thirty.jk

11.4K 1.8K 669
                                    


****

aku terus melewati narae. dan berlari keluar dari rumah tersebut, walaupun kedengaran suara mereka memanggil. tapi aku endahkan.

sial.

air mata yg mengalir menyapa pipi aku seka kasar. rasa hati aku macam dikoyak-koyak. sakit. aku nak mencarut lagi.

isk.

TAK GUNA

tah sibuk lari aku terjumpa taman permainan, bebudak kat sini pandang aku pelik je. apa tak pernah tengok perempuan menangis ke?! ish.

aku labuhkan punggung pada bangku yg berdekatan di situ. hujung lengan dah lencun dengan air mata. hingus pulak leleh.

jungkook,..

aku benci kau jugak.

****

badan aku letih, rasa lesu. cuaca kat luar ni pun dah sejuk semacam. bibir mengering. tadi aku dapatkan teksi untuk hantar aku balik.

sekarang langit dah gelap. seharian aku duduk dekat dalam bilik karaoke tanpa menyanyi. puas menangis, mata pun dah macam span.

" kamsa, ahjushi. " aku membuka pintu kereta.

" nae, kamu okey ke? " ahjushi itu menyoal.

aku tersenyum nipis. " em,nae. "

langsung langkah kaki menjejak ke luar. sejuk.. haih aku patut dapatkan katil aku sekarang. dah memberat je rasanya sekarang ni.

" yah yoonji! "

aku mendongak perlahan, wajah jungkook yg kerisauan memenuhi ruang mata. dia berlari mendapatkan aku.

sebaik sahaja dia betul-betul rapat dengan aku, badan aku terasa membeku dan statik. mata aku terbuntang luas. jantung aku berdegup kencang, nafas mula tidak teratur—

jungkook tarik aku masuk dalam pelukkan dia.

ini bukan yg aku nak. aku.. aku nangis isk.. babi glapgpsmflaogpslh

jungkook menjatuhkan dagu dia pada bahu aku, tangannya pula mendakap erat tubuhku. entahlah rasa sejuk yg sungguh tadi macam dah dibakar dengan kehangatan badan lelaki ni.

sampai aku rasa..selesa.

" kau..tahu tak aku risau? "

aku membisu tidak membalas. sebenarnya mulut aku macam terkunci. tak tahu apa aku patut buat. menangis tanpa suara betul-betul menyeksa.

" y-yoonji.. "

dengan penuh kemarahan aku menolak dada jungkook kasar sehingga dia tersentak ke belakang.

perasaan yang mereda tadinya naik meruap sekelip mata.

" k..keluar.. "

" KORANG BERDUA KELUAR! " bibir aku menggeletar. air mata terus menerus turun. hidung kembang kempis.

" yoonji-ah.. aku tak ada niat. tolonglah dengar dulu penjela—"

" a-awak.. " aku memintas jungkook. " awak pun sama macam dia. saya benci awak. korang berdua boleh berambus dari sini sekarang. "

lelaki yang boleh digelar 'abang' kepada aku itu akhirnya mengorak langkah mendekati aku secara perlahan.

namun aku berundur.

" yoonji-ah. abang rindukan kamu. " kata yoongi.

 " kata yoongi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ha..

itulah dia. min yoongi. lelaki yang terpisah dengan aku, dan sekarang muncul depan mata.

" keluar dari tempat ni. " aku melarikan pandangan.

" min yoonji.. "

" aku, han yoonji. "

" baiklah, abang akan keluar. tapi bukan jungkook. "

aku langsung tak dapat lihat cara dia pergi macam mana, malah muka dia sikit pun aku tak pandang.

entahlah, rasa marah tu buat aku jadi macam ni. memori yang terlekat dalam otak aku dan masih tersimpan rapi, tak dapat nak dipadam.

setiap detik..saat.. aku pasti akan ingat semuanya.

aku melepaskan keluhan, dia dah pergi.

" yoonji ah.. kau tak patut buat abang kau macam tu. " pujuk jungkook.

muka dia aku pandang kesal. bawah bibir aku ketap, kalau boleh sekali lagi aku diberi peluang untuk tampar dia. mesti aku buat.

" tch, saya nak awak balik rumah awak. mulai hari ni saya tak nak kenal awak, dan..awak boleh pergi dari hidup saya. "

aku terus berjalan melewati dia, tetapi tidak semudah itu untuk melepasi jeon jungkook.

" apa salah aku? kenapa kau marahkan aku? yoonji, kau kena sedar yoongi tu abang kau. kau patut hormat dia. "

" aku, tak nak perkara yg sama berulang. aku menyesal buat kau sakit macam ni. aku dah janji dengan omma dan appa kau untuk jaga kau. "

aku merentap pergelangan tangan aku.

" saya fikirkan selama ni awak ikhlas, haha.. rupanya awak komplot dengan dia. awak kenal dia.. "

" tak. kau salah faham, aku—"

" cukuplah. sebab tu awak pun sama macam dia. sekarang, saya nak awak pergi. "

_______

Snap + jjk Where stories live. Discover now