Salam Ramadhan [ep.1]

2.4K 73 19
                                    

So this is like a short ramadan drama and it will come in episode ahahaha..

Episod 1.
-

Sadakallahhulazim..

Aku menutup alquran yang baru sahaja aku selesai baca lantas menciumnya tiga kali.

Aku meletakkan alquran yang ku pegang semula ketempat asalnya sebelum berjalan meletakkan sejadah yang ku lipat diatas katil.

Aku melirik kearah jam yang menunjukkan baru pukul 5:10 petang. Harini sudah masuk puasa ke 5. Aku tersenyum lantas bersyukur kerana masih dikurniakan nafas dna nayawa untuk melakukan ibadah puasa.

Aku berjalan pantas keluar dari bilikku dan terus masuk kedapur kecil.

Aku membuka peti ais dan membelek belek barang basah yang aku ada. Aku hanya ada telur dan sayur kobis. Aku mengeluh kecil seraya menutup pintu peti ais tersebut.

Ya Allah, barang dapur makin habis. Nasib ade telur dengan kobis ni. Aku lantas teringat waktu dimana bila arwah ibu dan ayahku masih ada.

Bila tibanya bulan ramadan, masing masing teruja. Ibu sibuk dengan resepi lauk pauk  yang ingin dicubanya dan ayah pasti akan sibuk dengan baju raya.

Selalunya hari hari puasa pasti meriah. Walaupun masing masing penat, namun masih mampu tersenyum sambil membantu antara satu sama lain.  Adikku, katijah mesti akan bantu mak masak, aku dan hakim pasti akan bantu ayah hias rumah dan macam macam lagi sebelum menjelang hari raya.

Kini, sudah masuk hampir dua tahun arwah mak dan ayah pergi meninggalkan aku dan adik adik.  Kini aku yang mengambil alih tugas mereka.

Sebagai anak sulung, aku akur dengan tanggungjawab yang harus aku pikul. Adik beradikku masih bersekolah. hakim akan ambil pt3, manakala katijah akan berdepan spm. Tahun lepas pula aku mengambil keputusan berani untuk berhenti dari belajar di universiti. Sebab aku harus jaga adik beradik aku. Aku tak mahu sedara maraku yang  jaga kerana aku tahu sifat sebenar mereka.

Menjadi ketua keluarga teramatlah berat. Duit peninggalan arwah makin hari makin berkurangan. Banyak benda yang harus aku bayar. Duit sewa rumah, kereta, bil air dan api, wang saku kat dan hakim. Dengan berbekalkan aku yang mempunyai sijil spm sahaja, aku tidak mampu memilih kerja yang bagus. Namun aku percaya rezeki itu Tuhan sudah tentukan. Nak tak nak aku tetap harus berusaha mencari kerja yang sesuai dengan taraf aku meski gajinya kecil. Untuk menampung aku adik beradik, aku haruslah mengalah.

"Abang! Masak apa harini untuk berbuka?" Tegur Katijah membuatku berhenti mengelamun.

Aku memberikannya sebuah senyuman sebelum membalas pertanyaamnya. "Hari ni kobis goreng dengan telur dadar je kot. Kejap lagi abang pergi bazaar kita beli ayam ye."

Katijah tersenyum. "Abang biar katijah bereskan kobis ni, abang pergi siap siap kata nak pergi beli ayam kan."

Aku memganguk kecil. "Yalah, ni mana Hakim?" Soalku mencari adik bongsuku.

"Hakim keluar katanya. Dia kata harini dia buka rumah kawan dia."

Aku angguk kecil. "Kalau macam tu Kat ikut abang sekalah kita pergi bazar sebab takkan abang nak tinggalkan kat sorang sorang dekat rumah. Kat tu perempuan. Bahaya."

"Kobis ni..?"

"Takpe letak je situ. Harini kita beli lauk luar sebab kita dia orang je kan. Sayur tu nanti kita masak untuk sahur."

KoleksiWhere stories live. Discover now