Part 11

658 47 1
                                    

Part 11

Throwback Joe say Im sorry

Jane menyeka air matanya yang masih tersisa. Ikutkan hati, ingin sahaja dia terbang pulang ke Sabah menemui mamanya saat ini. Khabar tentang peristiwa mamanya jatuh tangga cukup membuatkan hatinya galau. Yalah...satu ja bah mama sa... bukan sepuluh...huhuhu...

"ok juga bah si mama...silahau jalah kaki dia skit... jan ko risau ok juga dia" kata-kata bapanya sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Tu memang ayat biasa si papa. Ayat bikin sedap hati ja tu!

"aik Jane..napa ko?" Katy yang baru selesai mandi terkejut melihat Jane yang sedang menangis.

Kenapa lagi ni? Katy hairan! Ndakkan putus cinta? Ndak sa pernah dingar dia becinta ni. Ndakkan fail exam? Mustahil! Jadi apa apaan ini? Katy penasaran sendiri!

"papa call...kestau mama jatuh tangga tadi...nasib silahau ja lah kaki dia..." Jane masih sendu. Sedih benar dia! Jane mengesat air matanya yang jatuh.

"dui gia...mcam mana blh jatuh?" Katy mengusap-usap belakang badan Jane.

Katy sangat maklum betapa rapat kawan baiknya ini dengan kedua-dua ibu bapanya. Mesti dia sedih gila ni sekarang... syukurlah silahau ja.. kalu patah, kali sekarang juga dia balik Sabah!

"ntah..papa pun ndak tau..salah step lah mama tu bilang papa tadi" Jane menyeka air matanya yang masih bersisa. Namun, wajahnya masih muram! Ketara benar kerisauan dia! Hilang semangat sa! Mama....

"bah...jgn ssh hati sangat.. papa ko bilang ok juga kan? Kasi doa ja mama ko cepat smbuh.." Katy berkata lembut.

Katy tidak tahu apa lagi yang perlu dia ungkapkan. Nanti kalu sa cakap lebih2... nanti makin sedih dia ni... kalu sa bilang... sudahlah tu... berentilah sedih... doi silap2 makin nangis ni anak!

Jane merebahkan diri di atas katil. Fikirannya agak kacau. Risaunya masih ada. Dia mengambil selimut dan menutup mukanya! Entah untuk apa! Kan bagus kalu sa mimpi...trus sa bulih tarabang balik Sabah...

"bah cepatlah siap..." Katy bersuara apabila melihat perbuatan Jane. Ei...jangan ni anak bilang ndak mo pigi?! Aik..ndak bulih ni... Jane mesti pigi... mesti dan wajib!

"malaslah..pigi jala ko..." Jane menjawab! Kan sa bilang! 

Besar mata Katy mendengar jawapan Jane! Sangkaan ku benar belaka... huhuh! No no no! Jane misti datang! Misti! Apa sa mo cakap supaya dia ubah fikiran ni a? Jane tiba-tiba hilang minat untuk menyertai Family Day ke PD. Benar2 hilang minat... fikirannya melayang pulang ke kampung halaman! Mama..

"ui na..janganlah kensel last minit Jane.. sdah lama kita plan ni.. bukan selalu dpt outing ramai2 gini..." Katy tidak sedap hati.

Na... amcam ni? Matilah kalu dia ndak pigi! Idea Katy idea... capat... misti mo pujuk dia ni! Apa mo cakap ni aa??

"marilah...sa tau ko susah hati pasal mama ko.. tp kalu ko gini... mama ko tau.. lagi dia susah hati.. lagi lambat dia sembuh nnt.." Katy menyambung. Memujuk! Ngamkah ayat sa ni? Macam bulih pakai ni kalu guna nama mama!

"ndaklah...ndada mood sda sa darl...pigi jala kamu... have fun. Send my regards to them... siou bilang" Jane menjawab dengan kepala masih berkelubung! Tiada tanda-tanda dia mahu keluar dari selimutnya! Adada... ndak jalan ayatan sa? Katy berfikir lagi!

"janganlah gitu bah Jane... ko susah hati pun.. bukan bikin sihat mama ko ni... bagus kita pigi... then sana nanti.. kita bulih minta tlg kawan2 lain pray for ur mum... kan lagi bagus?" Katy masih berusaha memujuk! Memang dia sangat bersungguh2 memujuk! Jane keluar dari bawah selimut dan duduk memandang Katy. Fikirannya masih melayang dan wajahnya kelihatan suram!

My Dear, Please Forgive MeWhere stories live. Discover now