"Sometimes the right path is not the easier one"
🍁🍁🍁
(School sour school)
Aku datang sekolah lepas tu aku tidur.
Sebab aku terlalu mengantuk habiskan masa siapkan kerja sekolah Cikgu Malik
Masa pertama cikgu tak masuk,so boleh la aku tidur puas-puas
Selepas 5 minit
Meja aku ditendang lembut oleh budak sebelah
"Orang sebelah"
"Jiran sebelah"
"Budak sebelah"
Aku bangkit dan tenung budak sebelah kanan aku macam nak telan dia hidup-hidup
"Ape kau nak?" Soalku
"Aku cuma nak kenalkan diri memandang kau jiran aku mulai dari hari ni"
"Aku Hakim" tambahnya lagi
"Kau kejut aku semata-mata nak bagitahu nama kau?" Tanyaku geram
"Ya" jawabnya selamba
"Kau curi masa tidur aku semata-mata nak bagitahu nama kau?" Tanyaku lagi meminta kepastian
"Ha'ah.Kenapa? Salah ke?" Tanya dia selamba
Aku bagi pandangan 'pergi mati' lepas tu sambung tidur
Selepas 10 minit
"Arghh! Arhhh!!"
Bunyi yang kuat dan bingit menyedarkan aku dari lena
"Kenapa weh!? Kenapa!? Sekolah terbakar ke? Cepat-cepat..ambik langsir,kita terjun"
Bukk!
Kepala aku dihempuk dengan kamus oleh Diyah
"Itu untuk ape pulak?" Marahku
"Sebab kau merapu"
Aku terdiam
Aku scan sekeliling kelas
"Sekolah tak terbakar ke?" Tanyaku pada Diyah
"Tak Fiya! Sekolah tak terbakar.Tapi aku rasa kau yang tengah terbakar"
"Burn baby burn" ada budak tengah nyanyi lagu blackpink tepat pada masanya.
Perfect timing betul.
Kalau boleh aku nak je terajang budak tu.
"Tapi aku dengar bunyi jeritan yang lagi kuat dari pontianak harum sundal malam tadi"
Diyah tepuk dahi
"Tu bunyi budak-budak fangirling tu lah" kata Diyah sambil menunjuk ke arah sekumpulan budak perempuan yang tengah berkerumun di depan kelas 5 Gold 1.
"Ada ape kat situ?" Tanyaku hairan
"Kau budak baru tak tahu" ujar Diyah
"Macam mana aku nak tahu kalau kau belum bagitahu" tanyaku
"Ya tak ya.Ada benarnya jugak"
"Meh aku story kat kau.Macam ni Fiya sayang.Dalam sekolah ni ada empat orang lelaki yang hensem,hot,kaya,comel,cute,bijak,hensem"
"Woi woi.Stop la puji tu.Dah la kau puji 'hensem' dua kali"
"Memang hensem diorang dua kali ganda" kata Diyah bersungguh
Aku pasrah
"Aku rasa diorang ni attention seeker"
"Bukanlah" Diyah ketuk kepala aku
YOU ARE READING
Autophobia
General Fiction[ #26 in General Fiction ] _________________________________________ [Autophobia-the fear of being alone] If you keep your dream, It's bound to c...
