1

715 9 0
                                    

" Abang? Awalnya abang pulang hari ni..."

Aku menegur suamiku. Tangan dihulur untuk bersalam. Pelik. Kenapa dia tak menyambut salamanku seperti hari-hari sebelumnya?

Matanya tajam merenungku wajahku. Wajahnya bengis, apakah yang sedang mengganggu ketenteraman hatinya?
Aku gagahkan diri untuk bertutur.

" Abang, Ana...Ana ada perkara penting nak cakap ni." tuturku lembut.

Hatiku tertanya-tanya, adakah dia akan gembira menerima berita yang bakal aku khabarkan nanti? Aku berharap sangat dia akan gembira...yalah, anak sulung aku sudah pun mencecah usia tiga tahun. Zariel Zacquan memang dah lama merayu mahukan seorang adik...kali ini, permintaannya tertunai.

" Abang...Ana...seb...sebenarnya..." Aku menjadi gabra tetiba.

"SEBENARNYA apa??Huh..."

Aku tersentak apabila Zafran mengherdikku. Mengapa dia berubah dalam sekelip mata? Di manakah salahku?

Zafran mencengkam daguku. Kasar. Aku terdongak, aku dapat melihat mukanya yang merah...menahan marah.

" Kau nak cakap apa SAYANG? Atau...kau dah ada jantan lain.Kenapa? Kau dah fed-up dengan aku?"

Apa semua ni? Kenapa Zafran menuduhku sebegitu rupa...tidak pernah aku menduakan cinta Zafran...aku berteka-teki...riak terkejut aku tidak dapat disorokkan.

" Kenapa? Terkejut yang aku dapat tahu permainan kau?...Ana...Ana...Aku memang berterima kasih kepada orang yang menghantar gambar-gambar tak senonoh kau ni...J-I-J-I-K aku tengok!"

Zafran mencampakkan gambar-gambar tersebut tepat ke muka Ana. Ana mengutipnya...

Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini...sekarang dia ingat siapa dalang di sebalik fitnah ini...Myra...sampai hati kau!

" Abang,tolong jangan percaya dengan gambar karut ni...Ana masih setia pada abang...Ana masih taat pada abang, abang suami Ana."

Aku merayu kepadanya. Aku menangis...terlampau berat tuduhan yang dilemparkan Zafran itu.

" DON'T you dare not to admit, Ana! Bukti dah ada depan mata, apalagi yang kau tak puas hati? Kau memang kotor! Cakap kat aku Ana...siapa jantan tak guna ni? Apa yang HEBAT sangat tentang dia? Apa yang dia ada yang aku tak ada? Answer me DAMN IT!"

Suara Zafran sudah berada di oktaf tertinggi. Seraya itu...tangannya kasar menampar pipiku! Aku terduduk.
Pedihnya tidak usa aku katakan...namun, hatiku lagi pedih...insan yang telah aku cintai dari sekolah menengah sudah tidak mempercayaiku...apakah lagi sisa buat diriku?

" Abang...Ana kena perangkap, bang...Myra telah memerangkap Ana, bang...dia telah..."

Belum sempat aku menerangkan keadaan sebenar, aku dihadiahi pelempang buat kali kedua. Darah mengalir keluar dari celah bibirku.

" Hoi betina sundal! Jangan kau berani nak memburuk-burukkan adik aku! Biarpun dia hanya adik angkat, dia menghormati aku...dia mencintai aku! Bukan macam kau! Dasar tak sedar diri! Memang aku menyesal berbinikan kau...aku sepatutnya dengar cakap bonda untuk bernikah dengan Myra...tapi kau jerat aku dengan cinta palsu kau tu!"

Zafran menunjal kepala aku.

" Now, you get lost from my house! 15 minutes, kalau kau tak berambus dalam masa 15 minit tu, aku bunuh kau!"

Tangisanku semakin menjadi-jadi. Siapakah aku tanpa Zafran dan Zariel?

' Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini...'

"Apa lagi yang kau tercegat kat situ? Lagi cepat kau kemas, Lagi cepatlah kau berambus...tapi ingat...aku tak akan dan tak pernah sesekali akan menceraikan kau...kalau kau dah kejam dengan aku, aku pun boleh jadi lebih kejam daripada kau!"

'Ya Tuhan, apakah semua ini? Tenangkanlah hati ku dalam menghadapi hari-hariku, wahai Pencipta!'

Aku hanya mengemas beberapa helai pakaian. Pakaian mengandung juga aku bawa sama. Hatiku semakin pilu mengenangkan nasib anak yang dikandung ini...maafkan mama sayang, mama janji...suatu hari nanti, sayang akan berjumpa dengan papa...

Aku menghala ke bilik Zariel Zacquan. Begitu polos wajahnya ketika tidur. Aku mengucup dahinya lama...setitik air mataku menitis pada wajahnya...

Tiba-tiba, tangan aku ditarik kasar...Zafran sedang menahan amarah yang menggelodak.

Aku ditarik keluar dari bilik Zariel.

" Kau jangan berani nak dekat dengan anak aku! Kau tak layak! Ni, tandatangan borang poligami ni...aku dah cari mama yang sesuai untuk Zariel!"

Dia menggenggam tangan aku dan memaksa aku untuk menurunkan tandatangan.

"OK...kau dengar sini baik-baik, kami dah tak perlukan kau dalam hidup kami! Myra boleh jadi mama yang baik untuk Zariel dan juga bakal anak-anak aku! Kau boleh pergi mampus dengan jantan durjana tu! Aku tak HERAN...
Aku lagi suka kalau kau merana...hahaha"

Tajam sekali kata-katanya. Hancur berkecai hati aku...

" Abang, tolong jangan buat Ana macam ni bang, kesiankan anak dalam kandungan Ana ni bang...dia anak kita, bang"
Aku dah melutut di kakinya.

" Anak kita? You said t-h-a-t thing in your womb is our child?
Lawak betul kau yea? To HELL with it! Kau buat projek dengan jantan tu, kau suruh la dia tanggung his 'construction cost'...kenapa aku pulak? Dah...tak payah nak buat drama kat sini...kau KELUAR sekarang!"

Tengku Zafran Aidi mengheretku hingga ke pintu pagar...aku sudah lencun bermandi air hujan yang lebat, seakan-akan turut menangisi nasib diriku ini.

" ABANG!! Tolong jangan buat macam ni...PLEASE Bang, this baby needs you...I NEED YOU!"

"Lea Dayana, mulai saat ini, kau aku gantung tak bertali!"

Aku melalak macam orang histeria dari luar pagar yang telah dikunci...Zafran yang ketika itu ingin memasuki rumah, berpatah balik ke arahku!

" Aku lupa, mana kunci pendua rumah dan kad kredit yang under nama aku?"

Aku menyerahkan semuanya ke tangan lelaki itu.

"Jangan datang dekat dengan keluarga aku, kalau kau masih sayangkan nyawa kau!"

Setelah itu, Zafran menuju ke dalam rumah. Apakah lagi yang tinggal untukku?

Telefon bimbitku berbunyi...

" Assalamualaikum, Abang Luth?"

"Ana...sabar ye adik...mama dan papa kemalangan, mereka dah tak ada...abang on the way pick-up adik ni, dalam 2 minit lagi abang sampai...kita ke hospital sama-sama ye?Kak Reyhan kamu dah ada kat sana."

Kosong...hidup aku sudah kosong...sekaligus orang yang aku sayangi diragut sekelip mata...aku terjelupuk di tepi jalan...hujan pula semakin menggila...aku menangis sepuas-puasnya...

" Adik? Ya Allah...cepat masuk..."

Tengku Luthfy menarik aku ke arah keretanya...aku ibarat patung yang tidak bernyawa...

" Polis kata, kereta papa dan mama kena sabotaj, mereka putuskan brek...esok baru nak kebumikan...sabar ye adik...adik seorang yang kuat."

Maafkan adik abang, adik bukan lagi seorang yang kuat semangatnya...adik tak kuat...kenapa bang? Kenapa semua ni adik yang kena tanggung? Kenapa orang tak puas hati dengan kita, bang? Kenapa?

KERANA RAYYANWhere stories live. Discover now