KKAS / 26

592 31 4
                                    

SEMINGGU telah berlalu bermacam - macam ragam dia telah terima membuatkan dia rimas . Dia masih tidak mengetahui apa yang telah berlaku pada dirinya sehingga menjadi bingung . Bunyi mangkuk berlaga dengan dulang menyentakkan Qisha yang sedang mengelamun .

"Cik , makan sikit nak ? Nak dekat tiga hari cik tak makan nanti jatuh sakit susah" Pujuk jururawat itu dengan suara yang lembut .

Qisha pula mula merengus dan menjeling ke arah mangkuk yang berisikan bubur nasi . Tiada tanda - tanda membuka seleranya untuk makan langsung tambahan pula warna bubur itu juga pucat semestinya tiada rasa .

"Haih , sampai bila aku harus duduk di hospital ni lagi ? Aku dah sihatkan nak rawat apa lagi?" Bentaknya entah buat yang ke berapa kali .

Jururawat itu juga turut mengeluh lalu meletakkan kembali mangkuk ke dalam dulang.  Wajah masam Qisha dipandang lembut. 

"Cik belum sembuh sepenuhnya lagi . Ada beberapa rawatan yang cik perlu lalui sebelum keluar dari hospital" Balasnya dengan lunak. 

"Rawatan apa lagi ? Kau tahu tak aku keseorangan . Kenapa ummi aku tak datang melawat aku ? Kau tak bagi tahu dia ke aku dekat sini?" Kata Qisha lagi bersama beberapa tembakan soalan daripadanya .

Jururawat itu terdiam . Dia tidak tahu mahu memberi respon apa sedangkan Qisha belum tahu tentang keadaan yang sebenarnya .

"Cik tahu cik sakit apa?" Soalan Qisha tidak dijawab malah disoal dengan soalan lain .

"Tak! Aku sihat kenapa mesti kau tanya aku sakit apa?" Jawab Qisha bersama jelingan .

"Tak , cik sakit dan perlukan pemantauan . Cik nak berjumpa dengan ummi cik?" Soalan itu benar - benar menarik minat Qisha . Sesungguhnya dia amat - amat merindukan ibunya itu .

"Kau ada jumpa dia ke ? Bawakan aku pada ummi tolong aku rindukan dia" Rayu Qisha sambil meraih tangan jururawat tersebut . Rayuan Qisha dibalas dengan anggukkan .

"Boleh tapi dengan satu syarat , habiskan bubur ni dulu" Dengan dengusan yang panjang , akhirnya Qisha akur untuk menghabiskannya . Suapan demi suapan sehingga habis bubur itu dimakan .

Sehelai tisu diambil lalu dilap mulutnya perlahan sambil melihat jururawat itu tersengih lebar . Sedikit sebanyak ianya amat jelek bagi dirinya apabila dipaksa membuat sesuatu benda untuk mendapat habuannya .

Tak faham? Contohnya di dalam keadaan yang begini dipaksa makan bubur semata - mata untuk berjumpa dengan umminya . Namun , ianya adalah perkara kecil dan dia mampu untuk melunaskannya apa yang penting dia dapat melepaskan rindu pada Ummi sebentar lagi . Tapi entah mengapa dia rasakan keadaan sekelilingnya begitu pelik dan kekok . Seakan kekurangan seseorang atau sesuatu benda akan tetapi itu tidak pasti dan kurang jelas .

Dia cuba untuk mengimbas kembali perkara apa yang dia biasa lakukan ketika ini namun hasilnya sia - sia apabila sakit kepala datang menjengah . Dipejam mata sebentar untuk melawan sakit itu jika tidak , pasti jururawat ini akan menahannya untuk berjumpa dengan Ummi .

"Cik nak air?"

"Tak nak . Cepat bawakan aku kepada ummi" Pangkas Qisha cepat sambil berusaha sembunyikan sakit di kepala .

Tanpa banyak berdalih , kerusi roda diambil lalu diberhentikan dihadapan Qisha . Dengan perlahan - lahan jururawat itu membantu Qisha untuk duduk di kerusi roda . Usai , jururawat itu menyorong Qisha ke hadapan . Tanpa banyak soalan , Qisha akur kemana sahaja yang jururawat itu bakal membawanya .

Yang memelikkan lagi keadaan , Qisha tidak dibawa ke arah lobi namun dia ditolak ke wad pesakit yang cedera parah . Jantungnya berdegup laju bagai mahu terkeluar dari tubuhnya apabila dia diberhentikan di hadapan sebuah wad . Dia mendongak memandang jururawat itu untuk mendapatkan kepastian .

Jururawat itu bagaikan mengerti , terus sahaja dia menolak pintu wad itu sekali gus menampakkan wajah pesakit yang terbaring lemah dengan wayar yang berselirat di tubuhnya .

Bagai batu menghimpap dirinya kini , jantungnya seakan tidak berfungsi , hatinya yang sudah tidak sabar mahu menemui Ummi kini bertukar sedih dan hancur berkecai , lampu yang menerangi senyumannya kini mati dan pudar menemani kesedihan yang melanda dikala ini apabila melihat keadaan Ummi ketika itu . Seakan semua ini mimpi ngeri .

"Ummi..." Panggilnya lirih lalu bangun dari kerusi roda dan bergerak laju ke arah Ummi yang sedang terbaring lemah .

"Ummi.. Kenapa jadi macam ni ? Kenapa wajah ummi macam kena bakar ? Ummi bangun! Ummi!!" Raungnya sambil menyembamkan wajahnya ke dada Ummi .

Air mata laju turun membentuk anak sungai di pipi Qisha . Begitu pilu hatinya melihat keadaan Ummi seperti ini .

"Qisha , aku nak cakap sikit dengan kau" Lantas Qisha menoleh ke arah gerangan tersebut .

MATANYA kekal terpaku pada keadaan di hadapan . Riak muka di wajah memang sukar ditafsir oleh orang - orang yang melihatnya . Muram , masam , sedih , marah , atau termenung entah yang mana satu sedang Qisha alami .

Lelaki di sebelahnya menghela nafas sebelum memulakan perbualan .

"Kau betul - betul tak kenal aku ?"

"Tak" balasnya sepatah. 

"Kau tahu kau sakit?"

"Tak"

"Nak aku bagi tahu kau sakit apa?"

Diam .. Sunyi . Tiada balasan daripada Qisha . Mulutnya seakan terkunci untuk menjawab soalan Syukri disebelahnya .

"Just tell me what are you going to tell" Ujar Qisha tidak menjawab soalan Syukri .

"Kau amnesia Qisha . Ada kejadian buruk timpa kita sebelum kau amnesia!" Lantas dia menoleh ke arah Syukri namun riak wajahnya masih sama , poker face .

"And who are you?"

"Your family"

"Since when?"

"A few months ago"

"Where's walid?"

"He was dead" Jawapan terakhir Syukri mengundang rasa sedih yang menggunung di jiwanya .

Seperti baru semalam dia berjumpa dengan walid dan hari ini dia dikhabarkan bahawa walid sudah meninggal .

Qisha lantas berdiri dihadapan Syukri yang sedang duduk dibangku hospital dengan pandangan yang tajam serta jari telunjuk ke arah Syukri .

"Please don't talk nonsense! Impossible to me for amnesia! You as a stranger don't have nothing about myself!" Dengan suara yang perlahan tetapi keras dan tajam dia berkata . Syukri turut berdiri bertentang mata bersama Qisha .

"You need a prove ? You don't know how to fishing , you always late in dress up , your favourite food is junk food right ? Do you need more ?" Terkedu Qisha buat seketika . Namun semua itu belum cukup untuk buat dia percayakan Syukri .

"No , I don't trust you!" Usai berkata laju sahaja dia berpusing untuk meninggalkan Syukri namun Syukri lebih pantas mencengkam pergelangan tangan Qisha .

"And I'll make sure you put your trust on me sooner or later . And please don't think  I will stop following you . I am never! Untill you can remember me back get it?" Sehabis berkata , Syukri pula memulakan langkah untuk meninggalkan Qisha dibelakang .

Dia tercengang mendengar kata - kata daripada Syukri sebentar tadi . Kepalanya kini kusut dengan pelbagai masalah yang timbul . Sungguh dia keliru dengan keadaan sekarang . Dia terduduk di bangku tadi sambil memicit kepala yang dibaluti tudung .

"Who's the guy ? He is full of weird" Monolognya sendiri sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan hospital itu semula .

Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now