03 장 | Hanghaesa

1.3K 216 45
                                    

🌟🌟🌟

Dihalaman belakang rumah, terlihat akan susuk tubuh Oh Sehun sedang mengelamun melihat langit awan-awan yang bergerak dan kanak-kanak perangkap mimpi berterbangan berkejaran antara satu sama lain.

Sesekali jejaka itu menghembuskan nafas berat, dia sudah menetapkan dalam mindanya pasti Joohyuk sudah beritahu Jihyo perkara sebenar.

"Sekarang tunggu dia marah aku pulak", nadanya masih cool walaupun hakikatnya hatinya sedang dalam proses kesakitan hati yang dia sendiri tidak tahu tahap apa kesakitan itu.


Beberapa minit termenung, tiba-tiba pinggang Sehun terasa dipeluk seseorang dari belakang.

Hangat, itu apa yang Sehun rasakan dan terus sahaja Sehun memalingkan tubuhnya menghadap gerangan yang memeluknya itu.

"Jihyo?"

Jihyo tersenyum manakala Sehun menjadi sangat pelik, bukankah Jihyo dah tahu akan 'rahsia' yang dirinya sendiri simpan selama mereka berkhawin? Kenapa tersenyum pula? Sepatutnya Jihyo marah terhadap Sehun.

"Ma-Mana Joohyuk?"

"Adik? Adik kena balik, sebab dia baru je dapat manusia baru untuk dibantu", wajah risau Sehun ditangkap Jihyo "Wae Oh Sehun?"


Tersentak Sehun apabila Jihyo memegang hujung baju Sehun lembut "Nae? Ouh! Tak ada apa, wait-Joohyuk tak cakap apa-apa dekat Hyo ke?"


Pada mulanya Jihyo tertunduk, Sehun makin gelisah terus sahaja tangan kanannya mengangkat dagu Jihyo perlahan.

"Aku mintak maaf Jihyo"n dia meminta maaf kepada Jihyo tiba-tiba, itu membuatkan Jihyo berkerut dahi.


"Untuk?"

"Err-awak dah tahu kan?"

"Tahu apa?"

"Aikk? Takanlah dia tak tahu apa-apa lagi? Joohyuk belum bagitahu dia lagi ke?", Sehun tatkala sekarang ini sedang bermain teka-teki dengan mindanya.

Dah bagitahu ke belum, dan saat ini minda Sehun telah dapat pesanan ringkas dari Joohyuk.


🌸Aku masih ada lagi rasa simpati Sehun, keputusan semua dekat tangan kau, dia berhak tahu dan dia harus tahu perkara sebenar. Aku bagi kau peluang, aku nak kau sendiri yang bagitahu dia🌸

Sehun terkejut, maknanya Jihyo belum tahu lagi? Ta-Tapi bila dia akan bagitahu Jihyo perkara sebenar?

"Hyo? Joohyuk datang sini nak bincang pasal apa?"


"Takdelah adik cuma nak lepaskan rindu dia dekat Hyo, tu je"


senyuman Jihyo melegakan perasaan gusar Sehun. Syukurlah Jihyo belum tahu, tapi-lambat laun Jihyo pasti akan mengetahuinya jugak kan?

[C] Dreamcatcher II | JiminWhere stories live. Discover now