Chapter 22

451 38 13
                                    

Pagi Sabtu

"Bangun semua! Dah pagi ni!"Jerit cikgu Nurina. Berdesing woii telinga.

Semua terbangun dengan mata mereka yang masih lagi letih.

"Dah², cepat mandi. Lepas ni kita pergi hiking"Arah cikgu Nurina.

"Ala miss, biar la kami tidur sekejap"Kata Luqman dalam keadaan kepenatan. Dia juga daripada Diamond School.

"Kalau taknak kena berdiri tengah panas cepat bangun!"Semua mengeluh sebelum beredar ke arah tandas untuk mandi.

"Weh korang, bangun la! Nanti tandas penuh!"Marah Adeena.

"Lima minit lagi la dik, aku nak tidur pon susah"Omel Emily dengan perlahan, masih lagi menutup matanya.

"Adik kepala bana kau la! Bangun la!"Adeena menolak badan Emily tetapi Emily masih lagi tidur dengan nyenyak.

"Ad, the song"Adeena menganggukkan kepalanya sebelum membuka telefon pintarnya.

Lagu rock kedengaran menyebabkan mereka berdiri tegak secara mengejut. Semua yang berada di khemah lain juga terbangun.

"Ha bangun pon. Cepat la, nanti tandas penuh"Adeena dan Keira terus menarik mereka berempat.

Setelah beberapa minit, akhirnya mereka selesai mandi. Mereka berjalan ke arah tapak perkhemahan semula.

"Nasib baik sempat"Kata Sofe sambil melepaskan nafas yang lega.

"Korang la, kitorang yang tidur lambat pon bangun lebih awal tau?"Adeena menggelengkan kepalanya.

"Eleh, sebab korang buka lampu suluh. Kitorang mana boleh tidur kalau ada cahaya yang terlalu terang macam tu"Emily dan Adeena menjeling antara satu sama lain.

"Weh, cikgu dah kira tu. Jom la cepat"Mereka hanya akur sebelum berjalan ke arah smeua murid yang sedang beratur.

Skip

"Penatnya!"Jerit Sarah.

"Cikgu, biar la kami rehat~"Kata Lily dengan gediknya.

"Cikgu, mana boleh rehat. Ni dah kali keenam kita rehat"Kata Saemin.

"Tulah, yang korang ikut gak pahal? Kalau penat sangat balik je la"Marah Emily. Yelah, cikgu nak bawak gi mandi sungai kot. Sapa je tak suka.

"Syafiq, tengok perempuan ni, ada hati nak marah I"Kata Lily sambil menunding jarinya yang terdapat kuku palsu ke arah Emily yang menjelirkan lidahnya sahaja.

"Aku dah tengok la ni"Syafiq berloyar buruk.

"Apa you ni? Patutnya you back-up girlfriend you!"Marah Lily.

"Bila masa duh aku ada girlfriend yang gedik kalah nenek kebayan?"Syafiq mengangkat kening sebelahnya.

"Merajuk la camni!"Lily memeluk tubuhnya.

"Merajuk la, kau fikir aku kisah?"Tanya Syafiq sebelum berlari ke arah Emily.

"Cikgu, biar saya tolong angkat beg makanan ni"Lev mengambil bakul yang terdapat banyak makanan.

"Ah terima kasih, Lev"Lev menganggukkan kepalanya.

Sebuah tangan mengambil makanan tersebut daripada tangan Lev.

"Aku angkat basket ni, kau angkat botol tu"Arah Raven.

Lev hanya akur sahaja.

"Hey, Adeena right? Jom keluar dari sini nak?"Ajak Luqman.

"No thanks"Kata Adeena, tidak memandang Luqman.

"Jom la, mesti boring kan kalau tak buat apa²?"Ajak Luqman lagi.

4 BestfriendWhere stories live. Discover now