BAB 13

2.7K 53 8
                                    


Jam di tangan menunjukkan pukul 5.30 petang.Cuaca yang sangat sesuai untuk orang ramai berjalan-jalan di tepi pantai yang cantik itu. Hanya beralaskan selipar jepunnya, Medina duduk bersendirian menghadap pantai. Zuyyin entah ke mana perginya. Puteri ? Malas dia nak ambil tahu.

         "Eh,Medina," Ada suara menegur Medina. Medina terus berpaling.

           Beberapa meter dari tempatnya duduk,nampak Farizzam tengah tersenyum manis memandangnya.Wajah lelaki itu pun nampak macam terkejut bila terserempak dengan dia. Alah...apa nak pelik ? Tempat kecik. Pusing-pusing, jumpa muka sama jugak.

           Tak lama lepas tu, lelaki itu turut menghampiri Medina. Dia duduk di sebelah Medina tanpa dipelawa. Sama macam Medina, seliparnya turut dijadikan alas punggung.  

         "Sorang je? Mana yang lain ?" ramah Farizzam bertanya. Dia perasan juga yang Medina ni suka sangat bersendirian. Tengku Ian pun selalu cakap benda yang sama. 

         "Saja nak bercinta dengan alam petang ni.Taknak orang lain kacau," jawab Medina.

         "Alamak...saya dah jadi orang ketiga dalam percintaan Medina dengan alam ke ?"

         "Eh, mana adalah ! Tak kacau pun," Jawab Medina sambil cuba menahan gelak. Entah kenapa dia rasa lucu dengan kata-kata Farizzam itu.

          "Ku Zam pun sorang ke ?"  soal Medina pula. Mana lagi dua orang dayang ? Selalunya nampak mereka selalu bersama. Pagi tadi pun sempat nampak mereka di kaunter depan. Bila ditanya, kata mereka mahu mencuba scuba diving.

             Dia pun dipelawa. Cuma Medina yang malas nak pergi. Pergi buat apa? Bukannya dia ada lesen menyelam. Kalau pergi setakat tukang jaga bot atau hai-hai bai-bai dengan air laut, baik dia bercinta dengan katil dalam bilik.

            "Yup, cuma sorang. Dua lagi dah ke dunia lain. Penat sangat agaknya," cerita Farizzam pula.Memang Tengku Ian dan Luke awal-awal lagi dah cari katil. Stamina mereka dah habis selepas aktiviti menyelam pagi tadi.

            "Ku Zam tak penat ke?" Soal Medina lagi.

              Farizzam senyum dulu.

            "Saya tak menyelam pun tadi. Takde lesen.Cuma temakan Ian dan Luke menyelam.Medina pagi tadi buat apa?" 

            "Takde buat apa-apa.Berehat dalam bilik.Malas nak keluar. Buat apa nak cepat-cepat cuba semua? Masih ada banyak masa lagi,"balas Medina.

               Betul tu. Terkurung di pulau ni selama sebulan lagi. Kalau dah cuba semuanya sekarang, silap-silap bercakap dengan bot dia nanti sebab bosan.

            "Ku Zam dah berapa hari kat sini. Macam mana? Rasa seronok tak ?"  tanya Medina pula. Nak juga tahu pandangan orang hebat macam Ku Zam tentang pulau ni.

            "Seronok. Boleh buat itu,boleh buat ini. Macam-macam boleh cuba.Rasanya kalau ikut pakej yang dah ditetapkan memang tak cukup nak buat semua. Pantai pun cantik.Tempat snorkeling pun cantik," jawab Farizzam. Itu yang dia rasa.

              Sebut pasal bersnokel, terus Medina ingat sesuatu.

             "Ku Zam, pasal snorkeling tu,saya nak minta maaf bagi pihak Puteri.Saya tahu Puteri agak melampau hari tu."Medina minta maaf. Sebab dia tahu perangai Puteri hari tu macam nak minta cium kaki. Mengada tahap tak ingat.Rasa nak selam laut je kepala Puteri lama-lama tiap kali dengar suara merengek Puteri dekat Ku Zam. Entah apalah Ku Zam fikir nanti.

Hero Seorang Cinderella ( KARYA ANJELL )Where stories live. Discover now