Bab 4 - peluang

9.2K 463 2
                                    

Zhafran turun ke tingkat bawah rumah banglo keluarganya. Dia mengurut tengkuknya yang sakit akibat tidur di sofa. Moodnya hilang serta merta apabila melihat wajah Farhana. 

"Zhaf, mari breakfast dulu."ajak papa. 

"Okey, papa." Farhana menuangkan kopi dalam cawan mereka semua kecuali cawan ibu. Cawan ibu dituangkan teh panas. 

Ibu dan mama keluar sambil bergelak sakan. Hubungan mereka seperti orang yg sdh lama kenal. Farhana duduk disebelah ibu. 

"Hana, pi duduk sebelah suami kamu."arah ibu.

"Ibu halau cek ka?"entah bagaimana Farhana boleh bercakap utara pulak.

"Dok aih. Cuba hang piqiaq sikit perasaan suami hang tuu. Jangan buat perangai ketegaq hang tu."mak aih! Farhana berpindah ke sebelah Zhafran. Zhafran pandang Farhana. Kening dijongketkan tanda tidak mengerti. Mereka berhubung secara telepati. 'Ibu sound aku. Siap cakap utara lagi!' 

Zhafran tahan gelak. 'Padan muka kau!'kutuk Zhafran apabila mereka berbual secara telepati. Farhana cebik bibir.

"Zhaf, macam mana rasa sambal bilis ni? Okey tak?"soal mama. Zhafran angguk.

"Sedap, ma. Cukup rasa. Ibu dgn mama ke yang masak?"

"Ish, apa pulak kami yang masak. Tu isteri kamu yang masak. Lepas subuh dah turun masak. Mama dgn ibu kamu ni baru juga turun ingat nak masak.tapi tengok semua dah siap."komen mama. Zhafran hampir tersedak. Selamba sahaja Farhana.

...................

Papa, mama dan ibu yang sedang duduk bercerita di ruang tamu terhenti bila melihat Zhafran dan Farhana masing - masing sudah bersiap untuk keluar. 

"Kamu berdua nk ke mana ni?"soal papa.

"Gym."

"Study."

Mereka berpandngan. Jawapan mereka berikan serentak pula! Papa bingung.

"Err.. gym atau study ni?"soal ibu pula.

"Study!"Zhafran memberi jawapan.

"Gym!" Itu pula jawapan Farhana. Masih serentak. "Hei, kau copy jawapan aku kenapa?"bisik Zhafran.

"Dah kau cakap nak pergi gym tadi. Aku cakaplah balik. Mana aku tahu kau copy jawapn aku pulak!"bidas Farhana. Gelagat mereka diperhatikan saja. Mereka kembali memandang yang lain. "Kitorang nak pergi study dulu baru nak ke gym pula." Jawapan selamat.

"Yelah. Jalan hati-hati. Zhaf, jaga isteri kamu elok-elok!"pesan mama.


P/S: sorry kalau tak best. Kalau rasa best keep vote ya? Tinggalkan komen juga supaya sis boleh perbetulkan lagi. Enjoy!


Kapten ragbi sekolah.. suamiku?!Where stories live. Discover now