023

318 54 35
                                    

20 - 91

Televisyen di buka, dia melabuhkan punggung di atas sofa. Keningnya berkerut apabila melihat cerita bahasa Cina yang di tak berapa nak faham. Hampir bercantum keningnya.

Mulut sudah ternganga tak faham, boleh pening kepala macam ni ceritanya. Baru ingat nak cuba tengok cerita Cina tanpa ada sarikatanya. Tapi, dia yang pening kepala. Makanan ringin yang dia bawa bersama di masukkan ke dalam mulut. Kepala terangguk angguk tentang apa yang di bualkan orang orang yang berada di dalam televisyen tersebut, sedangkan entah apa benda diaorang cakap pun tak faham ni.

Dahi di picit sendiri, dah mula rasa pening kepala dah ni. Jadi tidak mahu rasa pening ni berlarutan, terus diaenghidupkan sarikatanya. Sekarang barulah dia mampu nak ketawa sendiri apabila dia sudah memahaminya.

Dia tonton sekejap, lepas tu dia capai telefon atas meja tengah ruang tamu lalu membukanya. Gambar dia bersama Baekhyun jelas di situ kerana dia membuatkan gambar itu menjadi wallpaper nya. Senyuman terukir di bibir, dia rasa rindu pula pada satu satunya kawan yang paling rapat dengan dia ni.

"Patut ke aku telefon dia? Entah dia tengah sibuk sekarang ni macam mana? Ke tunggu waktu dia rehat nanti je? Tapi macam tak sabar pulak nak cakap dengan dia. Ah, telefon je"

Akhirnya Chanyeol mengambil keputusan untuk menghubungi Baekhyun. Telefon di tekapkan pada telinga, sementara menunggu Baekhyun menjawab panggilannya sempat dia masukkan makanan ringan ke dalam mulut.

Panggilan di angkat.

On Call

Baekhyun:
Yeoboseyo, Chanyeol!

Chanyeol:
Amboi, bukan main lagi kau sebut sebut nama aku, kenapa? Rindu sangat ke hah?

Baekhyun:
Rindu. Rindu gila. Duh, bila kau nak balik sini ni? Aku rasa macam kau dah pergi lama sangatlah.

Chanyeol:
Tak sampai seminggu lagi aku dekat sini, kau dah bising. Tunggulah, aku akan kembali. Aku bukannya nak duduk dekat sini terus pun, jangan drama sangat. But, aku nak kau tahu jugaklah yang aku pun rindukan kau jugak. Duduk sini bosan tak ada kawan nak ajak lepak sama.

Baekhyun:
Ingatkan tak rindu orang dekat sini dah tadi. Tapi aku nak bagitahu kau yang bola sepak hari tu pasukan aku dengan Tiffany minat menang. Kau dengan Taeyeon tabah je lah erk, kalah dah pun.

Chanyeol:
Yaka? Aduh... jadi Taeyeon kena belanja korang dua lah?

Baekhyun:
Ya. Mestilah, macam selalu.

Chanyeol:
Sebut pasal tu kan, aku tak sempat pun nak tengok hari tu. Kau macam mana dekat hospital? Kau dah jumpa kawan yang boleh makan tengah hari dengan kau belum?

Baekhyun:
Dah. Tak perlu cari, Taeyeon dengan Tiffang sudi temankan aku makan tengah hari dekat hospital ni. Tapi esok lusa terpaksalah aku makan sorang sorang, diaorang berdua nak pergi bercuti pulak. Aduh...

Chanyeol:
Hahaha... sabarlah ya. Nanti aku balik, aku makan tengah hari macam biasa dengan kau. Eh, kau tak ada kerja ke cakap dengan aku lama lama ni?

Baekhyun:
Kau telefon aku tepat pada masanya sebab elok kau call aku baru keluar dari bilik pesakit. Buat pemeriksaan

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now