Part 17

686 57 0
                                    

Part 17

Sejak akhir2 ini, hubungan Joe dan Jane sudah semakin baik. Walaupun Jane masih agak dingin, namun Jane sudah mula memberikan layanan yang agak baik terhadap Joe. Makan malam sentiasa ada, sarapan kadang2 ada.. tapi Joe tidak kisah! Hal Luke? Joe sudah menerangkan sebaik mungkin dan seikhlas mungkin.

So how is she? Dia tidak bertanya lebih lanjut. Dia malas untuk ambil peduli! Jane pasrah! Sa bunuh pun durang dua... apa untungnya untuk sa? For you Luke... karma itu ada... ko Joe... ndak lama sampai juga masa ko tu! Sabar ja lah sa!! Jane menghela nafas panjang!

Jane sudah mula menguruskan rumah seperti seorang isteri sebenar! Membersihkan rumah, mengemaskan rumah... mengemaskan bilik Joe dan pastinya semua perbuatan itu akan diikuti dengan bebelan yang panjang! Itu ini... begitu begini... bla... bla... panjang bebelan Jane! Namun, sebenarnya Jane tidak perlu bersusah payah melakukan semua itu.

Joe sudah mengaturkan 'weekly cleaning service' untuk membersihkan dan mengemaskan rumah mereka. But she insisted... bah iyalah.. and yet still pot pet pot pet... bah kasi iya juga! Yang penting dia happy! Then, as husband, yang paling menggembirakan Joe ialah setiap kali dia memeluk atau mencium dahi Jane, Jane tidak menepis seperti selalu! Oklah tu.. biarpun dia masih membatu! Apabila mereka berjalan berdua, Jane juga membiarkan sahaja Joe memimpin tangannya namun pasti Jane akan menghadiahkan Joe dengan jelingan tajam. Well...it also sooooo ok! Jane menjeling, Joe hanya tersengih! Its ok jeling ja! Ndak mati!

Joe sudah melakukan banyak perkara untuk menambat semula hati isteri kesayangannya. Macam-macam ok! Bagi bunga, bagi gift, spend time with her like went to movie together, jog together... what else? Full attention sdah kama sa bagi dia ni! He is just can't get enough to show his love to her!

Joe duduk menghadap TV sementara Jane duduk di sofa sebelahnya dengan hp di tangan. Itu keadaan biasa antara mereka berdua. Jane tidak pernah melayan Joe dengan baik, namun Joe juga tidak pernah mengharapkan lebih daripada itu. Jane sanggup tinggal sebumbung dan dapat melihat wajah kesayangannya itu hari2 sudah cukup menggembirakan Joe! Mission is still on! Mesti dia jatuh cinta juga sama tu sa nanti... Joe tidak sedar TV yang menontonnya dan dia pula merenung Jane lama! Bah baiklah!

"napa juga bah tu?" Jane tiba-tiba bersuara. Rimas direnung Joe sebegitu rupa. Pernah bah kan kamu rasa yang macam kana renung tu... then bila tgk...gotcha.. memang kena pun... lain2 kan rasa dia?

"nothing....menikmati keindahan ciptaan Tuhan" Joe ketawa kecil! Dei... mulau! Jane cepat men'scan' dirinya.. cukup bah kain sa nyari... apa kunu yang dia tinguk tu? Isk... Jane segera bangun!

"pi mana tu?" Joe bertanya.

"buat air.." Jane berlalu. Tidak lama selepas itu, Jane kembali dengan 2 gelas mug. Hm.... wangi ni nescafe... Jane senyum sumbing!

"na... for u..." Jane meletakkan salah satu mug itu di hadapan Joe sambil menahan ketawa. Wow seriously Jane? You did this for me? Joe senyum lebar selebarnya dan segera mendapatkan mug itu...

"Sayang... susu?" reaksi Joe itu membuatkan Jane ketawa besar! Joe hates milk! Muahahahahahhah!!!

"apa? Ngam baitu untuk budak macam ko... and supaya ko ngantuk... ndaklah tu mata bulat mo meninguk urang ja.... pervert" Jane masih ketawa. Adih ni anak!

"apa sayang bilang? Sa budak? Adih...." Joe segera bangun dan mula bergerak ke arah Jane. Melihat perbuatan Joe itu, Jane segera melarikan diri. Maka berlakulah adegan kejar mengejar antara mereka! So basically, siapa yang budak sekarang? Hm...

"hah...dapat pun sayang... sayang bilang sa budak?" Joe yang sudah berjaya 'menangkap' Jane terus menggeleteknya! Jane ketawa besar, teriak2 dia diperlakukan begitu! Joe meneruskan perbuatannya..

My Dear, Please Forgive MeWhere stories live. Discover now