Bab 39 : Hessabell

7K 772 477
                                    

Lama sangat ni hiatus. Adalah dalam 3 minggu camtu kan ?

Seperti biasa nak tanda kehadiran boleh ? eheheh.

Budak tembam hadir 👉💞

Sebenarnya terfikir nak buat grup whatsapp tapi rasa macam tak ada sambutan sangat. Hm should i ?

"Saya pernah baca buku cerita" Hayden diam , memerhatikan tindak - tanduk Hessabell

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya pernah baca buku cerita" Hayden diam , memerhatikan tindak - tanduk Hessabell. Wanita itu ralit membelek buku cerita dihadapannya.

Setelah tiba di Bandar Guinevere , Hayden mengajak Hessabell untuk bersiar-siar sekejap mengelilingi bandar tersebut kerana dia tahu dalam diam Hessabell sebenarnya sedang berdebar.

Malam ini dia akan bertemu dengan keluarganya semula.

"Elys, cantiklah" ujar Harry.

"Aku memang cantik" ujar Elysaine tanpa menoleh kearah Harry yang sedang memegang pen berdakwat yang dilapisi salutan emas bersama corak yang ekslusif.

"Pen ni cantik" Harry tersengih, perasannya kawan perempuan dia ni sorang. Manakala Elysaine dah berdecit, pen dakwat di pegangan Harry diambil lalu dihempas ke atas rak khas susunan pen itu kembali .

"Malulah tu !"

"Diamlah Harry, benci kau" Elysaine mencebik lantas berjalan keluar dari kedai barangan antik itu,mahu melihat barang yang disusun di luar kedai pula. Lebih kepada ingin melarikan diri.

"Yela kau pun cantik" meleret suara Harry. Elysaine ingat dia boleh lari ? Harry mengekori langkah gadis itu keluar dari kedai meninggalkan Hayden dan Hessabell berduaan di dalam.

"Dalam buku cerita saya baca tu ada cermin ajaib tau, dalam bayangan saya mesti cermin tu cantik macam cermin ni" Hessabell mengambil satu cermin tilik yang mempunyai pemegang berwarna ungu kehitaman.

"Tajuk dia snow white" tukas Hessabell lagi.

"Oh" itu sahaja yang keluar dari mulut Hayden. Membosankan betul kalau bercakap dengan dia, macam bercakap dengan patung ukir.

"Dalam cerita tu mak tiri dia jahat tau, setiap kali dia pandang cermin dia akan tanya cermin tu. Oh cermin siapa paling cantik? " Bersungguh Hessabell bercerita.

Masa dia kecil dulu Puan Alice sering membacakan pelbagai kisah dongeng kepadanya sehinggakan dia berangan mahu berkahwin dengan putera raja.

Tapi terkahwin dengan raksasa ais batu pula.

"Then ?" Acuh tak acuh Hayden membalas. Dalam diam dia menarik pinggang Hessabell merapatinya selepas menangkap pandangan beberapa orang pelanggan lelaki yang berada di dalam kedai tersebut.

Hessabell yang ralit bercerita itu tidak dihiraukan, matanya kekal merenung pelanggan lelaki yang masih memerhatikan Hessabell dari jauh. Tak sedar mungkin Hayden dari tadi sedang memerhatikan mereka juga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now