Kenangan Terindah

13 1 0
                                    

J.Seph's P.O.V

Jam loceng aku berbunyi.Aku menekan perlahan butang jam itu supaya berhenti mengeluarkan bunyi.Aku kemudian memeriksa waktu di jam loceng itu.Pukul 8.00 pagi.Aku ambil tuala dan mandi.Aku pakai baju warna putih,jaket kulit,seluar jeans dan sepasang sneakers.Lalu aku keluarkan fon dan mesej Somin.

J.Seph:Pagi.Jom luangkan masa bersama,nak?

Beberapa minit kemudian..

Somin:Okey,aku dah bersiap.

J.Seph:Cun,jumpa aku kat English Breakfast.

Somin:Okey.

Aku simpan fon dalam poket,hidupkan enjin motosikal dan bertolak ke restoran English Brrakfast.Aku jumpa meja yang sesuai lalu duduk di atas kerusi.Somin datang.Aku terpegun melihat dia berpakaian seperti seorang tomboy.Sangat cool.Kemudian dia duduk di depan aku lalu bertanya "Lama tunggu?" Aku hanya menggeleng.Kemudian seorang pelayan datang."Selamat datang,sila bagitahu makanan apa kamu berdua mahu." Aku berfikir sejenak lalu menjawab "Egg sausage satu." Manakala Somin hanya memesan roti bakar bersama marjerin.Pelayan itu menyalin nama makanan yang kami pesan lalu berkata "Okey,minum?" Aku memesan kopi panas manakala Somin memesan teh tarik.Selepas pelayan itu berlalu pergi,Somin memandang aku lalu bertanya "Kenapa kau nak luangkan masa bersama aku?" Aku tersenyum sambil menjawab "Sebab aku nak jadi rapat dengan kau.Dan aku nak tebus kesalahan aku 6 tahun dulu." Somin hanya mengangguk tanda faham.Kemudian makanan kami sampai.Aku mengambil sudu dan garfu lalu makan telur mata yang disediakan.Somin menikmati roti bakar yang dipesan.Di tepi mulutnya ada sedikit cebisan roti.Aku mengambil tisu lalu mengelap cebisan roti itu.Somin memandang aku semacam.Aku menjawab "Ada kesan comot." Dia hanya mengangguk tanda faham.Selesai makan,Somin mula berdiri.Aku bertanya "Kenapa kau berdiri?" Somin hanya menjawab "Nak bayar lah." Aku menggeleng kepala."Tak payah,aku belanja." Aku bangun lalu berjalan ke kaunter.Somin hanya terkebil-kebil memandang aku.Selesai membayar,aku kembali berjalan ke Somin."Jom ikut aku." Pipinya bertukar merah.Aku menarik tangannya sehinggalah kami berada di motosikal aku.Aku mula menghidupkan enjin.Somin bertanya "Kita mahu ke mana?" Aku hanya selamba menjawab "Ke hotel." Kemudian aku memaksa Somin naik motosikal.Dia meronta untuk dilepaskan.

Lol mana ada lah,J.Seph ajak dia pergi beli aiskrim.

Kami pergi ke kedai aiskrim.Penjual aiskrim itu ramah bertanya "Selamat pagi,kamu berdua mahu aiskrim perisa apa?" Aku memesan perisa vanilla.Begitu juga dengan Somin.Penjual tersebut memberi aiskrim yang dipesan kepada kami lalu aku membayar aiskrim tersebut.Kami kemudian duduk di atas sebuah bangku berdekatan.Somin berkata "Tolong pegang aiskrim aku kejap." Aku hanya akur.Somin mengeluarkan fon dan earphone miliknya.Kemudian dia memasang lagu dan memakai earphone tersebut.Aku melihat telefonnya.Kelihatan dia mendengar lagu Perfect nyanyian One Direction.Aku tak pernah dengar lagu itu.Somin menghulurkan tangan tanda meminta aiskrimnya kembali.Aku memberi aiskrim tersebut.Sedang menikmati aiskrim aku,Somin menghulurkan satu dari sepasang earphone yang dia pakai.Kemudian dia berkata "Dengarlah lagu ni.Kau mesti suka." Aku hanya mengambil earphone yang diberi Somin lalu memakainya.Lagu Perfect memang menarik.Aku mula meminati lagu itu.Kami menikmati aiskrim sambil mendengar lagu.Aku memandang sekeliling.Aku ternampak BM dan Jiwoo berjalan dan ketawa bersama.Aku mencabut earphone yang dipakai Somin.Somin terus memukul lengan aku.Kemudian dia berkata "Mana boleh cabut earphone aku sesuka hati.Ish,kau ni." Aku hanya tersengih.Kemudian dia bertanya "Ha,ada apa?Sampai cabut earphone aku?" Aku kemudian menuding jari terhadap BM dan Jiwoo.Somin sangat terkejut.Dia memanggil Jiwoo."Jeon Jiwoo!" Jiwoo tercari-cari suara yang memanggilnya.Somin melambai-lambai tangannya supaya Jiwoo perasan dirinya.Jiwoo terlihat Somin lalu melambainya.Jiwoo dan BM kemudian berjalan ke arah kami.BM melihat Somin lalu berkata "Ooh..inikah Somin,orang yang kau su-" Sebelum BM menghabiskan ayatnya,aku tutup mulutnya.Jiwoo dan Somin hanya mengangkat kening tanda keliru.Aku hanya menjawab "Hehe,takde pape lah." BM memandang aku semacam.Aku letak jari telunjuk di bibir tanda diam.Dia hanya mengangguk.Kemudian Jiwoo berkata dalam nada bergurau."Wow,Somin.Kau berkawan dengan J.Seph eh..siap duduk sebangku lagi~" Somin tersenyum dan selamba menjawab "Kau dengan BM apa kurangnya~" Jiwoo dan BM saling berpandang lalu pipi mereka bertukar merah.Aku dan Somin hanya bertepuk tangan.Kemudian BM meredakan keadaan."Dahlah tu,jom main kasut roda di taman rekreasi.Aku dengar kita boleh Sewa kasut roda.Main sampai puas hanya dengan 5 ringgit." Somin dan Jiwoo jadi teruja.Kami bertolak ke taman rekreasi.Somin membonceng motosikal aku manakala Jiwoo membonceng motosikal BM.Setelah sampai di destinasi,Somin dan Jiwoo bergegas ke gerai sewa kasut roda.Aku jadi teruja melihat Jiwoo dan Somin."BM,jom main jugak,nak tak?" BM macam teragak-agak tetapi aku menarik tangannya.Kami membayar sewa lalu memakai kasut roda yang disewa.Aku menolong Somin menyeimbangkan diri manakala BM menolong Jiwoo.Setiap kali Somin ingin jatuh,dia akan berpegang pada jaket aku.Pipiku selalu merah apabila dia melakukan perkara sebegitu.Kerana terlalu kasihan,aku pegang tangan Somin untuk membantunya berjalan.Apabila kami berpegang tangan,Somin sudah tidak senang jatuh.Malah dia semakin mahir bermain kasut roda.Selepas beberapa jam bermain,kami duduk berehat.Kemudian BM datang dengan 4 tin air 100plus.Kami ucap terima kasih lalu minum air sampai habis.Somin tiba-tiba berkata "Memandangkan kita sudah menjalinkan hubungan,apa kata kita buat kumpulan?" Kami bertiga terkejut.Kemudian BM menjawab "Bagus juga.Tapi nama kumpulan kita,apa?" Kami berempat berfikir sejenak.Kemudian Jiwoo mendapat idea."Macam mana dengan...K.A.R.D?" Aku memandang Somin dan BM.Kemudian kami mengangguk tanda setuju."K.A.R.D..nama itu unik." Aku memuji nama panggilan kami berempat.Kemudian aku mendapat idea."Korang,ikut aku kejap." Mereka terkejut.Somin bertanya "Kita mahu ke mana?" Aku menjawab "Ikut saja." Kemudian kami berempat berlari hingga sampai ke destinasi.Semua orang tercungap-cungap.Kami berada di pantai.Memandangkan hari hampir senja,aku mengajak mereka untuk melihat matahari terbenam.Mereka terpesona dengan permandangan tersebut.Kami terus melihat permandangan yang sangat cantik itu.Ini adalah permulaan kepada persahabatan kami berempat.Dan pada hari ini,kami berempat telah mencipta kenangan terindah dalam hidup kami.

Hai korang!Ija kembali lagi.Sori sebab chap ni panjang.Harap korang tak bosan membaca.Kalau Ija rajin,Ija update lagi.Bubai!Sayang korang!

Jatuh Hati Pada Si MusuhWhere stories live. Discover now