Bab 18 - Surprise VS Surprised!

6K 127 2
                                    

Rizal dan Haikal tersentak. Kedua-dua mereka gelabah. Rizal segera kembali ke katilnya manakala Haikal seperti tidak tahu apa patut dilakukannya. Dia memandang Rizal seakan inginkan kepastian apa yang patut dilakukan. Rizal menunjuk ke arah pintu lalu berbaring dan seakan tidur. Haikal mengangguk lalu membuka pintu.
Azwann berdiri di hadapan pintu. Mukanya pelik. "Kenapa lambat sangat buka pintu? Kau tidur ke Kal?"
"Haah. Ngantuk tadi," Jawabnya selamba lalu kembali ke katilnya.
Azwann masuk lalu terpandang Rizal sedang tidur. Dia memandang ke arah Haikal semula. Dia sedar bahawa Rizal dan Haikal tidak bertegur sapa sejak beberapa minggu lalu. Jadi, melihat keadaan mereka berdua dalam bilik yang berkunci ini meragukannnya.
"Kau ada buat pape ke kat Rizal?" soal Azwann.
"Takde. Aku tidur. Dia tidur. Kitorang tidur. That's it,". Haikal menjawab.
"Tapi muka kau tak macam tidur pun. Apsal kau macam gelabah?" Azwann masih menyoalnya.
"Sebab....aku terkejut kau ketuk pintu macam nak runtuh asrama ni," jawab Haikal. Azwann tersengih sambil berkata 'sorry'. Dia keluar semula untuk mendapatkan beg dan berjumpa parents nya di bawah. Haikal menarik nafas lega. Rizal membuka mata sedikit melihat Haikal.
"Tau pun gelabah," ujarnya mengusik.
"Shit...sumpah aku cuak gila dah tadi. Kau boleh pulak berlakon tidur kan... Kurang asam betul," Haikal ketawa melepaskan rasa leganya sambil melontar bantal ke arah Rizal. Rizal hanya ketawa.
*****
"Kan best kalau kau raya sini Mir," ujar Rizal.
"Tak dapat lah Jai. Nanti cuti hujung tahun aku pegi sana lagi tau," sahut Amir. Mereka bervideo call pada pagi raya. Jam menunjukkan jam 6.45 pagi. Rizal sedang bersiap untuk ke masjid manakala Amir baru bangun tidur.
"Janji tau..."
"Ye, janji... Kau dengan Angah macamana? Okey?"
"Okey je. Dengan member yang bersubahat dengan dia tu pun dah okey..."
"Angah ada usik lagi tak?"
"Ada la sikit-sikit. Biasa-biasa je..."
"Simpan tau...untuk aku je..." Amir berbisik gatal. Rizal ketawa.
"Amboi, pagi raya dah gatal..."
"Ala...sikit je takkan tak boleh..."
"Boleh je...untuk Amir, pape je..." kata Rizal sambil ketawa.
*****
Peperiksaan SPM sudah berakhir. Rizal sangat excited. Bukan sahaja kerana segala penat lelahnya belajar sudah berakhir buat seketika, tambah gembira kerana mengingatkan janji bahawa Amir akan datang ke Sarawak. Dia segera berjumpa Haikal sebaik mereka tamat kertas peperiksaan yang terakhir iaitu Kimia.
"Kal, Amir jadi datang kan? Bila?" soalnya teruja.
"Eh, dia takde call kau semula ke? Dia whatsapp aku cakap tak jadi sebab papa kena outstation. So dia kena ada kat rumah."
"Laa yeke...tak perasanlah. Sebab aku jarang online exam ni. Takpe nanti aku call dia,". Rizal terkejut bercampur sedih kerana hasratnya ingin berjumpa Amir tidak kesampaian. Memandangkan ini hari terakhir di sekolah, kebanyakan rakan-rakannya mengambil gambar dan berkongsi kenangan di sekolah buat kali terakhir. Namun, Rizal tidak merasakan keterujaan itu. Rasa terujanya sudah mati sebaik mengetahui yang Amir tidak dapat bersamanya sepanjang cuti akhir tahun ini.
"Jai. Aku ada idea,". Haikal menyapanya ketika mereka sedang berkemas. "Apa kata kita yang pergi sana?" Haikal mengangkat kedua keningnya.
"Good idea. Tapi aku kena tanya parents aku dulu," Sahut Rizal.
"Of course. Okey, nanti pape kau text aku eh?"
*****
"Betul ni kau tak bagitau Amir?"
"Betul...tadi dia ada text. Aku cakap aku lepak kat mall dengan kau,"
"Betul ni dia confirm tak dapat datang?" Rizal bimbang Amir punya rancangan seperti mereka. Mungkin Amir akan datang mengejut tanpa mereka ketahui.
"Betulllll....aihhh kau ni. Aku dah call mama dah," Haikal meyakinkannya.
Rizal duduk dengan tenang dalam flight mereka ke KLIA. Namun dalam hati, dia tidak sabar untuk bertemu Amir.
Mereka tiba di KLIA kira-kira jam 6.00 petang. Sebaik tiba, Rizal terus menelefon unclenya. Mereka berdua akan tinggal di rumah lama Rizal. Rumah itu kini dihuni oleh unclenya iaitu adik kepada papanya. Uncle Azriq Syah atau Uncle Riq.
"Korang dah makan ke?" soal Uncle Riq.
"Belum. Lapar ni uncle." jawab Rizal.
"Haa...jomlah makan dulu. Nanti balik, mandi terus rehat je. Lagipun aunty takde kat rumah. Ada hal sikit. So, takde orang masak." jawab Uncle Riq.
"Okey. Boleh jugak,". Jawab Rizal pendek.
Mereka singgah di sebuah mall berhampiran dengan rumah Uncle Riq. Mall itu menyimpan banyak memori Rizal dan Amir. Beberapa kali mereka keluar menonton wayang bersama di mall itu. Di situ juga terdapat sebuah restoran kegemaran Amir. Rizal mengajak Uncle Riq ke restoran itu. Beliau bersetuju. Selepas mendapatkan tempat duduk, Rizal menoleh ke sekeliling lalu terpandang seseorang. Dia mengerut dahi. Haikal di sebelahnya dicuit.
"Kal, tu bukan Amir ke?"
"Hah? Mana?" Haikal tercari-cari.
"Tu yang dengan lelaki tu... Baju hitam..."
"Haah la...sape tu? Jai kenal ke?" soal Haikal. Rizal menggeleng. "Dia nampak tak kita ni? Kena tukar seat lah.." ujar Haikal.
"Uncle, uncle duduk sini boleh?" pinta Rizal. Uncle Riq yang terpinga-pinga terus bangun lalu menukar tempat duduk dengan Rizal dan Haikal. Mereka kini terlindung di balik partition yang memisahkan meja mereka dengan meja sebelah. Kemungkinan untuk Amir melihat mereka adalah rendah ditambah dengan beberapa batang pokok plastik disebelah mereka.
Mereka terus memerhati gelagat Amir dan lelaki itu. Begitu mesra. Sesekali Amir mencuit dan menepuk lengan lelaki itu. Lelaki itu agak tampan. Ketinggiannya dan lelaki itu mungkin lebih kurang. Mungkin leboh mida dadipada Amir. Rizal semakin hilang sabar. Namun apakan daya. Dia tidak mahu menimbulkan masalah. Dia mengambil beberapa keping gambar Amir dan 'teman'nya itu sebagai bukti. Seleranya hilang. Uncle Riq agak pelik melihatnya yang tidak menghabiskan makanannya.
"Tadi lapar sangat...ni tak habis pulak? Penat ke?" soal Uncle Riq.
"Takla uncle. Tak tau lah..." jawab Rizal berbasa-basi. Haikal cuba menenangkannya dengan mengusap paha Rizal.
"Kalau camtu, jomlah balik. Taknak ke mana-mana dah kan?" soal Uncle Ria. Rizal dan Haikal menggeleng. Mereka bangun lalu keluar dari restoran itu.
*****
"Siapa ye lelaki tu?" ujar Rizal geram.
"Tak pasti lah Jai. Takkan bf Along pulak? Selalunya dia akan bagitau aku kalau ada big news macam ni..." Haikal termenung memandang siling. Mereka berbaring di katil queen. Katil lama Rizal. Biliknya kini menjadi bilik tetamu. Rizal dan Amir pernah tidur bersama di sini suatu ketika dahulu. Kini dia bersama Haikal, adik kembar Amir. Tanpa Rizal sedari, airmatanya mengalir. Tidak lama kemudian terdengar sedu-sedan tangisnya. Haikal mengiring menghadapnya.
"Jai...kau nangis ke? Eh, chill lah. Kita tak tau lagi kan siapa lelaki tu. Mana tau sepupu kitorang ke. Well, aku bukan kenal sangat sepupu belah mama kat sini..."
"Tahla Kal. Aku rasa macam sia-sia je datang sini. Patutlah aku rasa nak sangat pergi situ tadi. Aku tak expect aku akan nampak benda ni. Mana tau, dah lama dia kenal lelaki tu..." Haikal hanya membisu. Dia merangkul bahu Rizal dan mendakapnya erat. Tangannya menggosok belakang Rizal untuk menenangkannya
"Jangan cakap macam tu Jai. Kita selidik dulu. Aku akan tolong kau. Aku janji. Aku pun tak suka Along buat macam ni kat kau,"
Rizal mengangguk lalu berhenti menangis. Dia terlelap dalam dakapan Haikal pada malam itu.
*****
"Assalamualaikum, Along. Sihat?" sapa Haikal sebaik Amir mengangkat panggilannya.
"Waalaikumussalam...ye ngah. Sihat je.. Angah buat apa? Lepak dengan Jai ke?"
"Eh taklah. Angah kat rumah ni. Saje boring. Along betul ke tak jadi datang ni?"
"Aah betullah. Kena jaga adik. Semalam pun Along duk rumah je..." Haikal mengerut dahi sebaik mendengar jawapan Amir.
"Ohh yeke...Jai ni rindu sangat dah kat Along. Kalau kitorang fly sana macamana? Boleh stay sana kan?"
"Eh, tak menyusahkan ke..? Kalau susah, tak payah. Nanti boleh jumpa jugak," Amir seakan melarang Haikal.
"Untuk Along apa salahnya..." Haikal cuba memaksa.
"Along kata tak payah. Nanti papa balik Along pegi sana..."
"Hahaha...Along ni dah kenapa? Beria tak bagi kitorang pegi sana. Along ada anak ikan baru ea... Sampai hati tak share..." Haikal cuba mengumpannya.
"Eh? Angah ni kan... betullah kembar Along. Tau-tau je...hahahaha" Amir ketawa besar.
"Betullah ni? Hebat jugak Angah kan..." Haikal menjeling ke arah Rizal yang kini menjegilkan matanya.
"Ala...biasa je. Sangaplah lama tak dapat. Dah setahun lebih Along tak rasa Jai. Nak jugak lepas gian. Few months before puasa dulu Along stop. Ni baru dapat balik. Junior sekolah Along je." Along menjawab selamba. Tanpa dia sedari, segala perbualannya dirakam Haikal dan Rizal bakal mendengar segalanya sebentar lagi.

Bersambung...
#footnote# aku janji dulu nak update once a week kan but S O R R Y again, I wasn't able to do so sebab my phone terhempas and screen cracked. 😭 jadi, ada problem utk typing and as I typed these two chaps, it took a lot of patience y'know... Walaupun sakit hati dgn keyboard yg kejap2 hilang 😩 forgive me guys 🙏 thanks for reading/voting

AmiRizal {boyxboy}Where stories live. Discover now