• Teori Mimpi Ganjil •

608 71 20
                                    

04 - Teori Mimpi² Ganjil

﹏ ﹏ ﹏

Pernah bermimpi sedang membawa kereta yg susah dikawal? Atau sedang membunuh seseorang di dpn mata? Atau sedang mencabut gigi di depan sebuah cermin?

Apa tandanya?

Apakah maksud di sebalik mimpi² ini?

Malam ni Author akan kongsikan tentang Teori² Mimpi Ganjil atau Pelik yg pernah kita lalui dalam tidur di tengah malam.

So lets start!

﹏ ﹏ ﹏


1. Mimpi Bertelanjang

Jika kamu pernah mengalami mimpi bahawa kamu menjadi seorang model yg seksi, apatah lagi jika bertelanjang bulat di depan umum dan dihadapan ramai orang.

Untungnya cuma mimpi, tapi kajian mengatakan sebenarnya ada penjelasan dari erti mimpi menurut psikologi yang kita alami tersebut. Seperti dalam kehidupan nyata, pakaian yg kita gunakan seharian adalah sebagai lambang pencitraan diri, sama ada sederhana, pakaian orang kaya atau pakaian orang miskin pasti berbeza².

Jadi kalau kita mengalami mimpi aneh telanjang bulat bererti di kehidupan nyata ada satu situasi yang membuatkan kita tidak percaya pd diri dan terpaksa berbohong dihadapan kwn² , alasannya agar dipandang tinggi dan hendak dibangga-banggakan. Padahal itu semua hanya cerita tipu atau palsu.

Jadi penyelesainya , terimalah kenyataan hidup, jadi orang apa adanya. Jadi diri kita sendiri. Just be yourself. Bayangkan jika sampai rahsia terungkap, pecah, malunya pasti luar biasa, kan?

Dan kamu tidak perlulah menceritakan apa yg ada di dunia imaginasi kamu. Angan² kamu. Tidak perlu. Ketika kamu memulakan persahabatan dgn tahap sederhana, kamu akan dapat melihat dgn jelas yg mana sahabat sejati dan yg mana kawan yang cuma memanfaatkan 'kelebihan' dan mempergunakan kamu.

2. Mimpi Sedang Terbang atau Diterbangkan

Pernah merasakan mimpi boleh terbang? Entah bagaimana caranya tiba² tubuh kita melayang-layang di atas sampai pergi jauh melihat orang ramai berkerumun dibawah kita.

Mengikut ilmu Psikologi, ini ertinya kesulitan yg kamu tanggung dan terus menjadi beban selama ini telah berjaya diselesaikan.

Semua yg melegakan ini terjadi kerana usaha kamu sendiri tanpa kamu sedari. Akan tetapi, masalah itu juga mungkin akan kembali. Jadi, berhati² lah dalam meneruskan kehidupan.

3. Mimpi Kembali ke Zaman Sekolah dan Berada Dalam Situasi Menduduki Ujian/Peperiksaan

Mimpi ini khas bagi yg sudah lama lepas sekolah. Jadi bila kamu pernah bermimpi berada di sekolah seperti ketika masa² kamu bersekolah dulu, itu tandanya kamu masih merindukan nostalgia/masa terindah zaman dulu.

Namun, bila kamu berada dlm kelas atau dewan dan sedang menghadapi ujian dan susah untuk menjawab soalan² yang diberikan oleh guru, itu tandanya dalam kehidupan nyata, kamu sedang menyeksa diri sendiri kerana tidak blh melupakan kesalahan besar yang telah kamu lupakan di masa lalu.

Kesimpulannya dari erti mimpi menurut tafsir psikologi adalah setiap orang pasti pernah melakukan kesalahan besar atau melepaskan kesempatan emas begitu saja dalam hidupnya.

Jadi jangan terus mengkerdilkan diri kamu sendiri dgn terus menyalahkannya, move on dan bersyukurlah atas apa yang telah dimiliki saat ini. Semangat dan kejarlah terus mimpi kamu yang belum dicapai.

4. Bermimpi Tidak Menemukan Tandas

Mimpi ini berbeza dgn mimpi lain. Seperti yang kita tahu fungsi tandas begitu penting bagi manusia. Menurut pandangan Psikologi, ini menandakan ada impian atau niat kamu yg masih belum tercapai. Impian itu muncul ketika kamu cemburu melihat kejayaan seseorang.

(dan janganlah menggunakan tandas di dlm mimpi kerana itu adalah satu perangkap 😂)

Jawapan yg bijak adalah jangan pernah memaksa diri menjadi seperti orang lain, masing² memiliki bakat berbeza. Jadilah diri kamu sendiri.

5. Bermimpi Dikejar Orang Gila

Kalau dalam dunia nyata orang gila merupakan orang yg tidak memiliki akal yg sihat, namun di alam mimpi 'orang gila' adalah lambang kebaikan yg akan mendatangi kamu.

Mimpi dikejar orang gila, ertinya akan ada rezeki yg banyak untuk kamu. Mungkin rezeki akan datang secepat yg boleh selepas kamu bangun dari tidur.

*(Jgn percaya sgt, sebab rezeki tu datang dari Tuhan (; )

Mimpi melihat orang gila menangis, ertinya perbuatan yg kamu lakukan akan mendatangkan bahagia kpd orang lain. Mungkin orang yg kamu sayang, atau mungkin juga orang yang kamu benci.

Mimpi bertemu orang gila, ertinya masalah yg kamu hadapi akan selesai dalam masa yg terdekat. Maka kamu akan berasa lebih tenang dan bebas selepas ini.

6. Bermimpi Gigi Tertanggal

Menurut beberapa mitos, dikatakan jika kita bermimpi gigi kita tercabut atau tertanggal, maka kita akan mengalami kehilangan seseorang yang kita sayangi.

Gigi adalah simbol kepercayaan dan kekuatan diri. Maka mimpi ini biasanya terjadi bila kamu sedang berada dalam situasi yg goyah, atau kehilangan kepercayaan diri.

Jangan terlalu mengikut keadaan. Kamu perlu berfikir tenang dan menghadapi situasi sulit tersebut. Anggap saja apa yg sedang kamu hadapi itu adaah ujian atau tentangan.

7. Bermimpi Berada di Bilik Kosong

Ruangan yg tidak terpakai di dalam mimpi merupakan simbol dari karakter diri seseorang. Menurut psikologi, kamu sedang menemukan bakat terpendam yg selama ini tidak kamu sedari.

Jangan cepat puas. Teruslah meng'eksplore' bakat yg kamu miliki. Semakin banyak kamu menghabiskan waktu mencari dan mengasah bakat kamu, maka akan semakin banyak peluang yang terbuka dalam hidup kamu.

8. Bermimpi Ingin Mati atau Sudah Mati

Mimpi seperti ini sebenarnya mengungkapkan keinginan kamu untuk mengakhiri sesuatu dari hidup - sebuah hubungan, pekerjaan, atau masa lalu. Psikologi menekankan bahawa mimpi ini seharusnya memberikan kamu semangat untuk membuka halaman hidup baru.

Jangan cepat berasa takut jika mengalami mimpi ini. Cuba kuatkan semangat dan cuba untuk memahami perasaan orang lain. Cepat selesaikan masalah yg ada, jangan lari dari masalah. Jangan cepat berputus asa dan mengalah sehingga terfikir untuk membunuh diri.

9. Mimpi Bertemu Orang Mati, Zombie, Alien dsb.

Mimpi ini biasanya dialami oleh mereka yang sedang sakit, mengalami trauma, terlalu lelah, atau baru kehilangan orang yg dicintai. Mimpi ini bervariasi, ada yg bertemu dengan orang yg sudah lama meninggalkan kita, atau bermimpi bertemu hantu yang seram seperti zombie.

Cuba kuatkan semangat dan tidak terlalu berfikiran negatif. Buang perasaan lama dan cuba mendekati sesuatu yg baru.

10. Mimpi Membunuh Atau Dibunuh

Pernah bermimpi membunuh seseorang atau kamu dibunuh?

Mendebarkan, bukan ?

Menurut psikologi, mimpi ini menunjukkan bahawa kamu tidak sedarkan diri dan cuba untuk membunuh aspek yg tidak menyenangkan atau tidak diperlukan lg dlm hidup.

Mimpi tentang PEMBUNUHAN boleh melepaskan kemarahan atau kemarahan yg ditujukan kepada seseorang atau sesuatu.

Jika kamu membunuh seseprang itu dlm mimpi, kamu mungkin mahu menghentikan hubungan kamu dengan orang yang dibunuh itu.

Tapi kalau kamu yg dibunuh oleh seseorang, hmm, tidak pastilah sama ada kamu perlu berundur dr hidup dia atau mungkin si dia ingin membalas dendam terhadap kamu ;)

﹏ ﹏ ﹏

Nak tahu apa maksud di sebalik mimpi kamu?

Ceritakan kisah mimpi kamu dan klau ada masa, author akan ambil info² tentang mimpi kamu yea ;3

Vote ^^

TQ

Don't Sleep + PSYCHOLOGYWhere stories live. Discover now