Chapter 2

370 17 5
                                    

"Urmm, nak tanya sesuatu boleh tak" Iman mengangkat tanganya.

"Ya? Kenapa Iman?" Muka dia nampak grlisah. Mata pun tidak statik. Sering memandang ke tempat lain, mengelakkan pertemuan antara matanya dengan orang lain.

"Apa yang kau baru cakap tadi? Aku... aku tak faham." Dia menggunakan intonasi kecewa yang sengaja membuatkan mukanya yang cukup polos menambahkan lagi kecomelan dia. Memang tak dinafikan dia ni manja tapi kalau dah membelasah. Allahu. Mengucap banyak-banyaklah ya nak.

"Ohh aku cakap kita kena tolong dia dengan cari cara penyelesaian terbaik."

"Ohhh okay," jawabnya. Aku menepuk bahunya sebagai tanda sokongan. "Takpe, kita nanti sama-sama belajar. Perlahan-perlahan nanti kita pandai juga. Kita ajar sesama kita nanti tau. Janganlah risau." Tiba-tiba, persekitaran berubah menjadi suram.

Setiap orang memikirkan SPM yang bakal mereka tempuhi termasuk aku. Aku taklah pandai sangat. Cuma, aku ada seseorang yang special yang sanggup luangkan masa ajar aku.

Nak tahu siapa?

Nantilah. Huhu

Macam biasa Isnin adalah hari di mana perhimpunan rasmi diadakan. Aku memasang telinga tetapi aku sudah sampai ke Singapura. Sorry, pengetua tapi saya tak berminat nak dengar ucapan bagai ni.

Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Akan tetapi, mataku acap kali tertumpu pada seseorang yang tidak asing lagi bagiku. Aku perhatikan dia sedang khusyuk menulis segala info dari guru bertugas.

Kadang-kala, aku perasan yang dia selalu membuat muka blur which is dapat menggembirakan jiwa aku. Aku pun tak pasti mengapa tapi setiap kali wajah itu muncul, aku bersa diriku berada di rimbunan pokok maple yang berguguran, diikuti dengan dengan hembusan bayu yang membalut diriku lembut.

'Haih, apalah yang aku termenungkan ni? Kenapa aku senyun pulak bila tengok dia ni.' getus hati kecilku selepas tersedar dari lamunan.

Tak lama selepas itu, dia menoleh ke tepi dan mata kami berdua bertemu dan pergerakan kami terkunci. Akan tetapi, selepas dua minit dia memecahkan ais itu dan melambaikan tangannya dan memberikan senyuman yang ikhlas.

Aku hanya mampu melambai kembali sebagai tanda tidak memalau dia. Gila nak palau budak tu. Dahlah hati dia lembut, baik dan sopan. Memang sesuai betul jadi bakal suami korang. Hahahahahha walaupun dia nampak nerd sikit.

Aku mengalihkan pandangan ke tempat lain kerana kami sudah mahu berangkat ke dalam kelas. Aku menunggu barisan kelas kami untuk bangun. Apabila tiba giliran kami, semuanya bangun dan bergerak menuju ke tangga. Sempat juga aku melihat dia tapi sekajap saja.

Sebenarnya, aku pun tak pasti kenapa aku suka tengok muka dia. Mungkin sebab dia ada muka yang tenang, bukan macam aku. Selalu je ada masalah, kena kerja waktu malam, sara diri dan mak. Tambahan pula, aku memang suka buli budak lain bila ada masalah atau dipermasalahkan. Senang cerita, hati aku selalu tenang tengok muka dia.

Satu lagi, dia sebenarnya kawan aku dari Tadika. Dia datang dari keluarga sederhana sama seperti aku tapi dia lebih senang dari aku. Kira sama situasi kehidupan, lain jalan cerita. Cuma, aku dan dia hanya kawan atas pembelajaran dan bertegur sapa je. Tak lebih dari itu.

......

"Weyh, korang nak makan apa rehat nanti?" tanya Johan seraya memutarkan badannya menoleh ke arah Iman dan aku.

"Entahlah, aku pun tak tahu. Tengoklah kalau ada yang sedap aku makan." nyata Iman yang duduk di sebelah aku.

"Kau?"

Sebenarnya aku tak suka pergi kantin bukan sebab sesak cuma aku takut ada sesuatu ang bakal berlaku. Cuba korang semua bayangkan aku boleh hilang sabar terus tolak budak budak lain yang dah lama tunggu giliran. Kejamkan aku ni. Lagipun, mak cik kantin dah faham sangat dengan perangai aku.

Perangai apa? Perangai ugut makcik , pakcik dengan abang kantin tulah. Bukan nak riak tapi dulu mereka cari pasal dengan aku ketika moodku memang happy go lucky dipotong apabila mereka menyekat rezeki aku. Mereka tidak beri akh beli makanan mereka. LOL ingat aku hamak sangat ke dengan nasi goreng dia tu. Rasa pun hampeh. Nasib orang beli sebab lapar je. Kalau tak, mana lakunya kalau tak berakhir di plastik hitam terbiodegradasi.

"Woi! Kau ni dah kenapa, Ammar? Selalu sangat mengelamun. Ingat awek ke? Huhu" Provok si Johan.

"Takdelah. Aku rasa malas ah nak turun bawah. Korang pergi jelah. Karang ada jugak budak yang mati kena belasah pulak. Malaslah nak hilang mood bagai. Malam ni aku kena kerja so, let me doze off for a moment."

"Ni yang aku sayang kat kau ni. Dah tahu yang kitorang ni tak reti English, kau speaking macam orang British pasaipa?" Aku toleh ke kiri dan mendapati yang muka Iman menjadi sedih dan dia memuncungkan bibirnya. Aku menggosok rambutnya kerana dia nampak terlalu kebudak-budakan. Aku memujuk dia.

"Kalau macam tu, kitorang pergi eh. Oh ye! Kau nak aku tapau apa-apa tak?"

"Oh boleh juga. Tolong belikan Air Soya Jagung dekat Koperasi. Khob khun na khab"

"Oho... Budak Thailand doh. Abang~Mau saiya massage" Kami semua tergelak sakan walaupun cikgu di hadapan sedang mengajar. 
Beberapa minit kemudian, loceng berbunyi menandakan tibanya waktu rehat. Semua bangun dan memberi ucapan terima kasih kepada cikgu dan mereka semua terus beredar termasuk Johan, Iman dan Zul.

Hai readers, Selamat hari raya!! Maafkan Yasu ye kalau yasu ada buat silap ke, terkasar bahasa ke. Sorry eh? Kita 0-0. Love you so much. 😌💕

1/2 One Half (BXB)Where stories live. Discover now