NIAT

2.3K 163 9
                                    

   OK,benda first nak cakap pasal niat. Ye kami tahu korang dah biasa dengar semua ni. Tapi apa salahnya kita saling mengulangi perkara baik kerana manusia mudah lupa.

    Kita niat di hati, kenapa kita buat sesuatu.  Contoh senangnya ialah wattpad ni. Kenapa kita buat account wattpad?

   Maybe ada orang cakap kawan recommend. Maybe ada orang cakap minat dalam bidang penulisan. Maybe ada orang cakap hanya sekadar membaca.

   Tapi ada tak yang terfikir nak buat cerita yang tak patut. Contohnya cerita tentang aib kawan dia. Itu dah melanggar hukum syarak. Ataupun pada asalnya niat dia hanya nak membaca tapi pastu dia hack account orang lain dan bash carita orang lain.

   Kita kena sedar, kalau kita menyakiti saudara kita tak kira dari segi fizikal atau mental, tak kira dia tu bangsa apa, warna apa even agama apa pon kita berdosa. BERDOSA.

   Kalaulah saudara kita tu tak maafkan kita, kita kena cari dia di padang mahsyar just nak mintak maaf. Bayangkan berapa ramai manusia, korang nak cari sorang je. Kalau kat perhimpunan sekolah pon tak jumpa nikan kat padang mahsyar.

   Contohilah sikap Rasulullah yang sentiasa berlemah lembut dalam menyampaikan dakwah dan membuat sesuatu perkara.

   Jangan ada sifat dengki dan sombong. Orang tu ramai readers dan voters je korang kecam, bash pastu kutuk-kutuk. Ada yang siap hack account dia dan ganggu dia kat whatsapp macam dia dah bunuh orang je. Fikirlah, perlu ke buat camtu?

   Tepuk dada tanya iman. Kalau niat korang ada macam yang kami sebutkan tadi, tak yahlah buat account wattpad ni. Kalau yang sakit korang takpe tapi ni orang lain yang jadi mangsa.

   Perkara first bila nak buat sesuatu,betulkan niat.

~gadisdakwah~

Let's Dakwah!Where stories live. Discover now