EPILOG 🍎

5.4K 277 44
                                    

HAZIQ menapak keluar dari kenderaannya. Persekitaran rumahnya dipandang sayu. Sudah hampir enam bulan dia tidak menjejakkan kakinya di rumah ini. Selama enam bulan juga, dia sekadar memandang rumah ini dari jauh untuk melunaskan rindu terhadap kedua-dua orang tuanya.

Niatnya untuk pulang bersama Syakira semalam turut terbantut apabila Bella tiba-tiba muncul kembali dan mengajaknya ke hospital untuk menemui Tuah yakni suami Bella. Terpaksalah Syakira pulang sendirian tanpanya.

"Kau pergi mana setan?" Haziq terpempan seketika. Belum sempat aku tutup pintu kereta dah ada yang sound? Segera Haziq menoleh ke belakang. Kelihatan Safwan susah bercekak pinggang di muka pintu rumahnya. Alah, jarak antara rumahnya dan rumah Safwan bukan jauh sebatu. Sepuluh langkah pun dah sampai!

"Kau ni...." Safwan meluru ke arah Haziq dengan berkaki ayam. Mungkin terlalu bengang dan marah dengan kehilangan Haziq yang mendadak itu. Haziq sudah teguk liur. Pintu kereta ditutup perlahan dan dia berundur setapak demi setapak. Gerun weh!

"Kau pergi mana?" Penumbuknya dikepal dengan kejap sebelum dihalakan ke arah Haziq. Mata Haziq membulat namun dia tidak mampu bertindak balas. Seakan membiarkan sahaja penumbuk itu singgah pada anggota badannya sebentar tadi.

"Kau pergi mana.." Suara Safwan kembali kini berubah kendur. Kelajuan penumbuknya semakin berkurang dan akhirnya dia menjatuhkan tangannya. Tidak jadi untuk menumbuk sahabat baik yang dirinduinya itu.

"Aku rindu kau." Terus sahaja dia memeluk Haziq yang masih tercegat tanpa suara dihadapannya. Semalam dia sudah mendengar cerita daripada Syakira bahawa Hazjq akan pulang hari ini. Seharian dia menunggu sahabat baiknya itu di muka pintu.

"Aku pun." Haziq membalas pelukan Safwan. Siapa tidak rindu lelaki itu? Siapa sahaja yang tidak merindui sahabat baik sendiri? Senyum dibibir kedua-dua sahabat baik itu akhirnya terukir. Lama mereka melepaskan rindu. Agak bromance disitu.

"Kau pergi mana?" Safwan menyandarkan badannya pada rangka kereta Haziq yang diparkirkan dibelakangnya. Haziq juga seperti Safwan.

"Sesat dalam hati adik kau." Jawab Haziq dengan main-main. Tak semenanya laju sahaja penyepak Safwan singgah pada tulang kering Haziq. Haziq menyeringai kesakitan.

"Seriouslah, mangkuk."

"Ada je. Practical for six months and finally aku dah berjaya dapat kerja tetap." Jawab Haziq dengan jujur. Serius dan tidak main-main seperti tadi.

"Kau marah aku sebab belasah kau hari tu?" Safwan menyoal lagi.

"Takdelah. Malah aku bersyukur kau belasah aku. Bergegar sikit otak aku ni. Berkesan jugaklah untuk tambahkan kecerdikan aku." Haziq berloyar buruk lagi. Sengih diukirnya saat Safwan menjegilkan mata ke arahnya.

"Aku minta maaf.." Pinta Safwan dengan perlahan.

"Takde hal lah." Bahu Safwan diraih dan dipeluk erat. Senyumnya diukir manis agar sahabatnya itu turut melakar senyuman. Sudah cukuplah episod duka lara antara mereka, biarlah bahagia pula memancarkan sinarnya.

"So..." Safwan berhenti berbicara seketika. Dia menarik nafas sedalamnya sebelum menghadap ke arah Haziq. Haziq mengerutkan keningnya. Hairan dengan Safwan yang tiba-tiba merenung ke arahnya.

"Kau betul-betul sayang adik aku?" Kali ini tiba giliran Haziq pula untuk senyap seketika. Lidahnya kelu dan dia sedikit terkejut dengan soalan daripada Safwan. Wajah Safwan dipandang dengan tidak percaya.

"Jawablah." Sambung Safwan lagi. Namun Haziq masih diam membisu.

"Takpelah. Lupakan ajelah soalan tu. Aku balik dulu." Safwan mula membuka langkah untuk meninggalkan Haziq. Sengaja untuk mengacah jejaka itu. Usik-usik manja gitu.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now