💮 Bab 31 💮

6.2K 606 60
                                    

Hyera bangkit dari tidurnya awal sedikit dari Sehun. Dia iringkan tubuh dan menghadap Sehun yang masih lena dibuai mimpi. Satu keluhan berat dilepaskan perlahan. Kali ini Hyera merasakan sesuatu yang kurang enak. Entahlah. Firasatnya kuat mengatakan bahawa, perkahwinan mereka akan bergolak sekali lagi. Mimpi... dia mimpi sesuatu yang tidak enak.

Kemunculan seorang perempuan yang menginginkan Chanyeol dan dalam masa yang sama, cuba melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap perkahwinannya. Wajah perempuan itu tidak jelas pada matanya. Tetapi apa yang dia lihat, perempuan itu cuba untuk menarik Sehun dan Chanyeol menjauhinya dan Hanbyul. Siapa?

Dan habis macam itu. Petanda apa? Dia terlalu ingin tahu dan lihat siapakah perempuan yang cuba untuk 'menarik' Sehun darinya.

Drtt.. drtt..

Telefon bimbit Sehun bergetar di atas night stand. Hyera mengangkat kepala sedikit dan menjatuhkannya kembali. Kemudian matanya melihat jam. 4 pagi siapa yang nak mesej Sehun lagi?

Tangan Sehun yang berada di atas perutnya digalihkan perlahan-lahan. Gebar diselak dan mula mengatur langkah ke sebelah Sehun. Telefon bimbit suaminya dicapai dan dia melihat mesej itu semula.

"Apa lagi yang awak nak, Hanbyul..." Hyera membuka mesej daripada Hanbyul dan baca perlahan-lahan.

Sehun, Chanyeol masih berhubung dengan Ella. Macam mana saya nak move on dari awak kalau Chanyeol sendiri tak ikhlas cintakan saya?

Hyera sudah tidak tahu hendak memberikan reaksi apa lagi. Macam mana Sehun boleh tahan dengan sikap Hanbyul selama beberapa tahun ini? Kadang-kala dia juga turut hilang sabar. Tapi perasaan cemburu tu, memang tak boleh hendak ditahan. Walaupun dia tidak menunjukkannya di hadapan Sehun, tetapi cukuplah untuk dirinya sendiri sahaja.

Bosan dengan perkara yang sama, Hyera lepaskan telefon Sehun dan bergerak ke tandas. Selesai mencuci muka, dia kembali ke bilik dan bergerak ke almari pakaian. Kemeja Sehun dicapai untuk digosok. Dariapada dia fikir benda-benda yang boleh merosakkan keamananya bersama Sehun, lebih baik dia duduk berehat dan melakukan kerja-kerja yang mendatangkan faedah.

*****

"Awak nak keluar ke mana-mana ke hari ni?" Soal Sehun sambil melipat kemejanya ke siku. Tetapi Hyera senyap. Dia duduk termenung di atas gazebo untuk menemani Hyerin bermain di kolam ikan.

"Hyera,"

Masih senyap. Sehun tersenyum sumbing dan menapak ke arah Hyera. Dagu Hyera ditarik dan dikucup dagu Hyera perlahan.

"Berangan apa?"

"Hah? Awak panggil saya ke?"

"Taklah. Panggil gazebo ni. Dia ada keluar pergi mana-mana ke?" Selamba Sehun bertutur. Dia masih melipat kemejanya ke siku sambil menanti reaksi Hyera.

"Sorry saya tak perasan. Emm.. tak kut. Kalau ada bukan ada kereta. Kereta saya dekat rumah sewa." Kata Hyera. Sehun mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Awak fikir apa ni?" Hyera menggeleng.

"Tak. Tak ada apa-apa."

"Okay look, I'm sorry kalau ada buat salah yang saya tak nampak. You nampak serabut sangat, sayang. What's wrong?" Sehun masih tidak berputus asa untuk mengorek Hyera. Sesungguhnya sikap Hyera yang perahsia dan pemendam perasaan ini tidak boleh dihakis sejak dulu. Sejak awal-awal perkahwinan mereka dulu.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now