BAB 1

14.1K 171 6
                                    

     Di sebuah desa,ada seorang gadis yang sangat cantik bernama Cinderella. Cinderella tinggal bersama bapa dan ibu tirinya. Ibu kandungnya telah lama meninggal dunia. Oleh kerana bapa Cinderella selalu keluar berdagang. Cinderella selalu ditinggalkan dengan ibu dan dua orang kakak tirinya. Mereka tidak sukakan Cinderella dan selalu menyuruh Cinderella melakukan kerja-kerja rumah. Cinderella berasa..."

               Pap! Buku di tangan Zuyyin ditutup sebelum ditarik. Terus Zuyyin angkat muka. Dia memandang muka selamba si tukang tarik buku itu.

           " Weh,kau dah kenapa? " soal Zuyyin tidak puas hati. Medina buat tak dengar.

          " Cerita tu cerita tipu. Una tak payah dengar, ya? sekarang ni Cik Dee bagi duit,pergilah beli aiskrim ke,gula-gula ke,ada pekdahnya juga daripada dengar mak su ni menipu." Medina menghulur lima ringgit pada Una yang terkebil-kebil memandang dirinya dan Zuyyin.

         Tak sampai lima saat, Una dah bersorak gembira dan lari keluar.

        "Amboi,selambanya kau halau anak saudara aku,ya? Aku ke kau mak saudara dia?" Zuyyin mencekak pinggang sambil memandang Medina.

         Medina buat tak dengar. Bukan tak biasa menghadap Zuyyin versi mak singa kena sembelit ini. Sikit pun tak ngerilah. Perasaan takut dah lama lupus dalam kamus hidup dia.

        "Tak baik menipu budak,tahu? Ada ke cerita macam ni cerita kat budak? Nonsense." Medina membelek buku Cinderella yang nipis di tangannya itu. Kemudian dia mencebik sebelum mencampak buku tersebut ke atas katil.

        Siapalah pereka cerita karut ni? Kalau aku kenal,memang aku dah brainwash seround sebab dah wujudkan cerita dongeng tak guna macam tu!

        "Apa pula yang menipu? Best tahu cerita ni? Aku suka." Kemudian Zuyyin mengambil buku tersebut. Dibuka dan dibelek pada muka surat terakhir.

       "Putera akhirnya berjumpa dengan pemilik kasut kaca itu. Putera rasa sangat gembira kerana dapat bertemu dengan Cinderella yang dicintainya. Akhirnya,Cindetella dan putera raja berkahwin dan hidup bahagia.Tamat."

      "Phuiii...penipu gila.Macamlah dalam dunia ni dia tu aje yang ada saiz kaki macam tu? Kasut kaca pula tu? Tak logik langsung. Aku rasa belum sempat Si Cinderella tu pakai,dah masuk operation theatre sebab nak buang kaca masuk kaki. Kalau aku jadi Cinderella tu,memang aku dah mintak kasut emas daripada pari-pari. Boleh juga dibuat gadai. Dapat duit," komen Medina.

      "Haaa...lagi satu! Yang ni aku dok musykil sampai sekarang. Cinderella kena balik rumah dia sebelum pukul dua belas tengah malam. Kalautak,Cinderella akan berubah jadi Cinderella yang lama. Kuda jadi tikus balik. Carriage pun jadi labu balik. Baju dia jadi buruk. Tapi kenapa kasut dia dengan putera tu tak hilang-hilang? Cun aje dalam simpanan putera. Tak ke pelik? "

      Terus tergelak Zuyyin mendengar teori Medina. Jauh betul pemikirannya. Tak tercapai dek akal manusia lain. Kalaulah wujudnya persatuan Belia Benci Cinderella,memang dah tahu siapa pengerusinya. Dia memang dah maklum Si Medina memang anti dengan cerita Cinderella itu. Tapi dia memang suka mengusik perempuan itu.

      "Biarlah,nanti dapat kahwin dengan anak raja juga,Happy."

       "Huh! Tak semua kisah happy ending macam tu." jawab Medina.

Hero Seorang Cinderella ( KARYA ANJELL )Where stories live. Discover now