Okay , aku jujur . Nak "move on" ni bukan senang. Perlukan masa & kecekalan minda. Aku tak harap apa yang aku beritahu ni betul tapi mungkin kamu boleh baca dan hadamkan terlebih dahulu , sama ada betul atau tidak itu kemudian. Okay?
Lagipun , ini "just my 2 cents". (Maksudnya " ini hanya pendapat aku lah " pada siapa yang tak faham tu)
Sebelum nak "move on", awak semua kena cek dulu kalau awak semua ni sudah move on sepenuhnya atau belum. Jadi macam mana nak cek ? Baca dan fokus.
1. Kamu asyik teringat je pada si dia walaupun kamu cuba ingin melupakan si dia. Bila habis sahaja solat , ketika kamu menadah tangan dan berdoa , kamu teringat si dia kerana pernah ada dalam doa kamu.
2. Kamu asyik teringat memori gembira ketika bersama walaupun masa tu kamu sedang keluar berjalan dengan kekasih baru atau sedang melepak dengan kawan - kawan.
3.Bila kamu tengah bersedih atau tertekan , kamu secara tiba - tiba teringat akan si dia kerana dahulu dialah peneman dikala suka & duka. Lagi - lagi kalau hubungan yang sudah bertahun lama tapi terputus di tengah jalan dek angkara orang baru.
4.Bila kamu masih lagi memikirkan apa yang akan berlaku jikalau sesuatu perkara itu tidak jadi seperti yang telah terjadi. Kebiasaannya , awak semua akan fikir kesudahan yang lebih baik akan jadi lah.
5.Bila kamu masih lagi menyalahkan diri sendiri , dia atau keadaan semasa atas apa yang terjadi pada hubungan kamu. Kebiasaannya ,kita suka "overthink" perkara sebegini ketika tengah malam sewaktu berbaring sebelum tidur.
6.Bila kamu teringat dia , perasaan kamu "triggered" . Perasaan sedih , marah dan gembira semua ada. Biasanya kita akan sedih & marah lah sebab ditinggalkan dan dikecewakan.
7.Bila kamu nak sangat perbaiki diri sendiri kerana kamu beranggapan bahawa diri kamu tidak cukup bagus untuk si dia dan merupakan punca hubungan kamu gagal walhal sebenarnya dia yang tidak cukup baik untuk kamu.
8.Bila kamu tengok gambar dan video "instagram" dia, kamu tak boleh tengok dia gembira. Rasa nk mencarut je.
9.Bila sedang berborak dan berbual dengan kawan - kawan terutama kawan rapat , kamu selalu naikkan nama dia dalam perbualan tersebut , walaupun tiada kaitan dengan topik perbualan.
10. Kamu selalu rasa ingin menghubungi dia sama ada melalui panggilan , mesej , "whatsapp" mahupun melalui media sosial yang lain tetapi tidak dapat nak teruskan hasrat kerana sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak mengganggu dia lagi.
11. Kamu berfikir bahawa hanya dia sahaja yang layak utk diri kamu & tiada orang lain yang setanding dia , walaupun kamu sudah ada kekasih baharu pun. Ini yang parah kerana kamu tidak akan bersungguh akan menyayangi kekasih yang baharu itu seterusnya membuatkan dia terluka. Kasihan.
Jadi , kalau kamu mempunyai 11 kriteria di atas , berkemungkinan kamu masih belum "move on" sepenuhnya lagi.
Pada aku, bila kita sudah "move on " , kita dah tiada apa perasaan dah apabila melihat dia di hadapan kita ataupun nampak dia bahagia di mana - mana media sosial.
Ataupun apabila dia tegur kamu , kamu masih mampu bercakap seperti biasa dengan dia seperti seorang "stranger" jumpa "stranger" yang lain. Tanpa ada aksi kamu yang di buat - buat ataupun "fake".
Jadi , disini aku ingin berkongsi tentang cara - cara nak "move on ". Berdasarkan pengalaman dan pembacaan yang telah aku lalui dan lakukan TETAPI kamu perlu ingat , "move on" ini memang susah dan sangat memakan masa. Jadi permintaan aku , harap kamu bersabar dan terus tabah melalui liku - liku kehidupan.
Baiklah , berikut merupakan cara - cara nak "move on".
1.PASTIKAN KAMU SEDAR ,
KAMU DENGAN DIA SUDAH TIADA APA-APA HUBUNGAN DAH.
SI DIA SUDAH TIDAK INGINKAN DIRI KAMU.
SI DIA SUDAH ADA KEHIDUPANNYA SENDIRI DAN SI DIA SUDAH PASTI LEBIH BAHAGIA TANPA KAMU.
Pada aku, ramai di antara kamu tidak sedar tentang perkara ini ,
Kamu fikir bahawa kamu sahaja yang mampu bahagiakan dia , tapi hakikatnya ada yang lebih mampu.
Kamu fikir bahawa hanya dia sahaja mampu membahagiakan kamu , tapi hakikatnya ramai lagi yang lebih mampu cuma kamu belum jumpa sahaja.
INI REALITI DUNIA. MOHON SEDAR.
Seberapa banyak pengorbanan kamu pada si dia. Bagi dia, ITU SEMUA TIDAK CUKUP.
Jadi untuk apa semua pengorbanan kamu itu?
Ini sebenarnya bukti usaha kamu dalam hubungan tersebut. Setidaknya , kamu tahu yang kamu sudah buat yang terbaik untuk "relationship" tersebut , cumanya mungkin yang terbaik bagi kamu itu hanyalah perkara biasa pada si dia. Mungkin yang terbaik bagi kamu itu tidak cukup untuk si dia.
Lagipun nak buat macam mana kan?
Kalau orang dah tak mahu dan sudah berubah hati , kau bagi lah satu dunia sekalipun pada dia, pada dia masih juga tak cukup . Jadi apa yang kamu boleh buat?
TERIMA SAHAJA LAH YE REALITI DUNIA YANG MENCENGKAM.
2.SIBUKKAN DIRI.
Buat kerja atau perkara yang kamu suka dan minat apabila ada masa terluang. Contohnya seperti bermain permainan video , baca buku , memancing TETAPI jika inginkan lebih banyak pahala dan keberkatan , lebih baik jika kamu berbakti kepada ibu dan bapa kamu terlebih dahulu daripada serabutkan diri dengan hal percintaan. Kamu pun boleh pergi melancong dengan kawan rapat kamu , menonton wayang dan lain - lain aktiviti yang kamu boleh lakukan bersama kawan - kawan. Memang ini antara cara yang paling berkesan untuk lupakan seseorang. Sibukkan otak kamu supaya kamu tiada masa untuk fikirkan si dia.
Nak lagi berkesan?
Sibukkanlah diri kamu dengan MAHA PENCIPTA.
Mintalah supaya jiwa kamu ditenangkan & kehidupan kamu sehari - hari dipermudahkan.Lebih berkesan jika kamu rajinkan diri untuk bangun tengah malam dan banyak melakukan solat sunat serta mendekatkan diri dengan Allah SWT. Minta solusi nya pada Allah SWT kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kamu.
Bersambung.

YOU ARE READING
Move on lah!
Non-FictionIni merupakan sedikit info tentang "MOVE ON". Jika ada para pembaca yang mempunyai masalah ini , boleh baca.