" Okay . . sampai. "

Aku dan Ain turun daripada kereta. Hanya wow terzahir dari bibirku, Faris memegang hampir 30 kuntum mawar merah yang hanya diikat reben besar berwarna putih. Kejutan apakah ini? Hiasan yang cukup indah dan memikat hatiku.

Ain sempat berbisik. " Hasil kerja Syed Faris Idraki.  "

Faris menghampiriku, dahi aku dikucup lembut dan lama sebelum dia hulurkan bunga tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faris menghampiriku, dahi aku dikucup lembut dan lama sebelum dia hulurkan bunga tersebut.

" Happy birthday to you sayang. I tahu you lupa hari ini hari apa. Tapi I takkan lupa. I love you Sephia Az-Zahra. " dia melepaskan ciuman di bibirku.

" Happy birthday to you Sep. " Ain memeluk aku daripada belakang. Faris memegang tangan kiriku.

" Thank you husby, thank you Ain. " walaupun sebak aku sempat nampak perubahan. " Dekat mana korang salin  baju? Bukan korang pakai t-shirt ka tadi? "

Faris dan Ain ketawa serentak. Faris menjawab soalan aku. " Tuuuu. " jarinya ditunding ke satu arah.

" Korang salin dalam kereta? "

" Yep. " kata mereka berdua serentak.

Faris memakai Levi's orange tab shirt berwarna biru dan slim fit jeans berwarna hitam. Aku memakai dress berwarna biru dan tudung berwarna hitam. Ain juga sama dengan aku tetapi tudung berwarna putih.

" So jom makan. Baby mesti dah lapar! Mama dengan papa kalau nak sweet. . sweet dekat dekat rumah tetapi dalam bilik okay. Nanti Acik Ain tak sabar nak kahwin pula. " kata Ain. Dia terus ke meja menghidangkan makanan. Ada rainbow layer cake, pizza, aglio olio dan mushroom soup.

" You masak semua ini Faris? "

" Yelah. Demi wife I. "

" Masak dekat mana? " soalku buntu.

Ain pantas menjawab. " Kau lupa ka Sep? Ni kawasan rumah abang aku. Rumah yang kau kena culik tu. " Ain terus ketawa.

" Ha'ah lah. "

Kami terus mula makan sambil berbual kosong. Sesekali Faris akan kenyit mata dekat aku dan meggengam erat jari jemariku. Katanya dia nak bagi aku hadiah lagi tetapi di rumah. Debaran aku kembali lagi.

💎💎💎

Bonjour!
Any comments? Don't forget to vote.
I love you. 💜

S E P H I AWhere stories live. Discover now