ANAK MENANGIS

23 1 0
                                    

♡2♡
******

       Setelah dinasihatkan Steven supaya dia berjumpa doktor, hatinya merasakan sedikit lega dan tenang semula.Doktor ada menasihatkannya, agar lebih berwaspada dan berhati hati ketika memandu di jalanraya, dan elakkan dari meminum minuman keras.Dia, samada mahu atau tidak, terpaksalah akur dengan nasihat itu.Lagi pun, demi kebaikan dirinya sendiri juga.Steven pun turut menyokong saranan serta nasihat daripada doktor itu.Steven sejurus mengetahui kejadian itu darinya lalu terus bergegas datang menemuinya sambil bertanya khabar.Dia telah menceritakan kepada temannya itu segalanya.Steven mengesyaki ada perbuatan khianat atau cubaan untuk membalas dendam.Pihak telah dia hubungi dan kes kejadian itu masih di dalam siasatan pihak berkuasa tempatan serta pihak polis.Sebagai seorang pemuda yang masih belum berkahwin, Endry merasakan dia memerlukan seorang pembantu.Dia meminta pendapat temannya itu dalam hal tersebut.Namun dia tidak pula menafikan segala risiko dengan cadangannya itu memandangkan dia masih bujang lagi.
       Di pagi ini Endry terpaksa berurusan dengan pihak berkuasa tentang kes kejadian semalam.Dia bersama teman teman serta bapa saudaranya Mr Hendrick Bohdger Taslucas telah pun memenuhi di ruang pejabat Balai Polis Maverick bermula sejak awal pagi lagi.Dari maklumat risikan pihak polis yang dijumpai telah mengklasifikasikan kes kejadian itu semalam sebagai cubaan bunuh berompakan.Endry walau pun tidak dapat menerima kenyataan itu tetapi tetap kelihatan tenang sahaja.Setelah pihak berpuas hati dengan segala butir butir keterangan yang diperolehi daripada semua yang hadir di pagi ini, Endry yang diwakili oleh pihak telah diizinkan masuk ke rumahnya bagi bertujuan membantu penyiasatan serta untuk mendapatkan barangan keperluan sedia ada di situ.Endry turut diingatkan supaya tidak sama sekali memasuki ke kawasan lokasi kejadian yang telah dihadkan oleh pihak berkuasa tempatan serta pihak polis bagi mengelakkan urusan penyiasatan sedang dijalankan daripada diganggu.Setelah sejurus meninggalkan pekarangan Balai Polis Maverick, Endry dan kawan kawan serta bapa saudaranya mula menuju ke rumah sambil diringi oleh kenderaan pihak berkuasa polis.Setibanya di rumah, dia mendapati tiada sebarang tanda tanda yang mencurigakan.Segalanya berkeadaan seperti biasa dan tiada sedikit pun sebarang tanda ganjil di dalam kediamannya itu.Dia hanya mendapatkan beberapa helai pakaian serta barangan keperluan harian yang lain seperti sabun, ubat dan berus gigi untuk dibawa bersama.Selesai saja, Endry pun terlintas di dalam hatinya tentang kejadian itu.Dia cepat cepat mencari kelibat mereka yang lain, kelihatan mereka semua ada bersama pegawai petugas polis yang sedang membuat beberapa rondaan kecil di sebelah belakang rumahnya.Endry bersama bapa saudaranya masih berada di ruang tamu dan mereka sedang bersiap hendak keluar.Tiba berhampiran di sebuah bilik, tiba tiba dia terdengar suara anak kecil sedang menangis.Endry berpaling memerhatikan kepada bapa saudaranya seketika, tiada pula sebarang riaksi daripada orang tua itu.Lalu dia lekas lekas mengajak orang tua itu pergi dari situ tanpa memberitahu apa apa kepadanya.Mr Hendrick Bohdger hanya mengikut sahaja sambil berjalan mengiringi Endry keluar dari rumah.Sambil itu Endry berasa sedikit hairan bila mendapati bapa saudaranya tiada menunjukkan sebarang riaksi tentang kejadian pelik itu sebentar tadi.Melihat kedua dua anggota polis ada bersama sama dengan mereka yang lain lalu Endry lekas lekas pergi mendapatkan mereka.Tiba saja, salah seorang petugas itu bertanya kepadanya dengan berkata.

"Ada apa apa tanda di dalam?"

Tanya petugas bermisai tajam itu.Endry sedikit teragak agak bila diusul begitu sebentar tadi.Dia berat hendak berkata kerana tidak tahu macam mana hendak memberitahunya.Lalu dia pun memberanikan diri membuka mulut untuk memberitahu kepada petugas itu.Katanya.

"Ada suara budak menangis di dalam!"
"Tapi tak nampak tanda tanda lain!"

Endry berpaling memandang bapa saudaranya yang sedang duduk di atas bangku ada di bawah pohon Marlberry di situ.Petugas itu sambil mengambil statement sambil bertanya lagi kepadanya dengan berkata.

"Adakah anda pasti barang barang milik awak ada bersama sekarang?"
"Awak pasti?"

Soal petugas itu sambil sedikit menduga bila melihat Endry seolah olah kelihatan sedang terkeliru dengan keadaan semasa di ketika ini.Dia mengangguk kepalanya tanpa berkata apa apa.Sambil itu, bunyi suara anak menangis masih terngiang ngiang di telinganya sambil berlegar legar bermain di fikiran.Endry terpaksa berbuat sesuatu agar fikirannya tidak terus dibelenggu dengan kejadian yang dialaminya sebentar tadi.Dia cuba menghampiri teman temannya yang sedang berbual di bawah pohon tadi.Bapa saudaranya kelihatan begitu senang sambil melayan mereka semua.Senang sedikit hatinya bila terlihatnya.Mereka di minta beredar dari  kawasan itu seberapa segera bilamana sekumpulan pihak berkuasa telah tiba di pekarangan rumahnya itu.Mereka akan melakukan segala penggeledahan di kediaman miliknya itu.Menyedari mereka tidak diperlukan lagi untuk berada di situ, Endry terus mengajak mereka yang lain ke sebuah Kedai Kopi berdekatan.Selesai menjamu kawan kawan, Endry pun terus pulang ke bilik sambil ditemani Steven.
        Sudah acap kali Steven membantah niat kawannya itu.Sudah puas Steven menasihatkannya supaya bawa baersabar.Endry seolah olah sedikit tertaksub dengan apa yang telah dialaminya di ketika ini.Dari pengamatan Steven, Endry sedang mengalami suatu trauma kecil pada ketika ini.Dia semampu boleh untuk menyelamatkan jiwa kawannya itu daripada terus diganggu.Anggapan sahaja tidak mencukupi dan tidak dapat menyelesaikan apa apa.Mereka perlu bersabar dan menyerahkan kepada pihak untuk menangani perkara ini.Endry kelihatan sedikit berkeras hendak menyelongkarnya sendiri.Dia seakan akan sudah teresap oleh suatu simpton.Steven menyedarinya sekembali mereka dari tempat lokasi kejadian pada petang tadi.Dia ada menghubungi teman teman yang lain supaya bersikap berhati hati dengan kawan mereka itu.Jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 12.09 tengah malam.Mereka berdua masih berada di dalam sebuah bilik sewa di motel tersebut.Pada awalnya Steven ingin beredar dari situ setelah menemaninya untuk seketika.Memandangkan Endry pula kelihatan emosinya tidak berapa stabil, dia membatalkan niatnya.Steven terasa lapar tetapi ditahannya.Lalu dia mengajak kawannya itu keluar untuk ke Kedai Makan berdekatan.Endry menolak dengan alasan perutnya terasa tidak sihat.Steven lalu meminta kawannya itu menunggu seketika kerana dia hendak mencari sedikit makanan.Endry hanya mengangguk sahaja.Steven terus berlalu sambil menuju ke sebuah Kedai Kopi berhampiran motel tersebut.Mulanya dia bercadang hendak membawanya pulang tetapi dia membuat keputusan untuk minum di situ.Sambil minum sambil dia memerhatikan ke atas jalanraya.Suasana di sekitar kawasan situ agak terang sambil dilimpahi cahaya lampu jalan di kiri kanan jalanraya.Steven tiba tiba ternampak sebuah kenderaan seakan kenderaan milik kawannya tadi sedang meluncur laju di atas jalanraya.Dia terus memerhatikan ke arah kenderaan itu, kelihatannya agak kabur dan samar samar kerana kenderaan itu dipandu dengan agak laju oleh si pemandunya.Hatinya tiba tiba berasa tidak sedap.Dia lekas lekas menyelesaikan makanannya lalu terus bergegas pergi selepas membayar.Dia cuba menyusul kenderaan tadi tetapi ia hilang dari pandangannya sepantas kilat pula.Hanya satu saja alibi yang dia ada, lalu dia terus meluncur laju kenderaannya sambil menuju ke kediaman kawannya itu.Setiba saja, Steven cuba mencari kenderaan yang dilihatnya sebentar tadi.Tidak kelihatan di situ.Dia merasa hairan.Seketika, dia memerhatikan ke sekeliling di seberang jalan sana, terdapat sebuah kenderaan sedang berhenti ada di birai jalan.Dia keluar dari kenderaannya lalu dia berjalan sambil menuju ke arahnya.Ternyata telahannya benar, dan memang Endry ada di sekitar kawasan itu.

*to be continued...
       

MENARA BERHANTUWhere stories live. Discover now