Husnuzon

739 48 3
                                    

Assalamualaikum!so first skali nak tau tak apa maksud husnuzon?

Husnuzon ni maksudnya bersangka baik..kita ni manusia memang susah nak bersangka baik..kadang2 senang terpengaruh dengan orang..meh aku bagi beberapa contoh

First,kadang2 kita bile kite ni diberi musibah yang sangat besar...xleh nk tanggung sgt..then mulelah nk ckp Allah x syg kite...Allah saje nk letakkan kite dalam situasi tersebut..tp kite ni xsedar langsung yang musibah tu ialah satu ujian untuk kite..Bersyukurlah sebab Allah pilih kita!Allah sayang akan umatnya dengan cara yang berbeza..Allah nak hapuskan dosa2 kita ni dengan beri kite ujian..Bersabarlah hadapi ujian tersebut dan berdoalah kepadaNya..

Second,bile kite tengok someone ni kat tepi jalan dengan pakaian yang selekeh tengah kutip sampah...janganlah pulak kita cop dia pengemis,penagih dadah or something else..mungkin duit dia hanya cukup tuk beli makanan dia je...nak beli baju xmampu..respect lah skit..atleast dia berusaha nak cari duit..

Third,contoh kawan kite ni dulu x tutup aurat tp sekarang dia dah insaf..sebagai kawan atau saudara sesama Islam kenalah berikan sokongan dekat dia..bersyukur sebab Allah berikan hidayah kepadanya..jgn pulak kita mengungkit kisah silam dia dan jgnlah berpendapat bahawa dia berubah ni sbb someone dan bukanlah kerana Allah

So guys..jom sama2 kite bersangka baik!Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : "Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik."

okey tu je buat mase ni...semoga info ini bermanfaat untuk semua orang

Assalamualaikum!

DAKWAHWhere stories live. Discover now