Aku Menulis Tentang kesakitan Cinta (Bahagian 1)

91 1 0
                                    

Ini kisah tentang aku yang kebiasaan namaku disebut-sebut oleh kebanyakan orang sebagai Firdaus. Aku menulis ini sedang aku bermonolog untuk tujuan iktibar untuk semua berkisarkan titian kehidupan.

        Setiap manusia memiliki ujian yang tersendiri dikurniakan oleh Allah swt. Demikian juga dengan diriku ini. Aku yakin bahwa sebelum ini aku alami kesemua onak dan duri itu sebagai tanda Allah swt sedang sayangi aku. Kisah aku ini jika diperincikan lagi berkisahkan cinta. Sekarang iyalah aku sudahpun mencapai usia 61 tahun. Akalku masih teringatkan kisahku yang kesakitan itu. Aku pada usia muda sekitar 21 tahun hingga mendapati isteriku itulah tempoh kesakitan yang tersangat. Siapa saja yang tak terasa sakit apabila hati selalu teruji. Kata syair Melayu yang mungkin terbit dari bibir orang-orang lama dahulu, 'Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu'. Itulah hakiki aku tika usia tersebut.

        Menjadi persoalan ramai kalangan anda yang membaca kisahku ini akan hal 'Apakah yang menjadi sakitnya cinta apabila masanya sudahpun memang patut hadir tika usia itu?'. Kisahnya aku mulakan pada pertemuan pertamaku dengan Asiyah. Jika diikutkan dialah yang ketiga mengetuk pintu hatiku. Tetapi dua orang yang pertama itu aku hazafkan disebabkan itu hanya sekadar cinta monyet yang langsung tiada masa depan. Hanya suka-suka. Aisyah bagiku merupakan seorang yang sangat taatkan agama. Taatkan ibubapa. Lainnya pada dirinya adalah dia masih di bangku persekolahan. Pada tika itu dia masih di tingkatan dua, sedangkan aku berusia 18 tahun. Itulah yang mungkin membuatkan aku berfikir banyak kali juga. Tetapi kami tetap meneruskan perhubungan itu. Taaruf untuk saling mengenali. Kami langsung tiada perjumpaan atau istilah orang muda sekarang dipanggil date. Tidak sama sekali. Hanya short message system (sms) saja pendekatan yang kami gunakan. Aku peroleh banyak pengenalan tentang perempuan dan juga liku-liku gaya hidup perempuan yang lebih daripadaku. Tetapi hubungan ini hanya bertahan hanya setahun lebih disebabkan kekangan daripada diriku sendiri. Itu sememangnya aku salahkan diriku terlebih dahulu. Punca selain itu misalnya abangnya yang melarangnya daripada ada sebarang hubungan dengan lelaki di usia persekolahan. Aku memuji tindakan abangnya. Aku hormati itu. Lalu aku hanya sekadar menganggapnya sebagai adik angkatku. Aku sememangnya sayang padanya tapi sayang itu aku terjemahkan dalam ikatan yang tiada lalainya. Tetapi sekarang kami hanya bawa haluan masing-masing. Aku bersangka baik, bahwa dia tengah sibuk dengan hal urusannya tersendiri. Aku pun sekarang dengan alam kerjayaku. Sekali sekala menegurnya di fb messanger juga antara tindakan yang aku dekati. Itu sajalah yang aku boleh tahu perkembangannya. Sehinggalah beberapa bulan yang lepas aku dapati dia sudah mempunyai ikatan dengan seorang lelaki yang baik perilaku dan rupanya. Alhamduillah. Dan kami pun memang tak berhubung dah lepas aku mengetahui hal itu. Selamatlah kalian hingga ke pernikahan. Kamu dah besar, wahai adikku.

        Itu kisah cinta pertama. Kisah kedua yang aku alami adalah apabila berjumpa dengan seorang perempuan yang memenuhi separuh kriteria yang aku mahukan selama ini. Tetapi pada ketika itu bekas cikguku yang aku masih berhubung dengannya menasihati aku supaya usah melayan perasaan cinta. Dia menasihati aku setelah baginya aku dah mulai galak mengenal cinta. Di bangku sekolahku tiada sesiapa pun yang berani dekati aku. Aku tiada perasaan pada perempuan. Sehinggalah sahabat karibku pada ketika itu memberitahuku kawan perempuan sekian-sekian mahu dekati aku dan punya hati pada aku. Kemudian dia menasihatiku supaya berjaga-jaga selepas itu untuk tidak menolong sangat bila perempuan itu meminta tolong. Aku sejujurnya pertolongan aku sebelum ini aku buat untuknya selama ini hanyalah bermotifkan keikhlasan bantuan seorang sahabat kepada sahabat yang lain. Terpanjang pula aku menerangkan hal aku tika di bangku persekolohan dulu-dulu.

        Alkisah aku dengan yang kedua ini berkisarkan tentang cinta alam universiti. Aku dan dia bertemu setelah kami acapkali berada dalam satu kelas dalam banyak subjek yang kami ambil setiap semester. Dia bijak, aku hanya menurutinya belajar daripada tunjuk ajarnya. Dia seorang yang rajin. Tetapi aku langsung tidak ambil kesempatan. Cumanya aku ini selalu serba salah dek kerana dia terlalu baik menolongku tanpa pengetahuanku terlebih dahulu. Ada satu kisah ketika kami keluar, itupun kami bersama kawan-kawannya. Aku seorang saja lelaki. Belum aku sempat memberitahu perancangan perjalanan pada haritu, dia dah siap-siap tulis dah pada malam sebelum kami berjumpa itu. Sungguh terkesima aku dibuatnya. Sampai saja di suatu tempat yang aku tak biasa singgah, maklumlah kehidupan hiruk pikuk kota raya ini aku tak pro lah. Itupun dia yang banyak bantu aku. Ikut sajalah laluan yang diambil olehnya sehinggalah jam sekitar 8 malam kami pulang ke universiti dengan menaiki pengangkutan awam berwarna putih susu kekuningan dan corak biru merah tertulis di kiri, kanan, depan dan belakangnya RAPID KL. Tetapi sayangnya hubungan kami tak bertahan lama sepertimana aku dapat jangkakan sebelum ini. Memang satu kesilapan besar dalam hidup aku selama 18 tahun tika itu kerana mengalah pada cinta. Alasan perpisahan yang diberikannya sungguh menyakitkan dan tak logik pada akal seorang yang dilamun cinta dengannn pelbagai pengorbanan yang kami saling lakukan. Dia seorang baik itupun sanggup berikan alasan bahwa aku iniu terlalu baik untuknya dan dia pun mengambil keputusan untuk bersama dengan warisnya. Tak mengapalah, mungkin warisnya itu lagi dekat dengannya dan memahami banyak akan karenah dan perangainya serta susur galur keturunannya. Aku ini apa je ada kelebihannya kan. Walaupun aku membenarkannya untuk memutuskan hubungan itu tetapi aku masih merasakan torehan luka di hati yang amat menyakitkan sehingga aku memutuskan kata untuk tidak lagi mengadap wajahnya selepas ini sekalipun aku tahu kami masih banyak masa lagi berselisih laluan selepas itu memandangkan kami di fakulti yang sama dan beberapa kelas kami dalam satu jadual. Beberapa tahun kemudian, jika aku tak silap, selepas setahun 3 bulan kami tidak bertegur sapa, barulah aku terbuka hati untuk memaafkannya dan bermesra semula bak dua orang sahabat baik. Katanya setahun lebih itu jugalah dia tak putus berdoa agar hatiku betul-betul memaafkannya dan menerimanya kembali sebagai sahabat. Tetapi hakikat yang sebenarnya aku tak berceritalah kepadanya. Banyak jugalah faktor yang membolehkan aku pada ketika itu memaafkan salah silap lampaunya. Salah satunya, teman wanita baruku menasihatiku untuk tidak berdendam dengannya kerana dendam itu tidaklah sesuai berada dalam diri seorang yang mahu dirinya diangkat kemuliaan oleh Allah swt. Rupa-rupanya hikmah jugalah Allah swt pertemukan aku dengan teman baru ini. Tak suka kerap berjumpa dan selalu menasihati dengan lemah lembut.

Bersambung...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Menulis Tentang Kesakitan CintaWhere stories live. Discover now