Chapter 29

416 32 9
                                    

RisKei (Author POV)

Mereka berdua sekarang berjalan-jalan di dalam pusat membeli-belah tersebut. Keira ternampak kedai haiwan sebelum dia menarik sedikit baju Haris.

"What?"Keira menunding jarinya ke arah kedai haiwan tersebut.

"Kau nak beli kucing lagi ke?"Keira menggelengkan kepalanya.

Haris mengeluh.

"Kau cakap je la. Aku malas nak teka"Kata Haris, bosan.

"Untuk kucing aku la sengal. Jom la"Keira pula kali ini yang menarik Haris.

Mereka masuk ke dalam kedai haiwan tersebut.

"Hai, boleh saya bantu?"Tanya pekerja wanita tersebut.

"Ada tak beg khas untuk kucing?"Tanya Keira.

"Ah ya, Puan mahu warna apa?"Keira mengangkat kening sebelahnya.

"Ah maaf, saya tak kawin lagi"Kata Keira.

"Jadi lelaki tu tunang Cik ke?"Tanya wanita tersebut sebelum memandang ke arah Haris.

"Dia-"

"Oh ya, saya tunang dia. Lepas habis sekolah baru kami kahwin, kan sayang?"Kata Haris, sinis.

Beach what the fish?!

"Ada warna apa je ya?"Keira menukar topik.

"Ada putih, pink, biru cair, hijau dan kelabu"Keira berfikir sejenak.

"Saya ambil kelabu. Berapa harganya?"Keira membuka dompetnya.

"Seratus enam"Keira mengeluarkan beberapa not duit sebelum diberikan kepada wanita tersebut.

Mereka keluar daripada kedai tersebut semula. Keira memasukkan kucingnya di dalam beg baharu. Kelihatan kucingnya lebih selesai berbanding beg sebelum ini.

"Akak tu pon fikir kita pasangan bahagia kan?"Kata Haris, sinis.

"Kau nak makan kasut aku ke?"Tanya Keira sambil menjeling ke arah Haris.

Haris menyorokkan senyumannya.

"Nak gi mana pulak?"Tanya Keira.

"Mana² tunang kesayangan saya nak gi, saya on"Kata Haris, sengaja mencari pasal. Keira hanya mampu menahan penumbuknya daripada melayang ke muka Haris sahaja.

Mereka terus beredar ke arah kedai seterusnya.

HaAd

HaAd sedang berselera memakan aiskrim mereka.

"Apa la kau ni, makan comot macam budak²"Adeena membuat muka jijik.

"Ele, kau pon sama je"Kata Hakim sebelum mencalitkan aiskrim yang berada di hujung bibir Adeena. Hakim menjilat jarinya yang baru sahaja dia calitkan untuk Adeena.

Muka Adeena kemerahan.

"Yum, strawberry~"Kata Hakim sambil tersengih.

"Eww, tisu ada kan? Asal nak jugak calit macam tu?!"Marah Adeena dengan mukanya yang masih merah.

Bukan kerana marah tetapi kerana malu ya anak-anak.

"Elele, malu tu cakap je la. Weh biskut!"Kata Hakim sebelum menarik Adeena ke arah seorang lelaki yang menjual biskut.

"Bang, biskut ni berapa?"Tanya Hakim kepada seorang lelaki berlingkuang 30-an.

"Dua ringgit, dik"Hakim mengeluarkan dompetnya sebelum menghulurkan RM8.00.

4 BestfriendWhere stories live. Discover now