Part 42

12.1K 1.2K 258
                                    

Encik Kim duduk termenung di luar rumahnya. Kata-ii Jungkook semalam masih terngiang ngiang dalam kepalanya

"Jangan ingat saya tak tau, uncle. Uncle ada masalah syarikat kat Singapore kan? Jangan sampai saya rampas syarikat tu dari uncle. Saya boleh buat apa je yang saya nak dengan duit yang saya ada. Dan dalam sekelip mata je, saya boleh jatuhkan syarikat uncle di korea ni jugak

Encik Kim meraup wajahnya dengan perlahan. Hatinya tak tenang bila fikirkan pasal semalam. Lelaki muda bernama Jungkook itu tak main-ii. Dia boleh buat apa sahaja dengan duit yang dia ada

Tapi, bukan tu je. Ada satu lagi benda yang tak dapat dia lupakan. Entah kenapa dia berasa sedikit sentap dengan kata-ii Jungkook semalam. Timbul perasaan aneh dalam dirinya bila teringatkan Taehyung dengan Jisul

"Sampai bila nak jadi macam ni? Uncle tu dah tua. Patutnya boleh fikir secara rasional. Semua parents nak tengok anak mereka bahagia"

"Uncle tak rasa ke, apa yang uncle buat ni menyeksa diri sendiri?"  

"Uncle kena fikir pasal perasaan anak uncle jugak. Jangan pentingkan diri sendiri je

Encik Kim memejamkan matanya sesaat. Betul. Dia hanya mementingkan diri sendiri. Langsung tak fikir perasaan Taehyung. Apatah lagi perasaan gadis bernama Jisul itu. Sudah berapa kali dia melihat gadis itu menitiskan air mata

Nampaknya, Jisul betul-ii ikhlas mencintai anak lelakinya itu

Tapi..

Encik Kim menggeleng geleng. Argh! Tak. Taehyung tak boleh bersama dengan perempuan kampung tu! Apa aku kesah dengan semua tu. Budak Jungkook tu pon bukannya baik sangat. Tak perlu nak amik serius sangat dengan kata-ii budak tu. Yang penting aku dapat apa yang aku nak

Encik Kim tersenyum sendiri. Hatinya terlalu keras. Walaupun apa yang dikatakan Jungkook semuanya benar, sikit pon dia tak heran. Dia berusaha menepis segala perasaan yang timbul dalam hatinya

"Yeobo?"

Senyuman Encik Kim mati apabila mendengar suara Puan Kim. Terus dia menoleh ke belakang untuk melihat wajah isterinya

"Dah pukul berapa dah ni?Bukan ke awak kata, hari ni awak nak masuk office balik?" tanya Puan Kim

Dia tau yang suaminya tengah ada masalah. Dia tak tau apa yang terjadi sebenarnya. Tapi, wajah lelaki tua berubah sejak dia pulang ke rumah semalam. Dia sendiri pon tak tau ke mana suaminya pergi semalam

"Saya tangguh dulu. Mungkin minggu depan baru saya masuk office balik" jawab Encik Kim dingin

Puan Kim hanya menggangguk. Kemudian, dia menarik kerusi di depan Encik Kim sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi itu. "Ermm..boleh saya cakap sesuatu dengan awak?"

"Nak cakap pasal apa?" Encik Kim memandang tajam wajah Puan Kim di depannya

"Pa..pasal anak kita dengan Ji--"

"No" Pantas Encik Kim memotong kata-ii Pauan Kim

"Tapi--"

"Jangan cakap pasal diorang boleh tak?! Saya tengah pening kepala ni!" marah Encik Kim

Terangkat kedua belah bahu Puan Kim apabila Encik Kim tiba-ii sahaja meninggikan suaranya

"Mianhae.." ucap Puan Kim

"Tak habis-ii nak back up diorang. Patutnya awak sokong suami awak ni. Bukan mereka"

Puan Kim menggigit bibir bawah. Dia memandang sayu wajah suaminya

"Saya cuma tertanya tanya, sampai bila awak nak jadi macam ni? Sebenarnya, saya dah tak tahan tengok perangai bodoh awak. Awak terlalu ikutkan perasaan. Tak taulah kenapa susah sangat awak nak terima hubungan mereka. Awak sendiri nampak kan, betapa gembiranya anak kita bila bersama dengan--"

"Stop it! Awak tak tau apa-ii!" tegas suara Encik Kim walaupun perlahan

"You know, Disebabkan perempuan tu, Taehyung jadi tak fokus masa kerja. Saya yang rugi sebab gagal mendapatkan projek bernilai 80 juta kat China tu!"

Puan Kim tersenyum kelat. Lama di tenung wajah suaminya itu "Saya nak tanya awak. Duit lagi penting ke atau kebahagiaan anak kita lagi penting?"

Encik Kim terdiam. Dia memandang ke tempat lain. Entah kenapa soalan Puan Kim membuatkan dadanya berdebar debar

'Semua parents nak tengok anak mereka bahagia'

Tiba-ii kata-ii Jungkook berlegar dalam fikirannya. Itulah apa yang anak muda itu katakan semalam. Ya. Memang betul apa yang dia katakan. Memang dia nak tengok anak-ii dia bahagia. Nak tengok Taehyung bahagia tapi bukan dengan perempuan kampung tu

"Lebih baik awak diam" kata Encik Kim perlahan

"Awak belum jawab soalan saya lagi" 

Encik Kim melepaskan keluhan berat. Dengan perlahan dia bangun dari kerusi itu dan mula berjalan meninggalkan isterinya. Namun, belum sempat dia masuk ke dalam rumah, langkahnya terhenti apabila mendengar kata-ii Puan Kim

"Awak memang buta" Puan Kim berdecit. "Langsung tak nampak perbezaan Taehyung yang dulu dengan sekarang"

"Apa maksud awak?" tanya Encik Kim. Dia mula menggenggam penumbuknya

"Kalo awak perasan, Taehyung tak macam ni dulu. Sebelum ni, awak tau kan anak kita tu macam mana? Muka ketat, nak senyum pon susah. Lagi-ii dengan perempuan. Dah macam-ii kita buat tapi tak menjadi. Dan sekarang..sejak ada Jisul, dia berubah" Puan Kim tersenyum nipis

"Pernah ke awak nampak Taehyung senyum macam ni dulu? Dia nampak bahagia sangat bila ada dengan Jisul. Awak patut bersyukur dan berterima kasih pada Jisul sebab dah berjaya mengubah anak kita. Dia je yang mampu buat anak kita tersenyum. Jisul memang gadis yang istimewa. She's very kind and different"

Encik Kim mengemam bibir. Memang betul apa yang isterinya cakapkan. Dia baru perasan semua tu. Selama ni dia buta. Terlalu ikutkan perasaannya sampai tak nampak semua tu

"Tolonglah. Saya merayu sangat. Berhenti menyeksa mereka. Kesian saya tengok mereka" kata Puan Kim. Dia bangun dan menghampiri suaminya

Encik Kim hanya diam membisu

"Dan kalo betullah Jisul tu jodoh anak kita, Walau macam-ii cara sekalipon awak cuba pisahkan mereka, mereka tetap akan bersama. Percayalah"

Encik Kim tersentak. Itulah kata-ii terakhir isterinya sebelum wanita itu meninggalkan dia di situ

TBC

----------------

Kalo tak insaf jugak orang tua tu, tak taulah nak cakap apa? 😒 huhu

Yo, macam mana part kali ni. Hope korang enjoy. Thanks for reading. Jangan lupa vote n comment sekali tau. Bye xD

[C] His Little MAIDWhere stories live. Discover now