BAB 2

6.1K 272 78
                                    

"SELAMAT PAGI PUAN.."

Mereka menyambut Arianna, hormat. Arianna mengangguk dengan senyuman. Para kakitangannya duduk menunggu mesyuarat dimulai. Arianna pula duduk di atas meja sementara menunggu setiausahanya, Melanie siap menghulurkan topik mesyuarat mereka hari ini kepada setiap orang yang berada di ruangan itu.

"Encik Firdaus, awak pegang rekod kewangan kan?" Arianna bersuara

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

"Encik Firdaus, awak pegang rekod kewangan kan?" Arianna bersuara.

"Ya puan Arianna.. " Jawab lelaki separuh umur itu.

"Kenapa rekod kewangan untuk bulan lepas dan bulan sebelumnya menurun sedangkan rekod customer hotel kita meningkat dari masa ke semasa?" Soal Arianna.

"Er, saya tak pasti puan sebab yang update semua data tu Encik Ismadi. Saya cuma simpan rekod je.." Jawab Encik Firdaus.

"Encik Ismadi, sila jawab.." Pandangan Arianna beralih pada lelaki berkepala botak di tengah itu. Encik Ismadi kelihatan serba salah.

"Saya rasa saya tak ada buat silap puan. Saya yakin saya dah rekodkan semua sebelum ni.." Jawabnya. Arianna senyum.

"Habis tu, macam mana boleh salah? Kalau ikutkan, kita dapat keuntungan dalam dua hingga tiga puluh ribu. Tapi mana pergi duit tu?" Soal Arianna. Semua saling berpandangan.

"Nanti saya semak semula pu.. "

"Dengar sini ya, mungkin kamu semua nampak saya masih baru dan belum tahu sepenuhnya selok belok perniagaan jadi kamu rasa senang nak perbodohkan saya. Kamu salah! Walaupun saya tak setegas atau sebijak bekas CEO kamu sebelum ni, tak bermakna saya lemah. Kalau saya dapat tahu ada orang berani seleweng duit syarikat, saya tak teragak-agak untuk tamatkan riwayat kamu. Buatlah kalau berani.." Potong Arianna. Semua tunduk. Encik Ismadi tidak senang duduk.

"Lagi satu Encik Ismadi, tentang pembinaan hotel baru kita di area Shah alam. Rasanya bajet yang diperuntukkan masa pembinaan tu dah lebih dari cukup tapi kenapa kontraktor mengadu pasir dan simen tidak mencukupi?" Soal Arianna tegas.

"Puan, itu bukan tugas saya seorang. Encik Tan yang uruskan dengan saya. Tapi sekarang dia tak ada.."

"Sebab dia tiadalah saya tanya kamu. Sepatutnya kamu tahu sebab itu projek kerjasama kamu dengan dia. Bukan ke korang berkongsi semua maklumat tu?"

"Ya puan tapi.."

"Kamu pekerja lama Ramorez Hotels kan? Jangan fikir saya teragak-agak untuk memecat kamu kalau saya dapati kamu bersalah. Saya tak kira berapa tahun kamu sudah bekerja dengan abang saya selama ni.."

"Baik puan. Saya faham.. "

"Keep that in mind! " Arianna menunjuk kepalanya sendiri. Semua mengangguk.

"Itu sahaja untuk hari ini. Dismissed!" Semuanya beredar satu persatu.

Arianna keluar seiringan dengan setiausahanya.

"Mel, saya balik awal hari ini. Apa-apa hal just call me. Meeting dengan client awak dah tunda awal-awal kan?"

"Dah puan. Jangan risau. "

"Bagus. Saya balik dulu.. " Arianna berlalu. Butang lif ditekan. Sebaik sahaja tiba di tingkat bawah, Arianna melangkah keluar. Bahunya tiba-tiba dirempuh seseorang.

"Opss, sorry!" Perempuan itu meminta maaf. Arianna memaksa diri untuk senyum.

"It's okay.." Balas Arianna. Biasalah pelanggan, kena hormati. Dia menoleh semula ke belakang. Perempuan itu masih berdiri memerhatikannya sambil berpeluk tubuh. Dahi Arianna berkerut. Malas mahu memeningkan kepala, dia menekan kunci kereta.

PS/: MAAF SEBAB SLOW UPDATE. AUTHOR BUSY CARI REZEKI SO I'M AFRAID MDH2 WILL BE ON SLOW UPDATE MODE. HARAP BERSABAR YA? BILA FREE AUTHOR JANJI UPDATE DUA OR TIGA CHAPTER SERENTAK. ツ
..

Vous avez atteint le dernier des chapitres publiés.

⏰ Dernière mise à jour : Feb 18, 2019 ⏰

Ajoutez cette histoire à votre Bibliothèque pour être informé des nouveaux chapitres !

MAFIA DI HATI : WHEN THE PAST HUNTING (Slow Update)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant