PUDING ROTI ALA ARAB

203 2 0
                                    

Bahan-bahan:
(Hidangan untuk dua orang)
4 keping roti
4 sudu besar gula pasar
2 biji telur
2 sudu besar mentega
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan cornflakes
Bahan kering:
Badam
Kismis
Gajus  
Bahan untuk hiasan:
2 biji aprikot (dihiris)
2 biji kurma ( dihiris)
2 biji buah tin

Cara:
1) sapukan roti dengan mentega. Bahagian sebelah je.
2) potong roti pada 2 bahagian dan susun lapisan pertama ke dalam acuan.
3) masukkan cornflakes dan sedikit bahan kering.
4) susun baki roti untuk lapisan kedua dan taburkan baki bahan kering di atasnya.
5) dimangkuk lain, pukul telur dengan gula. Setelah gula hancur, masukkan susu dan esen vanilla.
6) kacau sebati dan tuang ke dalam acuan berisi roti tadi. Biarkan roti kembang sekejap.
7) masukkan adunan ke dalam pengukus. Kukus dalam api sederhana selama 20-25 minit, jangan buka pengukus selagi belum 20 minit.
8) boleh di makan semasa panas @ sejuk.
9) sedap di makan bersama aiskrim vanilla @ sirap strawberi.

ANEKA PUDING AGAR-AGARWhere stories live. Discover now