No one's POV
Aehwa memandang katil wadnya yang kosong. Hari ini dia dipindahkan ke satu hopital terbaik di New York untuk rawatan lanjut. Berat hatinya untuk meninggalkan rakan-rakannya di sini yang banyak membantunya selama dia berada di sini dan ketika dia sakit. Terutamanya Yoongi, orang yang dia cintai sepenuh hatinya dan orang yang banyak membuatkan dia bersedih.
Aehwa melepaskan keluhan berat.
"Ae?"
Aehwa menoleh ke belakang, memandang orang yang memanggilnya sebentar tadi.
"Jom. Flight Ae lagi tiga jam nak berlepas. Nanti terlepas" ajak Jin.
"Nae. Jin pergilah dulu. Nanti Ae ikut" kata Aehwa sambil cuba tersenyum lebar.
"Nae. Jangan lambat-lambat. Nanti si Hoseok tu marah" Jin mengingatkan Aehwa sebelum melangkah keluar dari wad Aehwa.
Aehwa kembali merenung katilnya yang kosong. Kenangan lampaunya bersama Yoongi diimbasnya satu per satu. Yoongi yang menjaganya ketika dia sakit. Yoongi yang tidak tahu tentang keadaan kesihatan sebenarnya. Yoongi yang selalu tertidur di sofa akibat terlalu bosan. Yoongi yang selalu memberi senyuman manisnya kepada Aehwa. Yoongi yang membuatkan Aehwa menangis setiap malam kerana memikirkan Yoongi. Dan, Min Yoongi yang telah mencuri ciuman pertama Eun Aehwa.
Tanpa sedar, Aehwa tersenyum sendirian di situ.
"Woi! Cepatlah. Penat aku tunggu dekat kereta"
Terus senyuman Aehwa mati lalu dia mencapai tas tangannya di meja yang berada di sebelah katil.
---
Lapangan Terbang Incheon, Incheon
"Ae, jaga diri duduk sana. Jaga makan. Dengar cakap doktor. Jangan merayau sorang-sorang. Jangan—"
"Jin hyung ni macam omma Aehwa pula. Bebel je kerja" sampuk Jimin.
"Aku tengah bercakap. Jangan menyampuklah, pendek" Jin memukul bahu kanan Jimin.
"Nae. Ae ingat semua tu. Jin janganlah risau. Hoseok kan ada" kata Aehwa lalu memberikan senyuman yang manis.
"Hoseok tu bukannya boleh percaya sangat" kata Jimin lalu menjeling Hoseok. Hoseok turut menjeling Jimin.
"Sekurang-kurangnya Ae lebih percayakan dia dari Jimin" kata Aehwa sambil tersenyum sinis. Kelihatan Hoseok tersenyum kemenangan di sebelah Aehwa.
"Ohh pandai dah sekarang melawan. Siapa ajar, huh?" Jimin mengecilkan matanya yang sudah kecil itu.
"Budak tu nama dia Park Jimin" balas Aehwa lalu ketawa kecil.
"Amboi amboi. Memandai je" Jimin mencekak pinggangnya.
"Sudahlah tu, hyung. Sampai bila nak habis ni?" Jungkook menolak Jimin ke belakang sedikit, jauh dari Aehwa.
"Ae, jaga diri dekat sana. Kook tak ada nak jaga Ae. Kalau rindu Kook, call je. Hee..." kata Jungkook lalu tersenyum menampakkan gigi arnabnya.
"Ae, dekat sana nanti, Tae nak ole-ole teddy bear yang paling besar yang ada dekat sana" pinta Taehyung lalu mendepakan lengannya.
"Kookie nak teddy bear juga" jerit Jungkook sambil mengangkat tangan kanannya tinggi ke udara.
"Chim pun nak teddy bear juga" Jimin yang berada agak belakang dari mereka terjerit riang sambil tersenyum lebar.
Aehwa hanya tersenyum manis lalu mengalihkan pandangannya kepada Namjoon.
"Namjoon cuma nak Aehwa selamat sampai dan balik sini" kata Namjoon lembut lalu melamparkan senyuman manisnya.
"Aku cuma nak kau jaga diri dekat sana" kata Jin pula lalu mengusutkan rambut Aehwa.
"Alang-alang kau dekat New York tu, belanjalah aku perfume mahal satu" sambung Jin lalu tersengeh seperti kerang busuk.
"Eleh hyung ni. Sama je dia" kata Jimin lalu menjeling Jin.
"Jom, Aehwa. Lagi satu jam nak berlepas" kata Hoseok lalu menarik sedikit lengan kiri Aehwa.
"Nae. Annyeong semua" Aehwa melambai ke arah mereka sambil tersenyum lebar.
"Annyeong Aehwa, Hobie" jerit mereka sambil melambai-lambaikan tangan mereka.
Hoseok mengenggam tangan kiri Aehwa sambil berjalan ke balai pelepasan.
Tiba-tiba, seseorang memeluk erat Aehwa dari belakang. Automatik langkah Aehwa terhenti. Begitu juga Hoseok.
Aehwa terkaku. Hanya berdiri statik di situ. Dia tahu siapa yang sedang memeluknya dari belakang itu sekarang.
"Jangan pergi"
三十六

ESTÁS LEYENDO
Delight | myg ✔
Historia Corta[ complete ] ❀ Delight - did you have a cozy dream? Were you so happy? Just delight, broken night I didn't even know you were suffering day by day That you couldn't escape the times when you liked only me """"""""""""" beaut...