Part 4

279 6 6
                                    

Awal pagi aku dibangunkan oleh deringan jam loceng hello kitty aku. Mata aku gosokkan sebelum merengangkan bahu ke kiri lalu ke kanan.

Selepas mandi aku terus menyiapkan diri ke sekolah aku terus turun menyapa ayah yang sedang makan di meja dapur.

"Eh anak ayah ini dah bangun" sapa ayah dahulu sebelum dia mengambil beg bimbit hitamnya. Aku pun mengangguk lalu menyapukan nutella kepada roti.

Sepanjang berserapan, banyak ayah cerita tentang ekonomi syarikatnya. Namun satu hapak pun aku tak faham. Aku sekadar mengangguk je.

Selesai itu aku terus menyalam ayah lalu menuju ke kereta. Aku harini dah dibenarkan membawa kereta sendiri pasal aku dah ada lesen. Omg aku pun tak sangka aku berpeluang untuk membawa kereta. Dulu habis ayah larang sangat aku ada kereta. Katanya belum sesuai lagi.

Audi. Itu jenama kereta yang aku idamkan. Akhirnya sebagai pembukaan aku mengunakan kereta ini dengan hati berbunga. Haruman kereta baru menusuk ke rongga hidung.

Salah satu yang aku suka ialah memasang lagu kegemaran. Terasa tenang membawa walaupun baru pertama kali memandu dalam seumur hidup.

Aku lalu dihadapan sebuah cafe, tiba tiba kepala aku pusing dan pening seperti mencuba ingat sesuatu memori. Entahlah kenapa aku rasa emo sangat sekarang. Seperti pernah ke sini.

Sesampai sahaja aku di sekolah, aku diperhati oleh banyak orang. Aku cuma buat riak biasa walaupun dalam hati ini nak meletup. Namun sempat aku tangkap beberapa bisikan yang menyapa gegendang telinga..

'Ehh bukannya dia yang suka prince school tu ke?'

'Aku rasa dia gold digger tu lah nak dekat kat prince school'

'Muka je cantik tapi perangai ke neraka. poyolah'

'Aku sangka dia baik lupanya perempuan materialistik'

Aku rasa tubir mata aku mulai bertakung. Aku segera cepatkan langkah. Aku hanya memikirkan satu tempat. Bilik Musik.

Di bilik musik aku terus melepaskan tangis yang ditahan. Aku tak tahu mengapa mereka benci sangat kat aku. Adakah aku dah rampas prince school mereka?. Bukan aku yang mahu semua ini.

Aku terus memandang piano putih yang berada di sebelah aku. Perlahan lahan tangan aku menekan kekunci piano(?). Lagu Tergantung Sepi by Haqiem Rusli aku nyanyikan seiring memainkan piano.

Entah aku kenapa emo sangat hari ini. Aku cuma memfokuskan diri menyanyi. Pipi yang kering tadi basah kembali. Aku sangat menghayatinya seperti meluahkan perasaan. Tiba tiba wajahnya terpampang di layar minda. Alex.

Alex P.O.V

Memandangkan aku harini awal yang teramat awal kerana dimarah oleh ibu lewat terus ke sekolah. Aku lalu kawasan ke blok D. Tiba tiba suara merdu menyapa ke telinga. Aku pusing ke arah tempat itu. Bilik Musik.

Aku mengintip ke dalam. Kelihatan seorang perempuan berambut panjang sambil memainkan piano dan bernyanyi lagu itu. Ya, lagu yang aku dan dia sahaja yang tahu maksud tersirat. Aku rindukan dia. Namun aku kena berjuang demi keselamatan dia.

Suara itu. Suara yang membuat aku tak tenang tidur. Selalu memimpikan dia. Kalaulah Isya sedar daripada penyakitnya ini mungkin kami dah bahagia. Namun aku berdiri di bumi nyata. Aku tak boleh memaksa dia. Biarlah dia sendiri memulihkan diri.

Tiba tiba nyanyi berhenti lalu dia memusingkan badan ke belakang. Aku terus pantas melarikan wajah dari pintu. Aku perasan yang matanya sembab dan berair. Aku faham kau isya.

Author P.O.V

Aku merasa diperhatikan dari tadi. Air mata yang di pipi aku sapu kasar lalu segera berdiri mengambil beg di sebelah kerusi piano yang duduk ini.

Jam tangan DW aku pandang sekilas menunjukkan pukul 8 pagi. Tak lama lagi perhimpunan, better aku gerak sekarang. Kaki aku langkah ke dewan perhimpunan.

Di luar bilik Musik kelihatan Alex. Aku terkejut seketika sama seperti dia. "Awak buat apa kat sini" soal aku. Dia segera berdiri dihadapan aku.

"Tak adalah sahaja lewat bahagian sini tadi. Tu yang berhenti sekejap kat sini" bohongnya. Aku mengangguk lalu ingin meninggalkan dia namun tak sempat aku mengangkat kaki, tangan aku ditahan.

"Jomlah sama sama gerak" katanya lalu aku pun mengangguk dan berjalan sebelahnya. Banyak yang kami cerita sepanjang perjalanan ke dewan perhimpunan.

Sesampai di dewan aku membuka pintu lalu semua memandang kearah kami. Semua memandang. Memandang tajam.

Aku pun dengan kekuatan yang tersisa terus masuk kedalam. Alex dengan riak biasanya hanya maju ke barisan kelasnya berbanding aku yang menunduk kepala malu.

Bisikan dari kiri dan kanan aku buat pekak. Malas nak ambil tahu namun sesuatu bisikan itu membuat aku terus memandang empunya suara.

'Dialah yang kemalangan tu kat depan cafe haritu' bisik perempuan itu kepada kawannya. Aku cuba menenangkan diri.

Dibarisan kelas aku terus berdiamkan diri sambil fokus dengan pembicaraan daripada guru besar.

Selesai perhimpunan aku terus mencepatkan langkah ke kelas. Dah muak nak dengar cacian dan sindiran dari orang. Hati ini rasa nak berdarah menahan tangis.

Pintu kelas aku buka, kelihatan semua pelajar sekelas aku duduk di tempat diorang masing masing. Aku duduk di tempat duduk ku. Sempat ada yang memandang tajam dan sinis kearah aku selain dia. Alex yang memandang aku dengan senyuman manisnya aku balas dengan senyuman ku.

Loceng pun berdering menandakan waktu pembelajaran bermula. Kelihatan madam agnes bersama buku ditangannya masuk ke dalam kelas. Semua memberi salam lalu membuka buku teks dan pembelajaran pun berjalan seperti biasanya.

Selesai sekolah aku terus ke bilik loker. Kunci loker aku keluarkan dari poket beg. Pintu loker aku buka lalu mengambil baju sukan. Pakaian aku tukar lalu keluar dari ruang itu.

Aku terasa seperti diperhati dari jauh namun aku cuba menepis perasaan itu. Di bilik musik aku duduk dihadapan piano. Lirik lagu di beg aku ambil lalu meletakkan dihadapan aku.

Dengan mengucapkan bismillah aku pun mula menekan kekunci piano. Ahh lagu ini. Seperti melayarkan sebuah peristiwa manis dan pahit yang aku tak seberapa ingat. Kepala aku menjadi pening dan berdenyut denyut. Tak sempat aku membuka beg mengambil ubat aku terus rebah.

Pandangan aku semakin kabur dan gelap. Pandangan terakhir yang aku lihat ialah wajahnya. Wajah Alex menyambut aku.

TBC

Unforgettable LoveWhere stories live. Discover now