TERBAWA BAWA

12 1 0
                                    

♡3♡
*****

        Papan penghadang laluan di kawasan lokasi itu tiba tiba tumbang bila dirempuh tubuhnya.Endry tidak begitu perasannya di dalam suasana malam yang agak gelap itu.Dia mengangkat semula papan itu.Endry memerhatikan ke sekeliling takut kalau kalau ada sesiapa terlihatnya.Tiada sebarang tanda.Dia sedikit lega jadinya.Dia telah bertekad hendak menyelongkar di dalam kediamannya itu.Dia sudah tidak tahan lagi setelah segala semua ini terjadi terhadap dirinya.Dia akan menghapuskannya dalam sedikit waktu lagi.Endry sengaja merahsiakan tindakannya itu daripada pengetahuan temannya Steven kerana bimbang kawannya itu tidak akan bersetuju dengannya.Dia menoleh ke belakang seketika, tiada sebarang sesiapa.Endry mengeluarkan kunci rumah dari dalam poket seluarnya.Tiada sebarang masalah baginya.Pintu dikuaknya perlahan lahan sambil berhati hati.Sejurus masuk ke dalam, dia memerhatikan ke sekeliling di luar rumah, bimbang jika ada sesiapa ternampaknya.Tiada sesiapa.Dia terus menutup kembali pintu.Setelah menguncinya, dia berdiri di situ seketika.Lama dia memerhatikan keadaan di sekeliling rumah.Kemudian dia berjalan menuju ke dapur.Teringat pula dia kepada seorang petugas yang telah mengingatkannya supaya jangan menyentuh sebarang makanan terdapat di situ.Dalam keadaan gelap malam, dia sedikit meraba raba.Endry menjadi buntu seketika dengan tindakannya itu tetapi dia harus mengetahui kedudukan sebenar apa yang sedang berlaku di dalam kediamannya itu.Dia kemudian cuba menyelongkar ke dalam bilik tidur pula.Diperiksanya di setiap kabinet, tiada sebarang tanda tanda ganjil di situ.Endry tiba tiba terlintas tentang suara tangisan yang ada didengarinya tempohari.Tiada kesan tanda tanda orang menyelinap ke sini.Dia mengeluarkan smartphone dari dalam poket seluarnya.Seketika dia menyuluh ke sekeliling di dalam bilik itu.Kelihatan sebuah kotak seakan sebuah peti radio terdapat di bucu dinding di bawah katil.Dia merangkak naik di atas katil lalu dituiskan kotak itu keluar.Sebentar, kotak itu sudah ada di tangannya.Dia menelitinya seketika dan mendapati ianya sebuah kotak perakam suara.Endry merasa hairan pula.Dia mengeluarkan sekeping tape yang masih ada terdapat di situ.Setelah mengujinya, ternyata alat itu masih dapat berfungsi.Setelah jelas, Endry terus mendengar segala suara yang telah terakam ada tardapat di dalam tape rakaman itu.Endry seakan tidak percaya dengan apa yang telah didengarinya itu.Terdapat juga suara perbualan di antara dua lelaki yang berniat jahat terhadap dirinya.Jika tidak silapnya, dia pernah biasa dengan suara suara itu.Endry termenung seketika di dalam bilik itu.Dia bagai bermimpi bila diingat ingatkan kembali.Sudah hampir setahun dia merasakan ada sesuatu yang mengganggunya selama ini.Hari ini terungkailah sudah segala persoalan yang membelenggu benak fikirannya itu.Dia tidak dapat menafikan segala alibi yang dilihatnya itu tetapi dia perlu mengambil sikap berhati hati, bimbang kalau kalau jika terdapat kesan sampingan di atas apa yang telah dilaluinya itu.Dia perlu berjumpa doktor.Mungkin trauma dialaminya itu bakal memberi kesan teruk terhadap kerjayanya.Lebih baik mencegah daripada membiarkan ianya terus melarat.Sesudah berpuas hati dengan apa yang ditemuinya, Endry membuat keputusan untuk pulang ke bilik.Dia sambil berhati hati sambil melangkah keluar.Diperhatikannya ke sekeliling rumah, tiada sebarang masalah baginya.Endry lalu terus pergi mendapatkan kenderaan.Tidak lama memandu dia pun tiba.Kelihatan Steven sudah terlena di atas kerusi.Timbul pula rasa kesian terhadap kawannya itu.Endry menarik sehelai rebar dari dalam beg dan diselimutkannya ke atas sekujur tubuh kawannya itu.Dia tidak memikirkan apa apa lagi dan terus merebahkan tubuh.Sedar sedar, hari sudah siang.Matahari pagi kelihatan tegak berdiri di Ufuk Timur.Endry merasa seluruh tubuhnya bagai berakar seolah olah ada sesuatu melingkari ke segelinap tubuh badannya di waktu ini.Terasa pula sakit serta sengal sengal tulang di belikat tubuhnya.Steven kelihatan sudah tiada di kerusi.Endry tercari cari ke mana pula kawannya itu pergi.Dia malas pula hendak keluar memandangkan dia belum lagi mencuci badan.Dicapainya tuala dan lalu dia terus menuju ke bilik air.Selesai saja, Endry dapati Steven sudah ada di atas kerusi.

"Ke mana engkau?"
"Aku lewat sedikit pagi ni...letih badan Aku entah kenapa!"

Tegurnya sambil tidak memikirkan ke lain.Steven memang sudah tahu apa yang dilakukan temannya itu malam semalam.Sengaja dia membisu, bimbang temannya akan berasa terganggu pula.Steven lalu berbunyi dengan berkata.

"Oh! Aku pergi ambil angin pagi!"
"Suasana elok di pagi ini!"

Jawab Steven sedikit mengelak.Dalam pada itu di fikirannya masih tertanya tanya.Dia memerhatikan Endry dan seketika dia mengalihkan pandangannya ke luar jendela.Jelas dapat dilihat suasana di luar sana memandangkan kedudukannya betul betul mengadap ke arah luar jalanraya.Sebentar Endry pula bertanya.

"Kita ni...habis macamana?"
"Takkanlah tak buat apa apa?"

Tanyanya sambil memandang kepada Steven.Steven kelihatan seakan baru tersedar.Lalu dia berbunyi.

"Ops! Aku baru ingat!"
"Projek kita di sana!"

Rungut Steven.Dia memerhatikan kepada kawannya itu seketika.

"Engkau pula...macamana?"

Tanyanya pula kepada Endry yang sedang bersiap itu.Endry tidak berbunyi apa apa sebaliknya dia terus menyarung seluar yang hendak dipakainya.Selesai saja, Endry pun berbunyi.

"Kita teruskan...apa susah?"

Katanya seraya bertanya.Steven berfikir sejenak.Sebentar dia bersuara.

"Kalau begitu...jomlah!"
"Apa ditunggu tunggu lagi?"

Balas Steven.Melihat kawannya itu sedikit bersungguh lalu Endry pun terus mendapatkan barang barang perkakas mana yang perlu untuk dibawanya bersama.Steven kelihatan tidak berapa loghat mana memandangkan semua barang perkakasnya sudah tersedia ada di dalam but kenderaannya.Setelah selesai bersiap, mereka terus menuju ke tempat kerja.Sebuah tapak projek bangunan raksaksa kelihatan tersergam megah sambil diliputi dengan kabus memutih di sekelilingnya.Bangunan yang akan menjadi puncak menara tertinggi di pusat bandaraya ini itu diperhatikan mereka berdua seketika.Mereka berdua lalu terus menuju ke lif ada berdekatan.Beberapa minit, mereka sudah berada di tingkat tiga puluh.Endry dan Steven kelihatan sedang menyiapkan semua alat alat perkakas untuk memasang segala peralatan hiasan di dalam kediaman itu.Barang barang peralatan hiasan semuanya sudah ada tersedia di dalam kediaman itu.Mereka mula membuat kerja masing masing dengan tidak menghiraukan apa apa lagi.Steven begitu sibuk memasang alat alat pendawaian elektrik.Endry pula sedang memasang penghias dinding di dalam sebuah bilik.Bunyi bising agak membingitkan ke telinga di ketika ini.Mereka berdua memang sudah memakai alat pengalis bunyi.Mereka mendapat kontrak memasang serta membina hiasan dalaman rumah itu daripada bidaan mereka berdua hampir beberapa bulan lalu.Endry yang menguruskannya selama ini.Kontrak yang berharga kira kira lima puluh ribu ringgit itu sudah hampir separuh siap.Semua kerja kerja pemasangan segala peralatan hanya tinggal untuk beberapa buah apartmen saja lagi.Endry dan Steven kelihatan begitu tekun membuat kerja masing masing hingga terlupa hari sudah petang.Sudahlah makan tengahari mereka hanya mengambil bekal yang ada dibawa bersama.Endry sejurus memerhatikan jam di tangan lalu terus pergi mendapatkan Steven.Kelihatan Steven sedang duduk bersandar di tepi dinding sambil berehat.Dia lalu berbunyi kepada Steven dengan bertanya sambil berkata.

"Macamana...nak balik sekarang?"
"Aku pun dah siap dah!"

Tegurnya.Steven mengangguk ngangguk kepalanya tanda bersetuju.Kelihatan semua alat alat perkakas peralatan kerja sudah disimpan.Dia sejurus berkata lagi.

"Biar Aku berkemas dulu!"

Katanya sambil meminta izin.Steven hanya membiarkan saja tanpa berkata apa apa.Sebentar Endry datang kembali sambil bersiap untuk pulang.

"Hah! Jomlah..!"
"Apa kata kita berhenti minum?"

Ajaknya kepada kawannya itu.

"Boleh jugak!"

Balas Steven sambil lewes saja bunyi suaranya.Mereka berdua lalu sama sama turun ke bawah dengan menggunakan lif yang sama juga.Setelah mempastikan tiada apa apa ketinggalan, mereka berdua terus bertolak sambil menuju ke sebuah Kafetaria ada berdekatan di tepi jalanraya.Steven memandang jam berada di hadapan, menunjukkan sudah ke pukul enam petang.

MENARA BERHANTUWhere stories live. Discover now