Jangan Cari Saya Lagi!

9.2K 312 8
                                    

"Sayang, kenapa menangis ni?" Encik Taufik terkejut melihat Puan Khadijah yang sedang menangis, Puan Khadijah mendongak memandang suaminya. "Abang.. Iman kena culik." Encik Taufik bertambah terkejut, "Apa kita nak buat? Mana kita nak cari 1 juta abang? Kesian dekat Iman." Kata Puan Khadijah dalam sedu sedannya. Encik Taufik menarik tangan Puan Khadijah perlahan ke dalam pelukannya, "Shuut.. dah awak jangan nangis. Sekarang kita report polis, Insya Allah Iman selamat." Tangannya mengusap belakang Puan Khadijah.

Tok! Tok! Tok!

"Kejap!" Qisha membuka pintu rumah, "Eh, abang. Tak dengar bunyi kereta pun." Katanya lalu berdiri di tepi pintu bagi memberi laluan kepada Irfan untuk masuk. "Papa dengan mama mana?" Soal Irfan sambil memandang ruang tamu yang kosong, "Ada dekat atas." Qisha menolak pintu sehingga ia tertutup rapat. "Akak Fetrah?"

Qisha terdiam seketika, "Akak Fetrah.." baru sahaja Qisha hendak membuka mulut, tiba-tiba kedengaran bunyi kereta dari arah luar. Irfan memandang ke luar melalui tingkap, dia tersenyum memandang kereta Fatin yang memasuki perkarangan rumah, dia yakin bahawa Fetrah ada bersama Fatin. "Eh, akak Fetrah balik?" Kata Qisha yang turut memandang melalui tingkap, dia terus membukakan pintu sebelum sempat Fetrah membukanya.

"Assalamualaikum, Qisha. Abang Iman mana?" Soal Fetrah tergesa-gesa, "Abang Iman.. tak balik lagi." Jawab Qisha pelik dengan pertanyaan Fetrah. Irfan terpandang jari Fetrah yang berbalut, "Fetrah, kenapa jari tu?" Soal Irfan ingin tahu. Fetrah hanya menggeleng, "Mama dengan papa mana?" Fetrah masuk ke dalam rumah lalu memandang tangga. "Dekat atas." Jawab Qisha, dia hanya memandang Fetrah yang kelihatan risau itu.

"Fetrah, bila sampai?" Soal Puan Khadijah yang turun ke bawah bersama Encik Taufik, "Baru ja mama. Mama, Iman mana?" Soal Fetrah yang masih tidak berpuas hati. Puan Khadijah memandang Encik Taufik kemudian memandang Fetrah kembali. "Fetrah, tadi kawan Iman ada call mama. Dia cakap, Iman kena culik." Semua yang mendengar terkejut mendengar khabar itu, termasuk Fatin yang baru berada di depan pintu.

"Iman.." mata Fetrah mula berkaca-kaca, seluruh tanda tanya telah pun terjawab.

"Hish! Lepaslah!" Nasrul yang diikat pada kerusi itu berkeras minta dilepaskan, dia memandang kawan-kawannya yang pengsan yang juga diikat pada kerusi. "Hahahaha! Lepaskan? Hahahaha! Duit dulu!" Kata Fauzi dengan ketawanya yang menjengkelkan, Ahmad mendekati Zul, Iman dan Haniff yang masih pengsan. Dia menyimbah air kepada mereka bertiga. Mereka terus membuka mata dan memandang Nasrul serta penculik-penculik itu.

"Bro! Ok tak?!" Soal Nasrul kepada Zul yang paling hampir dengannya, "Ok. Dekat mana ni?" Zul memandang sekeliling gudang lama itu. "Woi, kau nak buat apa dekat kami ha?!" Haniff menyoal dengan nada yang tegas, "Nak apa? Hahaha.. nak duitlah!" Alif menjawab soalan Haniff lalu melagakan tangannya dengan Fauzi dan Ahmad. "Weyh, korang tak ada kerjakah? Dasar sampah masyarakat!"

"Woiiii!! Berani kau panggil kitorang sampah masyarakat?! Eeee! Ni yang buat aku marah ni!" Rudin yang hanya diam sejak tadi terus menyampuk, panas hatinya dengan kata-kata Zul. "Betullah! Korang tu sampah masyarakat! Puih!" Haniff meludah ke tepi, bertambah marah Rudin dibuatnya. "Bos, kita ajar sikit dorang ni. Tak reti nak hormat orang tua!" Kata Fauzi sambil memandang Haniff.
"Kau kerjakan kawan korang yang satu ni! Baru tau!" Rudin menuding jari ke arah Iman yang hanya diam, Iman yang kelihatan lemah itu ditarik oleh Ahmad bersama kerusinya sekali. "Ha, mulalah!" Kata Ahmad sambil mendongakkan kepala Iman, "Hoi! Korang nak buat apa tu?!" Alif memandang Nasrul dengan pandangan yang menjengkelkan, "Hahahahaha! Haiyyaaa!" Dia ketawa lalu menendang wajah Iman. "Wuhu!! Aku lagi! Aku lagi! Iyaaaaahhh!!" Fauzi menendang perut Iman sehingga Iman terjatuh ke belakang yang sengaja tidak disambut oleh Ahmad.

"Weyh, apahal kawan korang tu? Lemah semacam. Nak mati dah kah?" Kata Fauzi memandang Iman yang lemah, Ahmad membawa Iman duduk kembali. "Eh, bos! Badan budak ni panaslah!" Kata Ahmad yang baru terasa suhu panas dari tubuh Iman. "Laaaa.. demamkah? Hahahahaha!" Alif dan Fauzi ketawa menjengkelkan, "Dia tak makan ubat lagi agaknya." Bisik Nasrul kepada Zul. "Aduh Fir, apa penyakit dia datang sekolah tiba-tiba?" Bisik Haniff kesal. Kesian mereka melihat Iman yang lemah itu.

Isteri IstimewaWhere stories live. Discover now