Bohong

11 1 0
                                    

Somin's P.O.V

Aku balik ke rumah lalu terus baring atas katil.J.Seph,musuh ketat aku dulu,SUKA KAT AKU??!!Aku langsung tak percaya.Aku menampar diri sendiri."Adoi.." Memang sakit.Ini bukan mimpi.Patutlah dia selalu pandang aku tanpa henti.Kemudian Youngji,kawan serumah aku membuka pintu."Somin,mari makan." Aku terkejut dari lamunan lalu mengikut Youngji dari belakang.Aku hanya mendiamkan diri semasa makan.Selesai makan,aku mula melayan perasaan.Patutkah aku suka dia?Atau aku perlu tolak cinta dia?Atau tunggu sampai umur 30 tahun baru nak luahkan perasaan?Aku keliru.Sangat keliru.Untuk menenangkan fikiran,aku membuka fon dan mendengar lagu kumpulan k-pop terkenal bernama BTS bertajuk Best Of Me.Kemudian aku tertidur.

Pada sebelah malamnya,aku bangun dan menggosok mata.Aku melihat jam di fon.Pukul 1 pagi.Agak-agak Jiwoo bangun tak?Aku berfikir untuk meminta nasihat daripada Jiwoo tentang J.Seph.Aku buka fon dan mula menghantar mesej kepada Jiwoo.

Somin:Hai Jiwoo,kau tidur ke?-1:05 a.m.

Jiwoo:Hai Somin,tak pun,baca fanfiction je.Apa hal?-1:09 a.m.

Memang sah,dia belum tidur.Dan sekarang masa yang sesuai kerana Youngji sudah pun tidur.Sebenarnya aku telah pindah dari rumah ibu bapa kepada rumah Youngji kerana ibu dan bapaku menyuruh Youngji menjagaku.Aku pun tak tahu apa sebabnya.Tapi aku lebih gembira tinggal dengan Youngji kerana dia sangat menyayangi.

Somin:Aku nak tanya kau pasal...J.Seph...

Jiwoo:Kenapa dengan dia?

Somin:Dia luahkan perasaan kepada aku tadi.

Jiwoo:Wow.Dah ada boyfriend nampak.Hehehe.

Somin:Jangan main-main lah!Aku cuma nak minta nasihat sikit.Patut ke aku terima,atau aku patut reject dia?

Jiwoo:Aku sarankan kau terima.Tapi kau kena ikut hati kau.Kalau kau rasa terima dia adalah cara terbaik,terimalah dia.Tapi kalau sebaliknya,suka hati kau lah.Your life,your choice.😁

Somin:Hmm..okeylah.Terima kasih,Jiwoo.

Jiwoo:Sama-sama Somin.

Aku menutup fon.Rasa mengantuk menghantui diriku.Aku menguap dan berjalan perlahan-lahan ke katil.Kemudian aku tertidur.

Esok harinya,aku bangun dan bersiap untuk ke sekolah.Aku hanya jalan kaki untuk memanaskan badan.Sampai di sekolah,aku terlihat J.Seph.Aku tak boleh berhenti melihatnya.Dia sangat segak dan bergaya.Aku tak pernah lihat dia macam itu.Tiba-tiba,Jiwoo mengejutkan aku dari lamunan."Hoi.Pandang J.Seph ke?" Jiwoo kemudian menyinggung lengan aku.Pipiku menjadi merah.Adakah ini yang dinamakan cinta?Jiwoo hanya tersengih sinis.Kemudian kami berjalan ke kelas.Selesai letak beg,kami bersiar-siar keliling sekolah sambil berbual kosong.Apabila loceng berbunyi,kami masuk kelas dan fokus kepada pelajaran.Pejam celik mata,dah waktu rehat.Aku mengajak Jiwoo,BM dan J.Seph berehat bersama tetapi hanya J.Seph yang menolak.Katanya ada hal.Aku hanya mengangguk.Kami bertiga berehat di kantin.Aku menikmati makanan sehingga ternampak J.Seph bercakap dengan Hara,teman sekelas aku.Hara nampak malu dan segan sewaktu di depan J.Seph,sama seperti J.Seph apabila berdiri dekat dengan aku.Namun aku cuba berfikir positif.Mungkin dia malu apabila di depan J.Seph kerana ramai orang lalu lalang di sekolah ini.Tetapi sebenarnya Hara adalah orang paling aktif dalam kelas.Dia yang selalu buat orang ketawa.Tetapi di depan J.Seph,dia malu-malu kucing.Aku cuma tak endah lalu sambung makan dan berbual kosong.

Selesai waktu rehat,aku,Jiwoo dan BM masuk kelas dan fokus kepada pelajaran.Sedar tak sedar,waktu balik telah pun tiba.Aku sudah membuat keputusan kepada luahan perasaan J.Seph.Aku tersengih malu lalu berjalan ke arah J.Seph.Tiba-tiba,Hara datang ke arahnya.Aku memberhentikan langkahku lalu hanya melihat dari jauh.Aku boleh dengar setiap budi bicara mereka berdua.Sehinggalah aku terdengar.."J.Seph...saya..saya suka awak...terimalah saya jadi teman awak.." Pipi aku jadi merah.Hara suka J.Seph.Air mata terkumpul di mata aku.Aku terus berjalan ke arah J.Seph lalu menampar J.Seph sekuat hati."Kau tipu!Kau cakap kau suka aku!Tapi rupa-rupanya kau dah ada perempuan lain untuk gantikan aku!Menyesal aku suka kau!" Kemudian aku berlalu pergi.J.Seph dan Hara memandang aku tanpa berkelip.Biarkan mereka.Air mata aku terus mengalir.Aku berjalan ke
pagar sekolah lalu ternampak Youngji yang menunggu aku.Youngji ternampak aku yang macam budak menangis sebab hilang mak ayah kemudian berlari ke arah aku.Dia bertanya dengan cemas "Weh Somin,kau okey tak ni?Kenapa kau nangis??!" Aku lap air mata lalu menjawab."Takdelah..tadi ada classmate aku potong bawang..sebab iu aku menangis.." Youngji tidak mempercayakan kata-kata aku tetapi dia biarkan saja.Kemudian kami berpegang tangan sewaktu dalam perjalanan pulang.Sampai di rumah,aku berlari ke bilik dan menangis di atas katil.Aku takkan suka J.Seph lagi.Aku benci dia!

Hai.Maaf sebab lama tak update.Hahah.Ija malas dan takde idea.That's why.Harap korang suka dan vote chap ini.Sila tunggu untuk chap seterusnya.Bubai!Sayang korang!

Jatuh Hati Pada Si MusuhWhere stories live. Discover now