1

14 3 1
                                    

NickNaufalThanks bruh untuk cover cantik ni...

Azwa melangkah masuk ke dalam sekolah dengan perasaan menyampah. "Malasnya nak datang kelas ganti ni! Dahlah penat ni! " omel Azwa sendirian. Orang di sekeliling yang melihat diendahkan. Perasaan marahnya membuak buak. Sesampainya di kelas, Azwa menuju ke tempatnya dan duduk. Satu keluhan berat dilepaskan. "Apasala ni bruh?" tanya Rania selaku rakan baik Azwa. Azwa hanya membisu. Penat hendak membalas."Diam! " kelas yang riuh sebentar tadi senyap. Semua melihat ke arah pintu. Puan Haswani,guru disiplin sekolah berdiri tegak di luar kelas sambil memegang rotan puakanya. Semua kelihatan takut. "Semua keluar! " arah Puan Haswani. Semua murid keluar dengan laju. "Memandangkan hari ni sikit je yang hadir, kamu semua kena gabung kelas dengan kelas hujung. " terang Puan Haswani. "Ala... " semua kelihatan tidak setuju. Puan Haswani melibas libas rotannya tanda 'jangan nak membantah'. Semua terpaksa akur. "Ikut saya. " Puan Haswani berjalan ke tingkat atas. Jejak langkah Puan Haswani diikut.

"Masuk! " arah Puan Haswni. Kelas tibgkatan 5. Kelihatan murid murid dari kelas lain sudah bersedia di dalam kelas tersebut. Azwa dan Rania duduk di bahagian belakang. Senang sikit nak berborak. "Azwa, kau ingat tak pasal folio yang Cikgu Hani suruh buat tu? " tanya Rania. "Ingat. Kenapa? " Azwa melepaskan begnya dari bahu. "Jomlah kita bincang. Keluarkan kertas kau. " jawab Rania. Azwa akur. Sebuah fail berwarna biru yang bersaiz A4 dikeluarkan dari beg. Sehelai kertas dikeluarkan untuk menulis nota. "Mmm... Bincang apa? " tanya Azwa. Rania menerangkan satu persatu maklumat. Fail biru itu diletakkan di dalam laci meja.

Kring!!! Bunyi loceng terakhir sudah kedengaran. Apa lagi? Baliklah. "Azwa, jejalan aku jom. " ajak Rania. "Taknaklah... Aku penatlah. " Azwa menggalas begnya lalu keluar dari kelas bersama Rania. Rania mencebik mendengar jawapan Azwa. "Ok. " jawab Rania ringkas.

"Buat kerja sekolah! " Azwa yang baru lepas menunaikan solat fardhu Maghrib itu membuka begnya dengan pantas. Kerja folio sejarah yang diberi cikgu bulan lepas masih tertunggak. "Mana ni? " Azwa mencari fail birunya yang mengandungi kertas kertas untuk folio tidak dijumpai. "Mana ni?! " Azwa cemas. Dia mundar mandir di dalam biliknya mengingati dimanakah tempat terakhir dia meletakkan fail itu. "Oh my goat!!! " jerit Azwa apabila teringat failnya yang diletakkan di dalam laci meja. Dahinya ditepuk berkali kali. Azwa semakin cemas apabila teringatkan kelas yang ditumpangnya ialah kelas tingakatn 5.

"Aik? Apa ni? " Zafwan hairan melihat fail biru di dalam laci mejanya. Tiada nama diletakkan pada fail tersebut. Zafwan melihat isi fail itu. "Sejarah tingkatan 4? Macam mana boleh ada kat sini? " Zafwan semakin hairan. "Ah! Lantaklah! Aku nak balas dendam kat budak sesi petang yang duduk sini. Mungkin benda ni kakak dia punya! " Zafwan mengeluarkan semua isi fail itu lalu diletakkannya ke dalam tong sampah. Fail biru yang kosong itu diletakkan di atas meja. Sehelai kertas diambil lalu menulis sesuatu. Kertas itu dilipat rapi lalu diletakkan ke dalam fail biru itu. Senyuman sinis terukir.

Fail Biru Saksi CintaWhere stories live. Discover now