SUDAH sebulan Delisha terlantar di katil hospital.Rafiq melihat wajah Delisha.Diusapnya pipi isterinya itu.
Satu tangan menepuk bahu Rafiq lembut.Rafiq menoleh dan melihat abang longnya tersenyum nipis.
Rafiq membalas dengan senyuman tawar.Sebulan dia tidak mendengar suara Delisha.Sebulan juga dia tidak melihat senyuman di muka Delisha.Rafiq mengeluh sekali lagi.
Wafie masih tidak ditemui sehingga kini.Wafie juga tidak menganggu Rafiq sejak Delisha dimasukkan ke hospital.
"Mama..kenapa kepala kakak Delly kena balut?"suara Raihan memecah kesunyian.
"Kakak Delly sakit sayang..sebabtu kena balut.."balas Tengku Zarina.
Raihan mengangguk.Dia berjalan menghampiri katil Delisha.Rafiq melihat sahaja kelakuan adik kecilnya itu.
"Kesian kakak..cepat sembuh eh kakak..nanti bila kakak bangun Raihan belanja kakak aiskrim.."kata Raihan lalu mencium pipi Delisha.
Rafiq tersenyum kecil.Dia kemudiannya mengusap lembut kepala Raihan.Suka betul tengok keletah adiknya seorang tu.
"Eh angah..tangan kakak Delly gerak lah.."jerit Raihan.
Rafiq terus mendekatkan dirinya dengan Delisha.Dipaut tangan isterinya itu.Mata Delisha terbuka perlahan.Rafiq tersenyum kecil.
"De..dekat mana ni?"suara serak Delisha kedengaran.
"Dekat hospital.."balas Rafiq.
Delisha mengerutkan dahinya.Dia menarik tangannya dari genggaman Rafiq.Dia memerhati sekeliling.
"Siapa semua ni?Aku kenal ke?"
Rafiq terdiam seketika.Dia tersenyum tawar.
"They're my family.."kata Rafiq.
"Siapa kau?Kenapa kau bawa keluarga kau?"Delisha bersuara sekali lagi.
Sebak ditahan.Senyuman tetap diukir di bibir.
"Memandangkan awak baru sedar..biar saya panggilkan doktor.."kata Rafiq.
Tombol pintu dipulas.Rafiq memandang Delisha sekilas lalu keluar.Keluhan berat dilepaskan saat pintu tertutup.Rafiq meraup mukanya.Ya Allah apa semua ni?Ujian apa lagi ni Ya Allah?
***
DELISHA memandang setiap orang yang berada di dalam bilik tersebut.Siapa diaorang ni?Kenapa aku tak ingat langsung?Kedengaran daun pintu dibuka.Seorang doktor muncul di sebalik pintu diikuti oleh Rafiq.Delisha mencuri pandang kepada Rafiq.Hensem.Tapi siapa dia?
"Hai Delisha..awak nampak sihat.."
Delisha melihat nama yang tertera pada baju doktor itu.Doktor Batrisyia.Wow nice name.
"Alhamdulillah doktor..tapi tulah saya terasa susah nak gerakkan kaki..kenapa ya?"
"Itu biasa..nanti awak akan jalani rawatan pemulihan..mula-mula memang susah..tapi nanti okaylah.."terang Doktor Batrisyia.
Delisha mengangguk.Doktor Batrisyia meneruskan kerjanya.Dia mencatat sesuatu di dalam rekod pesakit.Setelah selesai,Rafiq keluar bersama Doktor Batrisyia untuk berbincang sesuatu.
"Doktor isteri saya tak apa-apa kan?"tanya Rafiq.
"Alhamdulillah..dia okay..saya dah ambil sampel darah dia tadi..nanti kalau ada apa-apa saya akan beritahu awak..cuma dia kena stay dekat sini dalam dua tiga hari lagi untuk rawatan lanjut.."terang Doktor Batrisyia.
YOU ARE READING
En.Husband Mr.Poyo
General FictionMengisahkan Tengku Najmi Rafiqin dan Nur Delisha Damia yang baru berkahwin.Mereka merupakan pasangan suami isteri yang pelik tetapi sweet.Kadang-kadang suka bergaduh dan kadang-kadang suka bergurau. "Weh Fiq..aku rasa kan..kau patut makan ubat lah...