Percintaan vs Persahabatan

632 79 6
                                    

Assalamualaikum ~

OK kali ni kami nak cakap pasal dua jenis kasih sayang yang berbeza. Percintaan dan persahabatan.

Persoalannya yang mana satu anda akan utamakan? Anda boleh mempunyai kedua-duanya tetapi salah satu mesti diutamakan. Semestinya soalan ni ditujukan khas buat remaja. Andaikan, anda ada crush dan crush anda sukakan anda juga. Dalam masa yang sama, anda ada sahabat yang tak suka couple-couple ni.

Kalau anda pilih percintaan, mungkin persahabatan akan terputus. Tapi kalau pilih persahabatan, anda terpaksa lepaskan peluang untuk bercinta. Tu kalau sahabat anda macam tu. Kalau yang tak kisah tu? Anda akan pilih kedua-duanya? Tapi tidakkah anda kesiankan sahabat anda yang akan disoal di akhirat, mengapa tidak menegur anda?

Mungkin siapa yang couple ni, tak ramai kawan atau tiada sahabat. Mungkin juga yang tak couple ni sebab ramai kawan dan sahabat jadi dia tak perlu risau kalau tiada soul mate.

Tapi ada juga yang ramai kawan, tapi couple. Dan ada yang tak ramai kawan, tapi single.

Kalau difikirkan balik, Rasulullah SAW ada ramai sahabat. Tapi baginda juga bercinta iaitu berkahwin. Kalau kita lihat di sini, kedua-duanya halal. Percintaan selepas nikah dan persahabatan kerana Allah SWT. Kedua-duanya penting kerana berteraskan kasih sayang.

Macam kami katakan tadi, ni ditujukan khas buat remaja. Adakah anda akan pilih percintaan sebelum nikah, yang haram dan merupakan salah satu 7 jalan ke zina? Kita tak tahu betulkan pasangan kita tu, jodoh kita. Atau anda akan pilih persahabatan kerana Allah yang halal dan suci? Bagaimana kalau persahabatan itu bukan kerana Allah? Contohnya sahabat lain jantina. Apakah hukumnya? Wallahualam.

Renungkanlah...

Let's Dakwah!Where stories live. Discover now