💮 Bab 17 💮

7.8K 677 81
                                    

Keadaan mereka berempat sunyi. Hyera melayani Hyerin, sementara Sehun pula sehabis daya menumpukan anak matanya ke arah Hyera. Chanyeol membuat hal sendiri dan sesekali berbual bersama Sehun. Yang keseorangan sekarang ialah Hanbyul. Makanan yang dipesan seakan tidak luak dalam pinggan. Berbulu biji matanya melihat kemesraan Sehun dan Hyera. Buat sakit biji mata.

"Papa Yeol,"

"Ya?"

"Boleh ambilkan tisu?" Hyerin menghulurkan tangannya ke depan supaya Chanyeol menghulurkan tisu buatnya. Chanyeol senyum dan ringan tangannya menarik tisu. Namun tiba-tiba tangan Hanbyul pula menarik dua tisu, kemudian dia letakkan pada tangan Hyerin.

"Nah, sayang."

"Terima kasih, doktor." Hyerin membalas nipis senyuman Hanbyul. Sehun menjeling, Hyera membiarkan sahaja. Tak ada apa yang nak dicemburukan walaupun dia tahu, tujuan Hanbyul menempel di sini semata-mata untuk bersama dengan Sehun.

"Hun, aku nak keluar sekejap eah? Ada call." Tiba-tiba, Chanyeol berdiri sambil melekapkan telefon pada telinga. Tidak sampai seminit, kelibat lelaki itu sudah hilang. Kini tinggal mereka bertiga sahaja di meja makan.

"So, Hyera. Macam mana life?" Soal Hanbyul secara mengejut. Mata Hyera sedikit membulat memandang Hanbyul, namun dikawal reaksinya sebaik mungkin.

"Emm... macam nilah. Macam biasa."

"Eh tak ada biasalah. You kan dah... menjanda sekarangkan?"

"Hanbyul, jaga mulut awak boleh?" Pintas Sehun, tegas. Hanbyul menekup mulutnya perlahan. Konon terlajak kata. Tetapi Hyera masih tenang. Sambil meletakkan kedua-dua tangan di atas meja, dia menjawab.

"Emm... saya rasa tak ada apa-apa yang berubah. Saya okey, dan saya bahagia dengan hidup saya." Kata Hyera. Dia memandang Sehun dan Sehun juga turut memandangnya dengan serius. Cepat Hyera alihkan mata.

"Awak bahagia dengan hidup awak?"

Hyera angguk. Hanbyul tegakkan tubuh.

"Jadi tak salahlah kan kalau saya..."

"Sayang, jom balik." Sehun berdiri secara tiba-tiba menyebabkan ayat Hanbyul terputus. Buat sekian kalinya kedua-dua wanita ini menganga. Anak kecil mereka berdua mendongak memandang si ayah yang nampak serius itu. Hanbyul menggerutu dalam hati, Hyera berdebar. Dia panggil aku, sayang?

"Err... saya..."

"Dah lewat. Jom balik." Tangan Hyera diraih. Tubuh Hyerin didukung. Terjerit kecil anak kecil itu kerana tindakan ayahnya yang agak kelam-kabut. Hanbyul pantas berdiri.

"Hello, excuse me?" Hanbyul menyapa.

"Maafkan saya, doktor. Saya dengan bekas isteri saya ada hal lain. So, jaga diri. Bagitahu Chanyeol, yang saya dah balik. Okey? Terima kasih." Kemudian, tanpa kata lagi, Sehun melangkah pergi membawa bekas isteri dan anak kandungnya keluar dari restoran 'neraka' ini. Hanbyul mengetap gigi. Bengang.

"Bodoh betul. Kenapa aku cakap macam tu?! Merosakkan rancangan jelah." Dicarut untuk diri sendiri. Beg tangan dicapai dan bersedia untuk beredar.

"Aik? Sorang-sorang je ke?" Chanyeol tiba-tiba datang dengan sengihan sinis. Telefon disimpan dalam poket.

"Habis? Awak nampak saya dengan siapa lagi?"

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now