4

417 28 6
                                    

"Gulp!"

Mereka bersembilan menanti kata putus daripada Cikgu Razak.

"Yaya, lu pergilah tanya cikgu tu. Pasti cikgu takkan marah punya," kata Ying sambil menyiku-nyiku Yaya.
"Isk! Tak naklah! Mintalah Ali ke , Alicia..." rungut Yaya perlahan.
"Alicia , kau tanyalah cikgu tu. Kau kan ketua pengawas di sini," bisik Nazuki.
"Err... Yelah. Cikgu, kenapa kami dipanggil ke sini?" soal Alicia sebagai wakil.
"Hmm...."

Tiba-tiba saja tingkap dan pintu ditutup rapat dan dikunci dengan sendirinya. Mereka semua terkejut.

"Eh! Kenapa ni?" soal Yaya cemas.
"Jangan takut. Saya takkan marah kamu semua," kata Cikgu Razak.
"Eh!" Lagi sekali, mereka terjun ke dalam kolam kepelikan.
"Cuma, elak daripada karpet merah itu saja," arahnya serius.

Mereka turut saja tanpa bantah.

"Saya cuma ada perkara rahsia yang perlu diberitahu kepada kamu semua." Nadanya begitu serius dan .... seram. Cikgu Razak itu terus menekan butang yang ada pada meja. Kemudian , muncullah sebuah meja di kawasan itu. Mereka bertambah pelik. Meja itu menyerupai meja yang ada di bilik kawalan MATA . Cikgu Razak terus menekan butang yang ada pada meja itu dan terdapat beberapa buah pen drive yang mempunyai trademark masing-masing.

"Ambil pen drive itu setiap seorang satu pendrive ." Mereka akur. " Dengar sini baik-baik. Anda semua terpilih untuk menjadi ejen rahsia. Cuma satu saja saya nak pesan...." Suara pengetua itu mula menjadi sesuatu yang menakutkan.

"Jangan dedahkan identiti kamu sebagai seorang ejen. Ingat! Setipa tingkah laku kamu diperhatikan. Pen drive itu 'barang amanah' kamu dan pihak agensi kami tidak teragak-agak untuk mengenkan tindakan yang tegas terhadap kamu. Itu sahaja. Boleh bersurai ke kelas. Oh! Lagi satu perkara , siapa yang dapat agak?"

Alicia mengangkat tangannya lalu berkata," Rahsiakan perjumpaan kita daripada pengetahuan orang lain."
"Betul! Dah, bersurai!"

*************************

Pada waktu rehat, Ying berada di kelasnya. Yaya , Boboiboy dan Nazuki berjalan ke kelas Ying.

"Hai , Ying! Jom rehat sama-sama!"
"Erk! Hihihihi... Maaf , Yaya. Aku tak boleh. Hari ini aku bertugas di perpustakaan."
"Laa... Yakah? Tak mengapalah. Jom kita ke kantin!"
"Jom!" kata Nazuki dan Boboiboy serentak.

Di kantin pula, Ali dan Alicia mengawasi barisan pelajar. Tiba-tiba Alicia ternampak seseorang yang merangkak semata-mata untuk memotong barisan.

"Ehem!~" Alicia sudah berdiri di hdapan pelajar itu. Pelajar itu mendongak kepalanya ke atas dan.....

"Denda bagi cubaan memotong barisan, sila kutip sampah di seluruh kawasan sekolah setelah tamat persekolahan," kata Alicia sambil mencatat nama pelajar itu.
"Tapi...."
"Rules are rules. No buts! Kena buat! Kalau tak, ..." Alicia terus mengeluarkan buku rekod salah laku dan masalah disiplin. "Kau nak ke nama kau sampai kepada pengetua?"
"Err... Hehehe..." Terus pelajar itu beratur. Alicia tersenyum.

"Terbaiklah, Alicia! Sejak dia jadi ketua pengawas , habis semua takut nak buat masalah disiplin," kata Boboiboy.
"Errr... Hehehehe... Tak sia-sia aku lepaskan jawatan tu kepada Alicia," kata Yaya.
"Hmm... Eloklah tu. Perangai kau dan Alicia tu lebih kurang sama. Kedua-duanya sama tegas dan serius. Cuba bayangkan jika Alicia dan Yaya jadi polis...." Maka , semua pun terbayangkan apa yang dikatakan Gopal.
"Pasti mereka berdua jadi polis wanita yang terhebat dengan pencapaian , disiplin , dan ketegasan mereka, kan?" teka Boboiboy.
"Erk! Tak adalah sampai begitu, Boboiboy." Yaya pun sambung makan nasi lemaknya. Gopal pula meletakkan kepalanya di atas meja.
"Aik? Apasal dengan kau ni, Gopal?" tanya Yaya.
"Aku bosanlah."
"Biar Naz teka. Kau... rindu 'diserang' oleh si landak ke?" Gopal memuncungkan mulutnya.
"Kau tak rasa macam tu ke, Boboiboy? Sejak tak ada Fang , rasa sunyilah pula."
"Oooo... Kau rindu Fanglah ni.... Eh! Ha ahlah! Rasa lain pula apabila Fang tiada di sini." Boboiboy pun sertai 'Kelab Muka Masam' yang baru ditubuhkan oleh Gopal.
"Sudahlah tu. Kita ni kawan baik Fang. Kita kena teriam dan hormat keputusan Fang. Lagipun , dia dah lama tak bersama dengan abang dia," kata Yaya pula.
"Betul tu! Aku sokong 100%." Muncul pula Ali di sebelah Boboiboy. " Alaaaa.... Kau ni, Boboiboy. Aku kan ada."
"Kau lain, Ali. Bagiku, Fang tu macam ..... seorang yang unik aku tengok."
"Unik? Maksud kau?" soal Yaya.
"Yelah. Sesombong mana pun dia, dia tetap berkawan dengan kita," jelas Boboiboy. " Lagipun, kita jugalah yang masih setia berkawan dengan Fang walaupun dia jenis panas baran."
"Masing-masing kan ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Walaupun Fang suka marah-marah, tapi dia jugalah seorang yang pembersih dan bijak dalam pelajaran," tambah Yaya pula.
"Baguslah tu. Harap-harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila," celah Alicia pula.

==================================================

Huda berada di biliknya. Sedang memikirkan 'pen drive' yang diperolehnya. Entah siapalah yang memberi pen drivw itu. Huda mula pelik. Tiba-tiba dia tergerak hati untuk memeriksa kandungan pen drive.

Dia mendekati sebuah komputer di biliknya lalu diambilnya kerusi dan dia duduk. Setelah komputer dihidupkan, dia terus memasukkan pen drive ke unit sistem lalu terus membuka kandungan. Tiba-tiba, matanya tertarik pada suatu fail.

"Fail apa pula ni? Baik aku buka sajalah."

Huda pun membuka fail itu. Rupanya fail itu mempunyai satu video yang mencurigakan.

"Video apa pula ni? Tonton sajalah.."

======================================


T.B.C.

Malaslah pula nak tulis... Time cutilah Huda sambung, ya! XD

Akademi Ejen MudaOn viuen les histories. Descobreix ara