Bab 17

3K 63 6
                                    

"Abah..tak ada cara lain lagi ke?" Redza angkat muka pandang wajah Encik Zulkifli yang berdiri menongkat tangan pada meja luar. Encik Zulkifli pandang menantu dia yang duduk menongkat lutut dan gemggam jemari dia tu. Nampak risau sangat.

Encik Zulkifli mengeluh. Sekarang sudah Lewat malam. Apa lagi yang patut mereka lakukan setelah report polis? terkejut bukan kepalang dia dengan isteri dia bila nampak Redza tergopah gapah datang ke sini dan beritahu berita buruk itu tadi. Sampai pengsan sekejap Puan Zaiton itu sekaligus seisi rumah menghurung dia.

"Bila lagi kau perasan Lisa hilang tu?" Afiq buka soalan lepas tiada maklum balas dari Encik Zulkifli. Redza menunduk. Afiq duduk di hadapan Redza dengan menyilangkan satu kakinya ke paha kiri dia. Nampak macam suasana pekerja dimarahi majikan pula.

"Aku..aku tak tahu..yang pasti dia ada call aku sekejap.tu pun dia tak bercakap langsung. Senyap je..aku tak tahu yang call aku tu Lisa atau penculik tu saja je buat macam tu" Redza menutur perlahan. Memang semangat nya sudah hilang sekarang. Dia hanya bergantung kepada Allah dan keluarga dia untuk pulihkan semangat dia sekarang.

"Bila fikir2 balik kan.. untuk apa penculik tu call kau? Nak kantoi ke apa? Bayangkan korang jadi penculik.korang nak bagi hint ke korang culik pukul berapa..nak tinggal kan kesan ke? Tak kan.. kau pun cakap tadi za..takde apa2 kesan pun kan yang ada orang masuk. Pintu kunci semua. Tingkap pun tertutup semua. Apahal pulak tangan dia tu gatal nak call kau? Tak logik kan? Aku rasa itu memang Lisa yang call" belum sempat Redza tarik nafas,Adam sudah memintas.

Semua orang memandang Adam dengan riak berfikir. Memang semua berkumpul di luar balkoni sekarang. Angin malam yang menampar lembut tubuh mereka menambahkan lagi kedinginan tubuh.

"Tadi angah cakap semua pintu dengan tingkap berkunci kan? Takde jejak langsung ke? Tapak kasut ke apa?" Puan Zaiton menggamit tangan Adam yang duduk bersahaja di sebelahnya. Adam pandang Puan Zaiton dan terus pandang Redza.

"Redza cakap tingkap tak berkunci..betul kan za?" Adam masih memandang Redza. Redza angguk sambil pandang Puan Zaiton.

"Tadi Za sempat tengok keliling rumah. Memang tak de tapak kasut..yang za nampak laptop dengan henfon Lisa.." Redza kembali tunduk. Dia ketap rahang. Nama itu sangat mengusik jiwanya sekarang. Dia rindu Lisa..

"Kita sama2 tunggu laporan dari polis..tak payah lah sesak2 kepala fikirkan hal ni.sama2 kita doa supaya Lisa selamat." Encik Zulkifli bersuara kemudian nya. Nampak memang bersahaja tapi hati ayah mana yang tak risaukan anak nya diculik? Anak perempuan lagi tu.

Semua mengangguk kecuali Redza. Dia menunduk.

"Maafkan Za sebab tak jaga Lisa dengan elok..za memang tak pandai jaga isteri. Za ingat,Lisa akan rasa bahagia bila ada za untuk lindung dia tapi za-"

"Redza..benda dah jadi. Kamu cakap banyak dekat sini pun bukannya boleh bawa Lisa balik. Dah memang takdir Allah.ada hikmah nya tu" Encik Zulkifli terus memintas sebelum Redza habis berkata. Redza mengeluh kecil. Perlahan2 dia bangun dan berlalu dari situ.

Mereka pandang satu sama lain. Jelas terpancar riak resah dalam wajah mereka. Kak dayah pula tak berani mahu bersuara di saat genting ini. Dalam hatinya tak putus2 berdoa agar adik iparnya tidak diperlakukan apa2.
--------------
Redza masuk dalam bilik. Ditolak pintu bilik Dengan perlahan. Tak bertutup rapat. Di hempas tubuhnya pada katil bilik dia dan Lisa dalam rumah mentuanya. Wajahnya disembam pada bantal.

Isteriku AlissaWhere stories live. Discover now