Bab 9

454 16 3
                                    

Heels ku buka.

BAM!

Nun jauh ku lempar ke atas tong sampah di luar rumah. Sebal! Kesal pun ada.

"Syaifiqa Annur! What are even doing? You making ruckus and now is all you got to do huh?" Bonda bercekak pinggang.

'Mesti Angah dah report, kalau tak Bonda tak macam ni..'

Aku menjuihkan bibir. Malas nak bertikam lidah.

"Fiqa naik dulu Bonda. Nak solat.." Alasan yang confirm Bonda tak dapat bantah. Memang aku belum menunaikan kewajipan tersebut. Hari ini aku sangat letih.

Usai solat, katil ku hempap pantas. Jam memasuki tengah malam. Aku melayan mata. Esok pagi kerja di pejabat banyak yang menanti. Dan.. semestinya aku dinantikan oleh dirinya.

Lagu Sierra berdendang. Aku pasti mesej daripada Jojie ataupun Eyda. Nada dering itu khas untuk mereka.Fon ku raih.

-Assalamualaikum.. Fiqa guess what happen today?

-Ko tebiat ke Jojie? Msj ak semata2 nk suh guess smthng?

-Hehehe.. takla.. Ni tntg ko sbb tu laa aq suh ko teka ^^

Hilang minat aku. Apa la yang menarik sangat kalau pasal aku ni. Fon ku abaikan.

Lagu Sierra berdendang kembali. Berulang kali.

'Persistent betul la minah ni!' Baru sahaja aku ingin melihat teks, panggilan Jojie masuk. Punat hijau ku slide.

"Helo.. Yer Jojie. Waalaikumussalam.." Aku menjawab perlahan. Jam 12.30 tengah malam. Confirm jenis tak tau tidur.

"Kau! Apesal tak balas?" Terus direct hit dia bagi.

"Malas... Tak menarik, sebab tu la.." Aku memberi alasan. Moody pun moody la, asal aku dapat tidur.

"Kau tak tau apa-apa, terus cakap tak menarik. Kalau kau tau, I'm betting you going to beg all of your life." Ketawa mengekek Jojie menyampaikan.

Mata yang lali tercelik tiba-tiba.

"Hold on! Is this issue regard those matter few months ago? I didn't think you actually remember my request." Aku terpana. Unexpected Jojie! Aku ketawa kecil.

"Wei! Dengar tak aku cakap apa?"

"Sorry, ter'excited' pulak.." Aku tersedar. Fon ku loudspeaker kan.. Berdasarkan cerita Jojie, lelaki misteri yang menghubungiku bukan rakannya. Info selanjutnya yang membuatkan aku terkejut. Lelaki itu mengaku sebagai suamiku.

Berpinar mata. Semakin lama semakin hampir pula rahsiaku terbongkar.

"Hello? Are you still there? Dengar tak info aku ni? Aku ketawa je doe sebab setahu aku, kau tak bernikah lagi kan.." Bersisa ketawa Jojie ku dengar. Tersentap dengan percakapannya. Ibarat batu menghempap dada.

Pernikahan aku? Aku sudah berkahwin. Itu fakta.

Di mana suamiku? Aku tak tahu.

Jauh Dari JodohWhere stories live. Discover now