Prolog

264K 8.4K 250
                                    

Hujan yang turun dengan lebat tidak diendahkan. Tangisannya masih tidak dapat dikawal. Tidak sanggup dia meninggalkan tanah perkuburan itu. Hatinya terasa berat. Baru sahaja dia bersalam dan berpelukan dengan mereka pagi tadi sebelum pergi ke sekolah.

"Mummy, daddy, kenapa mummy daddy tinggalkan Ayna.." rintihnya perlahan. Air hujan telah bercampur dengan air matanya yang bagaikan tiada hari esok. Ayna menepis apabila Puan Hayati menariknya bangun. Dia tidak larat. Tidak larat mahu bergerak. Puan Hayati mengusap lembut kepala Ayna. "Hujan sayang. Jom balik" pujuk Puan Hayati.

"No, I don't want to go. Ayna tak boleh tinggalkan mereka di sini" Tangisannya semakin kuat. Kata-kata pujukan Puan Hayati tidak di endahkan. Kepalanya menggeleng-geleng tidak mahu pergi. Apabila teringat tentang ibu bapanya yang tidak akan ada di sisinya lagi membuatkan dia lebih sebak.

"Ayna, jangan macam ni sayang yang pergi biarkan dia pergi. Kita yang hidup kena teruskan perjalanan." Puan Hayati menarik Ayna ke dalam dakapannya.

Gadis berumur 15 tahun itu teresak-esak di tengah-tengah tanah perkuburan yang basah itu. Puan Hayati yang sedang berdiri di sebelah Ayna erat menggengam payung. Wajahnya muram, meraih simpati dengan gadis yang sudah kehilangan keluarga tersayangnya.

"Ayna tak sanggup aunty." rintih Ayna masih dengan tangisannya yang entah bila mahu berhenti. Kenapa cepat sangat mummy dan daddy tinggalkannya? Dia masih tidak cukup puas melihat senyuman kedua ibu bapanya lagi. Dia masih mahu mendengar suara mereka memanggil namanya lagi. Bagaimana dia mahu teruskan hidup tanpa ibu atau bapa di sisinya?

"Boleh. Ayna boleh. Ayna dah 15 tahun. tak boleh nangis." Encik Akmal di sebelah isterinya memujuk pula.

Air mata turun lagi.

"Jom sayang, hujan makin lebat. nanti demam." Puan Hayati menarik lembut tangan Ayna. Kali ini, Ayna hanya akur. Dia menoleh ke kubur arwah ibu dan ayahnya untuk kali terakhir sebelum meninggalkan kawasan perkuburan itu.

"Ayna, mulai harini, aunty dan uncle akan jaga Ayna elok-elok okay sayang?" pujuk Puan Hayati. Sementara itu, biarlah mereka menjaga Ayna. Mahu mencari ahli keluarga Ayna yang jauh dari sini.

Ayna termenung sendirian di dalam kereta. Badannya yng basah kuyup tidak dihiraukan. Hujan yang masih lebat di luar tingkap direnung. Kini dia perlu teruskan hidup di kala usianya 15 tahun? Tanapa adik beradik. Saudara mara yng jauh. Boleh kah dia lakukan tanpa ibu dan bapa di sisinya?

© cuteflwara 2017

visit my tiktok!!: @ cuteflwara

*quick note: i wrote this when i was 13 lol

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now