Yoongi's POV
"Yoongi-yah, jom keluar jalan-jalan. Bosanlah duduk sini" Aehwa memanggil aku. Mulutnya dia muncungkan. Serupa itik dah aku tengok.
Aku buat tak endah lalu sambung bermain dengan telefonku. Aplikasi Twitter aku buka.
"Yoongi-yah"
Aku buat tak endah lagi, masih pada telefonku.
"Min Yoongi"
Kali ni, dia bangun dari katilnya lalu duduk di sebelah aku di sofa berdekatan balkoni wadnya.
Sekali lagi, aku buat tak endah.
"Yoongi oppa~"
Aduh suara comel dia. Ni yang aku lemah ni. Tahu-tahu je kelemahan aku bila dipanggil dengan suara macam tu. Tambah pula Aehwa mencuit-cuit lengan kananku.
Telefonku aku tutup dan tatap wajah Aehwa. Dia masih lagi muncungkan mulutnya. Eee! Aku cium nanti baru tahu.
"Nak apa?" Wajah dingin aku tayang pada Aehwa. Dia dah buat muka merajuk.
"Jomlah pergi jalan-jalan dekat luar tu. Saya bosanlah duduk dalam bilik ni" kata dia sambil melaga-lagakan jari telunjuknya. Jarinya itu dipandang.
Pandanglah aku! Aku lagi handsome dekat depan kau ni!
"Jomlah~" ajak Aehwa lagi. Kali ni dia kembungkan pipi dia. Automatiklah bibir dia pun muncung sekali.
"Yelah yelah" Terus aku bangun dan berjalan keluar dari wad ini.
"Yah! Yoongi-yah, tunggulah saya!"
Aku buat tak endah dan terus berjalan ke taman yang terletak di tepi hospital.
---
Aku bosan.
Lama betullah Aehwa ni berjalan. Bunga je pun. Itu pun nak puji bagai. Aku yang lagi handsome, tampan dan kacak ni tak nak puji pula.
"Ae" Aku panggil dia namun, Aehwa buat tak endah.
"Aehwa" Aku panggil dia sekali lagi. Sama. Dia tetap buat tak endah.
"Eun Aehwa" Aku panggil lagi. Tetap sama.
Padan muka kau, Yoongi. Palau dia lagi tadi. Kan dah kena palau juga.
"Aehwa sayang~"
Aduh! Geli pula cakap macam tu.
"Nae?" Aehwa berpaling dengan satu senyuman manis bibirnya. Amboi! Kena panggil sayang baru nak pandang ya.
"Duduk sini" Aku menepuk perlahan ruangan kosong bangku yang aku duduk.
"Nae" Aehwa menurut. Dia duduk di sebelah aku namun, matanya masih memendang bunga-bunga di taman di hadapanya.
"Aku masih ada dekat sini, Aehwa. Jangan buat macam aku ni tak wujud" Aku cuba mengawal nadaku. Tak sampai hati nak marah.
"Ya, saya nampak" Aehwa pandang aku sekilas dengan senyuman manis di bibirnya.
Aku menghela nafas berat. Sabar, Yoongi. Sabar.
"Ae, aku... nak tanya ni"
"Tanyalah"
Matanya masih memandang kuntuman bunga di hadapannya.
"Masa aku tengah bercakap, pandang muka aku!" Aku tinggikan sedikit suara.
Terhinjut sedikit bahu Aehwa tatkala aku tinggikan suara tadi. Matanya kelihatan sedikit berkilauan. Mahu menangis mungkin.
"Now, explain"
"Explain... what?"
"Kenapa kau masih lagi ada dekat sini sedangkan kau kata kau dah sihat seminggu yang lepas?"
Aku silangkan tangan di dada, menanti penjelasan dari Aehwa.
"Kenapa tak jawab?" Aku menyoal Aehwa.
Aehwa menundukkan kepalanya. Dia menggenggam erat hujung baju hospital yang dipakai. Setitik air matanya jatuh ke atas belakang telapak tangan kanan.
"Nae. Takpa kalau kau tak nak jawab. Aku boleh tanya Doktor Son sendiri" kataku seraya berjalan meninggalkan Aehwa sendirian di taman itu.
"Yoongi"
"Yoongi-yah"
"Min Yoongi"
Aku endahkan panggilan Aehwa dan terus menuju masuk ke dalam lobi hospital.
---
Aehwa's POV
Aku terus-terusan memanggil nama Yoongi sehingga dia hilang dari pandanganku.
Air mataku gugur ke bumi. Hujung baju aku genggam erat. Bibir bawah aku ketap, cuba untuk menahan diri dari terus menangis.
Aku sepatutnya bagitahu hal sebenar dari awal. Tapi, semuanya sudah terlambat.
Aku pengecut.
Aku penakut.
Aku lemah.
Aku tak layak untuk Yoongi.
Aku tak layak untuk semua orang.
Ya. Aku tak layak untuk dunia juga.
Mungkin... aku patut pergi. Pergi berjumpa kedua ibu bapaku di sana.
"Uhuk uhuk"
Mulut aku tekup dan cuba teka apa. Ya, darah. Aku tersenyum nipis.
"Ae, kamu semakin menghampiri tahap 4. Kamu tak makan ubat ke?"
Terngiang-ngiang kata-kata Doktor Son kepadaku seminggu yang lepas.
Baiklah. Aku mengaku aku tak makan ubat sejak seminggu yang lepas. Aku rasa, aku kini berada di tahap 4.
Tak lama lagi, aku akan berjumpa dengan kedua ibu bapaku.
二十九

YOU ARE READING
Delight | myg ✔
Short Story[ complete ] ❀ Delight - did you have a cozy dream? Were you so happy? Just delight, broken night I didn't even know you were suffering day by day That you couldn't escape the times when you liked only me """"""""""""" beaut...