25

511 64 1
                                    

Jin P.O.V

Peperiksaan telah tamat setelah hampir dua minggu dijalankan..Kebanyakan pelajar tersnyum ceria setelah peperiksaan tamat kerana sedikit sebanyak bebanan yang terletak di bahu mereka telah pun dipindahkan

Ada di antara pelajar yang mengadakan parti sempena menyambut peperiksaan percubaan yang telah berakhir, sehingga membuatkan aku sedikit terksesima

Haiya, keputusan exam pun belum dapat lagi, ada hati nak berparti bagai

Jam di tangan menunjukkan tepat pukul 4:30, beg yang sudah dikemas dibawa bersama lalu aku berjalan ke garaj guru di mana terletaknya motosikal suzuki milik aku

Sewaktu aku berjalan menyusuri taman herba , aku terlihat susuk tubuh pelajar perempuan yang sedang duduk di kerusi batu, terletak betul-betul di bawah pokok

Aku sedikit pelik apabila masih lagi terdapat pelajar yang masih belum pulang, jadi aku berjalan menghampirinya

Tiba-tiba aku semakin dapat mengenal susuk tubuh itu..

Kim Hyuna ?

2017 [√] Cikgu Sejarah Paling Kacak ༄ Kim SeokjinWhere stories live. Discover now