Bahagian 26

3.6K 174 14
                                    


(Muaz POV)

Aku melipat elok sejadahku dan aku simpan semula di tempat asalnya. Aku baru sahaja usai menunaikan solat Zohor. Dengan malas aku mengatur langkah ke ruang tamu. Belum sempat aku sampai ke tempatku, aku terdengar tombol pintu seakan dipulas, namun tak terbuka kerana terkunci. Siapa tu? Aniq ke? Cepatnya. Tadi kata nak pergi beli makanan. Dia tak bawa kunci ke? Aku lantas mengatur langkah ke arah pintu. Tanpa berfikir panjang, pintu itu ku buka. Aku kaget melihat sekujur tubuh berdiri tegak di depan pintu. Rindu aku pada wajah itu. Hazrin juga kelihatan terkejut. Pandangan kami berpaut. Kenapa Hazrin ada kat sini?

"erm....aku...aku nak ambil baju." Ujarnya memecah kesunyian. Dia nak ambil baju je rupanya. Aku lantas memberi ruang padanya untuk masuk dan duduk semula di tempatku. Dia ku lihat berjalan terus masuk ke dalam bilik. Hazrin dah balik....apa aku patut buat ni? Lantas aku teringat semula perbualanku dengan Aniq pagi tadi.

"Aniq.." panggilku perlahan. Aniq kulihat berpaling memandangku tekun.

"What should I do?" soalku keliru. Aniq ku lihat hanya diam, tapi dia pandang aku tak lepas seperti sedang berfikir. Aku betul-betul keliru sekarang ni. Aku sendiri tak tahu apa patut aku buat. Aniq ni, walaupun dia lebih muda, tapi dia lebih matang dari aku.

Belum sempat Aniq menjawab tiba-tiba notifikasi dari telefon bimbitnya berbunyi. Dia lantas mencapai telefon bimbitnya dan mula membaca pesana yang diterimanya. Aku hanya memerhati tingkahnya. Dia diam lagi memikirkan sesuatu yang aku sendiri tak tahu tentang apa. Sesekali dia juga melirik ke arahku.

"How about...for the start.. kita panggil abang Ren balik?" ujarnya. Aku pandang dia dalam cuba memproses apa yang cuba disampaikan.

"Panggil dia balik?" soalku pula.

"Kalau...seorang kat sini, seorang lagi entah kat mana...susahlah nak selesai masalah. Abang Muaz, dan Abang Ren, kena bersemuka. Perlu bincang. Kalau asyik nak lari macam ni, masalah tak akan selesai." Ujar Aniq lagi. Aku menarik nafas panjang cuba menjernihkan fikiran.

"Abang tak tau la Aniq...should I ?" soalku lagi.

"Aniq tak paksa...it's up to you....your choice."

"Okay....kita panggil dia balik....but how? Abang tak rasa yang abang ready nak contact dia." Balasku. Benar, aku belum sedia. Tapi ada benarnya kata Aniq, sampai bila nak macam ni.

"Okay.... I'll work on that....but...Abang Muaz kena buat something."

"Buat apa?"

"If..nanti, Abang Ren tiba-tiba muncul depan pintu tu, Abang Muaz kena pastikan, dia tak keluar balik." Ucap Aniq seakan sedang merencanakan sesuatu.

"Why me?"

"Maybe because...dia keluar haritu pun sebab Abang Muaz." Ucap Aniq selamba. Terasa mcam satu tumbukan medarat dipipiku dengan kata-kata Aniq itu. Aku pandang dia. Dia tersengeh senang dapat mengusik aku.

"So?" soalnya.

"Okay...I'll try."

Lamunanku terhenti apabila aku melihat Hazrin berjalan keluar dari bilik dengan beg yang penuh berisi pakaian. Beg yang dibawanya tak besar pun, mungkin hanya ada dua atau tiga pasang baju sahaja.

"Ren.." panggilku. Inilah masanya. Aku tak boleh bagi dia keluar. Hazrin memberhentikan langkah dan menoleh memandagku.

"Kau...tidur mana semalam?" soalku tenang sambil memandangnya tepat.

My BFF My LoveWhere stories live. Discover now