✔ Bab 37: Hari Air Mata. ✔

32K 1K 306
                                    

ZARA Tidak jadi menuju ke rumah orangtuanya. Dia takut kehadirannya akan menimbulkan tanda tanya pada orangtuanya. Dia memandu keretanya menuju kerumah bujang Melly dan Eryn.

_
ERYN Sedang menyusun kasut dilaman rumahnya. Kereta Alza putih yang berhenti dihadapan pagar rumah, menarik perhatiannya.

Macam kereta Zara... Tapi takkan Zara kot... Getus hatinya.

"Zara." Gumamnya terkejut saat melihat Zara keluar dari perut kereta.

Dia segera berjalan menghampiri pagar. Apa yang mengejutkannya lagi ialah Zara menangis.

Segera dia membuka pagar rumahnya dan melihat Zara dari atas kebawah.

"You kenapa ni?." Tanya dia memegang kedua bahu Zara.

Zara tidak menjawab. Tetapi terus memeluknya sambil menangis.

"I sedih Eryn..." Gumam Zara sambil menangis dibahunya.

Dia jadi serba salah. Seraya mengusap lembut belakang badan Zara.

"Ok. Kita masuk dulu ok.." Tuturnya.

Zara meleraikan pelukan dan memandang wajahnya, sebelum mengangguk tanda bersetuju.

***

"Boleh tak kalau I nak tumpang rumah you guys untuk seminggu ni?." Tanya Zara.

"Mestilah boleh." Jawab Melly.

"Ya. You kan kawan kita." Tambah Eryn.

Zara menundukkan kepalanya. Air matanya yang tadi sudah kering, mengalir lagi.

Melly bangun dari tempat duduknya dan duduk di sisi Zara.

"Kau kenapa ni?." Tanya Melly memegang bahu Zara.

Zara mengangkat kepalanya, memandang Melly. Rasa sebak menguasainya, dia tidak mampu untuk berkata-kata sekarang. Dia segera memeluk Melly.

"I sedih Melly." Hanya itu yang mampu diucapkannya.

Melly mengusap belakang badan Zara. Kemudian memandang Eryn meminta penjelasan.

Eryn menjungkitkan bahunya, kerana Zara pun masih belum menceritakan apa-apa kepadanya.

_
"AKU Terima nikahnya Ainul Mardhiah Binti Mansur dengan Maskahwinnya 100 Ringgit Malaysia Tunai."

Setelah empat kali. Akhirnya Yahya berjaya melafazkan akad dengan sempurna.

Ustaz Mansur menoleh kekiri dan kanannya meminta persetujuan.

Orang-orang dikiri dan kanannya menganggukkan kepala mereka tanda menyetujui.

Jantung Yahya bagaikan berhenti berdetak. Hatinya meraung. Air matanya sedaya upaya ditahan agar tidak keluar. Kini dia telah sah menjadi suami kepada Ainul Mardhiah.

Dia begitu bukan kerana terharu atau bahagia berjaya memiliki Ainul Mardhiah. Tetapi dia merasa bersalah terhadap Zara dan Ainul Mardhiah. Dua gadis yang tulus mencintainya. Wanita yang dicintainya dipatahkan hati dan wanita yang pernah dicintainya diberi harapan palsu.

Dia mengangkat tangannya turut sama berdoa dengan Ustaz Mansur dan yang lain.

_
MUG Kaca berisi kopi tiga dalam satu yang sudah siap dibancuh diletakkan atas meja dihadapan Zara. Melly kemudian mengambil tempat duduknya.

Eryn dan Melly saling berpandangan antara satu sama lain, melihat wajah sembab Zara.

"Zara. I'm so sorry. It's all because of me. Kalau bukan sebab i beria nak balas dendam dekat you. Semua ni tak akan jadi kan?." Tutur Melly serba salah melihat keadaan Zara.

Dia Ustazku. [C].Where stories live. Discover now